Jumaat, 31 Oktober 2008

Kepahlawanan Khalid al-Walid

Saya kagum dengan penulisan sahabat kita ini. Ternyata ia berjaya membangkitkan semangat, seolah-olah kita sangat hampir dengan sahabat yang gagah ini.

Disertakan juga satu video clip yang bernilai jutaan dollar untuk dihasilkan menunjukkan cinta khalid pada baginda rasulullah SAW.

Klik sini untuk membacanya.

Khamis, 30 Oktober 2008

Info Perjumpaan Santai Putrajaya

Maklumat Tentang Perjumpaan Santai Putrajaya
1 November 2008 (Sabtu)
Berkumpul di Masjid Putra, Putrajaya pukul 3 petang.
Bawa makanan dan minuman ringan (seperti kuih-muih, laksa, mee goreng dan lain-lain) secara pot-luck.
Bawa keluarga masing-masing dan berpakaian riadah.
Jangan tinggalkan Putrajaya sebelum mendapat keceriaan dan kenangan.
Sebarang pertanyaan hubungi/sms Hafeez 0133539091.

Selasa, 28 Oktober 2008

Makan Malam UKP - 28 Nov 2008

USRAH KEBAJIKAN PROFESIONAL (UKP) menjemput semua ahli ke Majlis Makan Malam UKP pada 28 November 2008 di Residency Hotel Bangi, 8 malam. Bayaran ialah RM100 seorang. Bagi yang mempunyai anak-anak kecil (bukan bayi) disediakan permainan khas dengan bayaran tambahan RM10. Boleh buat pengesahan kehadiran ke 019-2153034 sebelum 30 Oktober 2008 ini. Harap maklum.

Rabu, 22 Oktober 2008

Menanti Sidang Akhbar Hisom Pula

Kalau semalam pasangan mawi dan ekin buat pengumuman rasmi, kita di gD menanti-nanti pengumuman rasmi dari Saudara Hisom (Pengerusi Dynamic ke-2) akan tarikh yang gilang gemilang itu. Di YG, Saudara Hilmi ada memberi gambaran. InsyaAllah katanya bulan Disember ini. Sahabat-sahabat boleh mengikuti terus perkembangan dari beliau dengan membaca catatan blog ini dari masa ke masa.

Gambar-Gambar dari lensa Sahabat Syukri & Catatan Janshah

Ruang santai buah bicara.

Dua bapa mithali ni tersenyum cool sahaja.

Lagi gambar lain di sini dan di sini. Tq Syuk & Janshah!!
Masih lagi menunggu gambar-gambar dari lensa yang lain.
Catatan menarik dari Janshah (siap dengan dialog lagi!) boleh di baca di sini.

Satu Catatan Perjumpaan Aidilfitri gD

Oleh Sahabat gD Siti Nurbaya

Bermula Satu Perjalanan
Maha suci Allah yang menanugerahkan nikmat iman, Islam dan ukhuwah yang tiada bernoktah. Syukur masih ada kesempatan waktu untuk kita memaknakan sebahagian kehidupan kepada perkara yang makruf dan amat besar kasih sayang Allah pabila kesalahan kita sering ditunjuki dengan pelbagai cara untuk kita berubah, mengubah dan diubah. Allahmdulillah.

Menanti jam 1 petang semalam tidaklah terlalu lama berbanding 2-3 @ 5 tahun tidak pernah bersua muka. Malah kawan yang dah selalu jumpa bila seminggu-dua minggu tak jumpapun dah terasa lama.

Jam 10.30 pagi dah mula bertolak dari Sg merab ke klang. Ingatkan nak jadi orang pertama, boleh tolong-tolong dan boleh balik awal. Kali ini saya hanya ditemani anak, Amiratushifa' kerana suami ada seminar lalu berpakat menumpang kereta sahabat Yuzi, Safwan, Aliyah dan Muaz. Alhamdullillah. Sampai sahaja sudah ada Shahrul Efendi, Rohana dan baby Mukmin. Bolehlah mereka menolong Wan Zorah, Aizudin selain sibuk melayan si kecil, Hasif yang tak cukup tidur. Alahai. Tersergam rumah bercat putih, dengan halaman yang luas untuk kanak-kanak bawah umur bermain.

Menu
Nasi Ayam - tuan rumah siapkan (terhidang ala-ala catering gitu). Nasi himpit dan sambal kacang ala-ala rojak pecal ada kencur (cekur) - tuan rumah sediakan. Tembikai - rohana kupaskan, siap susun lagi. Cocktail - Yuzi paternkan ala-ala cocktail i26 (opps zaman Rz dulu-dulu). Air oren - tuan rumah sdiakan, muaz dah picit paip bekas air tu. Dah kurang setengah cawan. Kek kiwi - safwan yang pilih. Nasib sedap. Agar2, kueh mueh, buah anggur, buah limau.

