Sabtu, 30 Mei 2009

Sempurna I

Nampak hebat, rasa hebat! Sempurna..
Terima kasih semua! Jumpa lagi Julai ini.

Lagi gambar dan laporan selepas ini. Tunggu.

Rabu, 27 Mei 2009

gD.org2u Banner

Banner yang bakal berkibar di Kg. Cerakah Jaya, Meru sabtu 30/5 ini. Jom!

gD.org2u Update IV

Taklah sampai pindah rumah. ;)

Bawa bersama peralatan bergotong royong
yang bersesuaian seperti parang dan lain-lain. Mohon sabahat-sahabat berkasut sukan. Harap maklum.

Meeting point :
1. Masjid UIA PJ, 8am (tepat), 30/5, Sabtu.
2. Masjid Meru, 9am (tepat), 30/5, Sabtu.

Hadir (18)
1. Mohd Hafiszi
2. Mapeez
3. Azrul Nizam
4. Mumtaz
5. Shakir Ket
6. Firdaus Azizan
7. WS Fatimah
8. Hisommudin
9. Nor Azlina
10. Shahrul Efendi
11. Rohana
12. Safwan
13. Yuzilawati

14. Aizuddin
15. Nor Aliza Sidek & Ust. Syahmun
16. Rabiatul Adawiyah
17. Alias
18. Syukri & keluarga
19. Zaleha

Tak Hadir (15)
1. Liz
2. Nurbaya
3. Ameer Azeezy
4. Fadzli Fauzi
5. Huda
6. Ahmad Rusli
7. Sayuti
8. Nadia
9. Hilmi Ahmad

10. Adalia
11. Izwahani
12. Nur Adilah
13. Rohana Md Nawi
14. Sahudin & isteri

Selasa, 26 Mei 2009

gd.org2u Update III

Perbincangan terakhir dengan Ketua Kampung Cherakah Jaya, Meru memutuskan program ini hanya akan melibatkan gotong royong (tebas rumput, racun rumput kawasan kampung, menanam anak pokok) sahaja. Alhamdulillah berita baik buat sahabat-sahabat yang 'sibuk'. Majlis berlangsung dari 8am-1pm SAHAJA.

Penduduk kampung sangat berbesar hati mendapat lawatan kita. Seharusnya kita membalas kepercayaan itu sepenuhnya.

Meeting point :
1. Masjid UIA PJ, 8am (tepat), 30/5, Sabtu.
2. Masjid Meru, 9am (tepat), 30/5, Sabtu.

Hadir (17)
1. Mohd Hafiszi
2. Mapeez
3. Azrul Nizam
4. Mumtaz
5. Shakir Ket
6. Firdaus Azizan
7. WS Fatimah
8. Hisommudin
9. Nor Azlina
10. Shahrul Efendi
11. Rohana
12. Safwan
13. Yuzilawati

14. Aizuddin
15. Nor Aliza Sidek & Ust. Syahmun
16. Rabiatul Adawiyah
17. Alias

Tak Hadir (15)
1. Liz
2. Nurbaya
3. Ameer Azeezy
4. Fadzli Fauzi
5. Huda
6. Ahmad Rusli
7. Sayuti
8. Nadia
9. Hilmi Ahmad

10. Adalia
11. Izwahani
12. Nur Adilah
13. Rohana Md Nawi
14. Sahudin & isteri

Sabtu, 23 Mei 2009

Selamat Bertugas Pak Zambry

Bersyukur. - Photo dari Utusan

Sesetengah kita terkejut besar. Ada yang termangu kecewa. Tak kurang juga tergaru-garu kepala yang tidak gatal. Apapun, selamat bertugas Pak Zambry. Kepada Pak Nizar, keputusan untuk merayu itu tepat. Kamu lakukannya untuk rakyat. Tak usah menyerah begitu sahaja.

Apapun, ini Malaysia. Apapun boleh. Selamat aman dan makmur Malaysia ku. Selamat aman dan makmur rakan-rakan ku di Perak.

Memang kita kecewa.

Jumaat, 22 Mei 2009

gD.org2u Update II

Program gd.org2u 30/5 ini disingkatkan dari 9.00 pagi - 1.00 tengahari. Harap sahabat yang masih berkira-kira kerana kesuntukan kesempatan boleh mempertimbangkan semula keputusan kalian. Sekejap sahaja, sumbang tenaga dan masa. Lillahi taala.

Kehadiran update :

Hadir (15)
1. Mohd Hafiszi
2. Mapeez
3. Azrul Nizam
4. Mumtaz
5. Shakir Ket
6. Firdaus Azizan
7. WS Fatimah
8. Hisommudin
9. Nor Azlina
10. Shahrul Efendi
11. Rohana
12. Safwan
13. Yuzilawati

14. Aizuddin
15. Nor Aliza Sidek & Ust. Syahmun

Tak Hadir (13)
1. Liz
2. Nurbaya
3. Ameer Azeezy
4. Fadzli Fauzi
5. Huda
6. Ahmad Rusli
7. Sayuti
8. Nadia
9. Hilmi Ahmad

10. Adalia
11. Izwahani
12. Nur Adilah
13. Rohana Md Nawi

Jemputan Walimatul Urus

Mohd Shuwahyudi B Shuib (Yudi) & Khairina Bt Halim
6 Jun 2009, 6A Kampung Masjid Kubang Rotan,
06250 Alor Setar, Kedah.
(Shuwahyudi kini bertugas sebagai
Pegawai Latihan di INSPIN, Kedah)

Selasa, 19 Mei 2009

gD.org2u Update

Hasil perbincangan yang panjang, program yang murni ini akan mengalami beberapa 'twist' yang lebih menarik. Tarikh, masa masih lagi sama.

