Selasa, 30 Jun 2009

Kutipan Seruan Amal

Dengan ini dimaklumkan kutipan untuk Seruan Amal berjaya mengumpulkan RM300. Ada beberapa jam lagi sebelum tabung ini ditutup sepenuhnya. Harap maklum.

UPDATE : Setakat semalam 1/7, tabung Seruan Amal telah mengumpulkan RM500. Atas permintaan tempoh tabung ini dibuka akan dipanjangkan sehingga hujung minggu ini.

Khamis, 25 Jun 2009

gD.org2u II : Mencari Sukarelawan Julai! Update

Pastinya sahabat sekalian tidak akan mahu terlepas lagi peluang seperti ini lagi bukan? Masanya telah tiba untuk pendaftaran. Kali ini kita akan berbakti di sebuah perkampungan orang asli di Jenderam, Sepang, Selangor.

Program yang dirancang ialah sukaneka, program smart muslim dan perkongsian keceriaan tanpa batas! Saya pasti kali ini ia akan lebih menarik dan sangat mengujakan!

Program gD.org2u kali ini akan diketuai oleh Saudara Shahrul Efendi dan dibantu oleh Saudara Ahmad Safwan sebagai penyelaras.

TARIKH : 25 JULAI 2009 (SABTU)
MASA : 8.30AM - 5PM

Pendaftaran dimulakan :

Hadir : (9+)

1. Mohd Hafiszi
2. Nor Azlina
3. Ahmad Safwan
4. Yuzilawati
5. Shahrul Efendi
6. Rohana
7. Zaleha
8. Rabiatul Adawiyah
9. Shakir & famili

Rabu, 24 Jun 2009

Selamat Datang

Selamat datang ke Bulan Ibadah. Selamat datang ukhuwwah. Selamat datang puasa sunat. Selamat datang banyak bersedeqah. Selamat datang bekerja keras. Selamat datang semangat. Selamat datang syurgaku. Pergi jauh malas. Pergi jauh dosa.

Jumaat, 19 Jun 2009

Risau

Sebagai salah satu parcel dari jemaah Islam di Malaysia, generasiDynamic tidak dapat menyimpan rasa risau ini seperti mana ramai pendokong dan pejuang Islam yang lain di negara tercinta ini. Ternyata penangguk di air yang keruh bersedia 24 jam sehari untuk memerangkap kelalaian dan kelekaan ini.

Dari sebuah jemaah yang kecil, hari ini PAS sudah menjadi wadah orang muda, saudara bukan Islam dan para penentangnya satu masa dahulu.

Kita mahu Islam memimpin, tetapi gD lebih mahu penjelasan yang baik untuk menjelaskan kekeliruan ini. Terlalu ramai bercakap tetapi tiada yang mahu mendengar. Ini suatu ujian dariNya di saat PAS memimpin 2 negeri (yang tidak pernah disangka sebelum ini).

gD.org berdoa agar kekalutan ini kemudiannya akan membawa sinar paling indah bagi cahaya dakwah Islamiyyah di tanah air tercinta ini. gD.org komited pada agenda dakwah dalam setiap aktiviti kami tanpa kompromi!

Seruan Amal Bermula

Klik berita di sini.

Dengan ini dibuka dengan serta merta talian hayat untuk memberi sumbangan seikhlas mungkin bagi membantu sedikit sebanyak pembayaran denda dengan jatuhnya hukuman di mahkamah semalam.

Sampaikan sumbangan anda ke :

CIMB : 1440-0081669-52-3 (MOHD HAFEEZ AB GHAFUR@YAAKUB / 0132602119)

Sms apeez apabila sumbangan sudah dibuat. Tabung ini akan berkuatkuasa selama 2 minggu, ia akan berakhir pada 30 Jun 2009 ini.

Untuk sahabat yang disayangi, Khairul Amal B Mahmud, inilah ujian yang ALlah berikan pada mu. Tanda ALlah lebih sayang dan kasih kepada mu. Kami mendoakan yang terbaik.

Syukran jazilan. Wassalam.

Presiden gD

Selasa, 16 Jun 2009

Muhammad Azam Bin Mohd Izwan

Semulus Fitrah, selamat datang Muhammad Azam!

Klik sini untuk lebih kisah tentang dirinya. Umi dan abinya sedang diserang Virus KMM.

Tahniah Hilmi

Sidang TT. Cemburu bukan? What a reunion of breakfast!

Singgah di pekan Pendang. Misi : Memborong kuah rojak 'Mak Bee'.