Program :
gD.org2u, Mesra Rakyat

Tempat :
Kampung Cherakah Jaya, Meru.

Dengan Kerjasama :
Pejabat DUN Meru. (YB Dr. Abd Rani)

Tarikh :
30 Mei 2009 (Sabtu)

Masa :
9.00 - 1.00 tengahari

Anggaran kehadiran :
15-20 orang (terkini baru 14)

Penampilan istimewa :
Penduduk kampung

Program 1 :
10.00 pagi - 12.00 tengahari (gotong royong)

Infak :
RM20 (untuk cenderahati dan hadiah)

Terima kasih yang tidak terhingga kepada Pengerusi Hubungan Kaum (Pejabat DUN Meru) dan Ketua Kampung Cherakah Jaya, Tuan Azhar B. Sapidin. gD.org menyimpan impian yang tinggi program ini akan berjalan dengan lancar dan jayanya.

Khamis, 14 Mei 2009

Mahu Pertolongan & Pelindung?

Era pasca keruntuhan kapitalis dan bangkitnya faham agama dan kesedaran nilai menyebabkan topik ini lebih mudah dikongsikan. Kadangkala kita rasa susah untuk membuat keputusan. Sukar untuk memahami jalan yang kita pilih. Kita berasa keseorangan yang amat sangat. Kita rasa terdedah kepada bahaya dan ketidak tentuan. Rasa doa sukar sampai ke hajatnya. Pendek kata jauhnya capaian rahmat dan rahim yang kuasa.

Enggan
Tipsnya mudah. Adakah kita tergolong di kalangan yang enggan beramal soleh. Berat untuk solat. Menyampah mahu bersedeqah. Bersangka baik sesama kita. Membantu dengan seikhlas mungkin. Berkira-kira untuk mencuba sesuatu yang positif. Menipu dalam perniagaan. Tuang kerja dan lalai dengan tanggungjawab. Oh. Sekarang fahamlah.

Sombong
Tipsnya mudah. Adakah kita tergolong di kalangan yang sombong. Bodoh sombong. Jahil dan tak mahu belajar. Bongkak dengan pencapaian. Sempitkan minda dengan tidak mahu berkongsi. Sombong dengan kata-kata tajam. Menghina dan mengherdik. Mencarut tak tentu pasal. Asyik dia yang betul, orang lain semuanya salah. Tak mahu meminta maaf dan memaafkan. Oh, begitu rupanya.

Sudahlah si enggan dan si sombong susah di dunia, bekalnya siksa di kubur dan di jahannam.

Amati dengan mata hati ayat ini diri dan sahabatku :
Adapun orang-orang yang enggan (beramal soleh) dan sombong, Allah akan menyiksa dengan siksaan yang pedih, dan mereka tidak akan memperoleh bagi diri mereka pelindung dan penolong selain dari Allah. - An-Nisa' 4:173.
Janji Allah. Dialah sebaik-baik pelindung dan penolong. Apabila kamu telah berazam, (berusaha dan) bertawakkallah. Majulah ummatku!

Isnin, 11 Mei 2009

Kita Sambut Syukur Ini

Sabar itu mulia! Allah bersama kesabaran.

Kita mengucapkan jutaan kesyukuran ke hadrat Allah. Kebenaran yang ditunggu akhirnya tiba juga. gD.org menyahut pesanan ayahanda TGNA :
"Setelah kita menang di Perak kini Perak telah bertukar menjadi Emas buat Pakatan Rakyat, Kejahatan telah terbukti dan kebenaran telah menjelma. Saya menasihati agar yang beragama Islam untuk puasa sunat esok hari serta sembhyang Sunat Syukur 2 rakaat. Jangan terlalu gopoh dengan kemenangan ini". - Klik untuk sumber
Selamat berkerajaan yang lebih adil rakyat Perak. Raja terus didaulatkan. Singkirkan sang luncai itu. Jika ada pilihanraya baru, bangkitlah rakyat semua. Bangkitkan Suara Baru Rakyat Malaysia!! Kita bakal bersedia apa sahaja yang akan berlaku seterusnya.

Jumaat, 8 Mei 2009

Jemputan Walimatul Urus

Shanizah Bte Hj Ngatiman &
Mohd Akmal Bin Non

31 Mei 2009, Jln Rakyat, Batu 8 Ijok,
45600 Batang Berjuntai, Selangor.
(Shanizah sekarang bertugas sebagai Peguam Syarie)

Dr. Wan Asmuni Bt Wan Mohd Saman
& Tuan Azhan B. Tuan Aziz

7 Jun 2009, No. 77, Kg Ganda Temenggor, 33300 Grik, Perak.
(Dr. Wan Asmuni bertugas sebagai Pegawai Perubatan)

Khamis, 7 Mei 2009

Terkini dari DUN Perak

Lupakan kes saman Pak Zambry ke atasnya. Anda mahu yang terkini? Lawati blog ADUN Titi Serong YB Idham Lim. Klik sini. Kecoh betul nampaknya. gD mendoakan yang terbaik buat pejuang rakyat. Yang benar tetap benar, yang salah tetap salah.

Lebih live dari dalam dewan DUN. Klik anilnetto.