Abi Hilmi dan Ummi Fauziah

Fizi & Fizi

Ucapan ini juga ditujukan buat Ust Mohd Izwan Md Yusuf & Ustzh Rafidah Sulaiman atas kelahiran 'hero' mereka yang kedua. Harap kalau ada sekeping dua gambar dapat diemelkan kepada presiden untuk dipaparkan di sini.

Posting ini ditujukan buat abi mithali Ust Hilmi dan Ustzh Fauziah (yang cuti bersalin setahun sekali, jangan marah). Moga Hakimi dan Hafizi akan menyerikan rumah dan tangga kalian. Penyinar ummat dan penyelamat agama. Kami di gD mendoakan lebih kebahagiaan dan keberkahan buat kehidupan kamu!

Mabruk Yudi!!

Pastinya hari itu ialah hari idaman sahabat kita (yang paling susah namanya) Syuwahyudi. Kami berpakat beberapa orang untuk bermusafir bersama-sama untuk memberi kejutan kepadanya. Nampaknya ianya berjaya walaupun atas perancangan yang sangat singkat.

Kami (sengaja) tiba lewat untuk meluangkan masa paling intim dengan pasangan pengantin baru ini. Walaupun kami tiba di Alor Star sekitar 11-12 tengahari tapi kami memilih untuk tiba di rumah pengantin jam 6 petang! Walaupun letih, yudi tetap menyambut kami dengan riang. Sengaja dipaparkan beberapa keping gambar yang pasti akan menyebabkan ramai sahabat-sahabat gD cemburu!!

Terima kasih yudi, selamat menempuh alam baru! Moga istana yang dibina adalah syurga kepada penghuninya dan memberi rahmat dan kebahagiaan kepada kita semua.

VIPs is coming

Masrina dan suami 'joining the club'.

Man of the day

Keluarga besar gD

Akhirnya yudi, hang berjaya!!

Isnin, 1 Jun 2009

Sempurna II

Malam sebelumnya, Ibu Azlina sedang 'mengerah' tenteranya mengisi goodie bag.

Tema gd.org2u kali ini 'Berfikir, bertindaklah dengan BETUL. Maka hasilnya akan BETUL!'

Early bird (meeting point Masjid UIA PJ). Not that's early neh. ;) Turut kelihatan ialah cik abe Za, dia tak dapat join, kena bertugas. Takpe, Julai nanti join deh!

Mujahid "Lama tak jumpa kamu kan?". Mukmin "Ye lah, kamu dah tinggi lah Mujahid!".

Ulam pucuk ubi. Mukmin dan hakim pun tolong. Mujahid tak join?

Sarap dulu wei!

Sampai-sampai pasang banner dulu.

Menantikan kerja yang bakal diberikan.

Basuh ayam???

That what's proper! This guys is working hard, very hard! Thanks a lot ket dan kri!

Upacara khas menaiki motor berjamaah.

Ikan keli segar bakar. Hidangan tengahari memang superb! Ikan keli bakar, ayam kampung masak kicap, ayam goreng, sayur campur goreng tauhu, ulam pucuk ubi, petai, sambal belacan dan orang yang pertama menambah ialah Ket! ;)

Riangnya mereka! Sayang tak dapat jalankan sukaneka sesi petang bersama mereka. Jumpa lagi adik-adik!

Alias sedang memberikan arahan sambil aizuddin bekerja keras menyikat rumput-rumput kering itu!

Shahrul ala-ala peneroka zaman Tok Razak dulu-dulu.

Ini lagi dahsyat. Always be the best man!

Hisommudin 'Bakar' sedang membakar rumput kering. ;)

Sapa tak datang gD.org2u Julai ni, nampak ni!! ;)

Za memang seronok main tanah dengan budak-budak ni. Kalau ada cicak mesti lagi seronok!

Pak Lurah sedang bercerita tentang sejarah Kg dan berbincang mengenai visi beliau.

Shahrul, Aizuddin, pengerusi belia dan air oren.

Ahli 'mesyuarat' JKK yang sentiasa bermesyuarat!

Majlis penutup dan ucapan aluan dari Ketua Kampung, Tok Azhar B. Sapidin.

Beliau berterima kasih dan berharap agar gD.org dapat datang lagi menyumbang tenaga dan pengalaman.

Cendera kenangan dari gD.org. Bertambah seorang lagi ahli kelab bersekutu gD.org dengan penyerahan baju rasmi. Terima kasih Pak Lurah!!

Hidup Rakyat!!

DI SANA PASTI ADA INSAN YANG MEMERLUKAN KAMU!
AYUH!!