Bermula kehadiran
Datang rezeki dari langit. "wish" da geng, bukan geng mamak sebab diorang bawa roti jala bukan roti canai. Boleh tanye tuan presiden dan isteri yang turut menyinsing lengan menjala atas kuali. Hanya hakimi je yang jd hakim sebab dia tak buat keje orang dewasa.

Keluarga Sahudin & Syukri
Mai pulak orang bank Islam (target rating kutipan duit raya anak-anak terus meningkat mendadak). Sahudin, hasni dan mujahid yusuf rawa oppss. Si comel yang ada pengaruhnya. .Mai pulak dengan syukri (ayah tunggal bersama baby comel Auni). Sayu dengar baby nangis bila dikhabarkan ibunya kursus enam bulan. Nampak syukri maintain relax. Cuba membiasakan diri. Auni yang menangis cuba ditenangkan dari tangan ke tangan para ibu mithali. Auni mudah dengan orang yang baru dikenali tapi bertahan sebentar kemudian menangis semula. Syukri pun bancuh susu, dan menidurkan Auni. Terpaksala mukmin yang dah parking awal-awal dalam buai sign kontrak sementara, dok kat bawah lak. Mukmin memang best. Diam, ralit je tgk tv dan tengok umminya. Shifa' makan bubur je sambil test naik keta mainan hasif yang mcm iklan petronas tu. Mai hakim join skali. Sua bubur kat hasif tak mau pulak. Dia nak nasi ayam rupanye. Hakim sambung makan nasi ayam.

Hafeez
Hafiz pun mudah je kendong Mutma'inah (Ain). Samo namo timangan kito. Dia tak banyak ragam. Walaupun bondanya (bahasa istana tu) berkursus induksi. Nasibla goverment servant ni. Ain curly hairnya. Like father like daughter.

Fadzli Fauzi dan Keluarga
Kecuali bila mai anak gadis ayahanda fadli dan bonda hanifah. Train garang tu. Ubah dialog, adik nak jd adik saya. Ain nangis jap je. Budak budak. Aqilah cute ngikut bonda dan ayahandanya. Bila sesi makan. Tak de orang yang boleh menolak kesedapan semua juadah.

Sahabat Yang Tidak Hadir
Namun. Sambil menikmati suasana, makan, mandikan anak dan solat zohor. Teringat sangat kat sahabat yang tak hadir. Yang sedihnya, Caah nak juga bawa syaza dan amani namun belum diizinkan dalam perjumpaan kali ini (ingat kat kau caah jgn sedih sangat ek). Annir tunggu balas mesej. Tak berbalas (ehh dah bersalin ke? duenya 30hb ni). Kenang kat Huda yang last minute cancel tiket bas. Mak mertua sakit di terengganu. Moga sihat semula hendaknya. Kak yu (hasruzaini) yang ada program kat sekolah. Kak nadia, zalin pun ada program kat sekolah. Cikgu-cikgu banyak yang sibuk sabtu tersebut. Alahai kak nadia. Kerepek pun tak sempat nak diambil. InsyaAllah kami dah makan untuk akak. Andak rohana nawi ada balas mesej, tapi mungkin ada hal last minute tak dapat dielakkan. kak adila pun ada program. Mereka berkirim salam.

Sempat beraya rumah kak rahimah &us redzwan minggu lepas, katanya nak hadir dengan hero ammar dan amru yang strategis, mungkin ada halnya. Ustaz gje dan kak jannah yang menunggu masa kelahiran baby ke-3, insyaAllah. Kak huda, marini, g-ha, syuqiyah, siti hasrah jauh di baram, sarawak. Mesti kak wan siti fatimah seronok beraya dengan baby baru. Kalau ada maslina (keja ari sabtu), masrina, adalia, julie king, mastura sapan, zaharaini mg, kak chik, lis, wardati, siti zaharah. (bakal menamatkan zaman bujang).

Geng Kak Pidah, kak masni, kak aida, kak ainol, kak yang kecik chomey tu. Usu dan Ude na. Adakah akan ada masa kita semua berkumpul sume2? Bertukar cerita, dah kawin dengan orang mana, anak dah pandai ape, sibuk bisnes ape, part time job ape, join usrah mane, wah khatam quran tiap-tiap ramadhan, kereta baru bayar downpayment berapa cash? 5 ribu je. Bertuahnya. Sehalusnya aku memikirkan. Moga sempat ketemu sebelum semuanya kita ini dikumpul di mashyar. Ya Allah, izinkanlah. Amin.

Ustaz Samawi
Selang masa beberapa ketika mai lagi dua orang ustaz yang ditunggu-tunggu. Seorang besar pakai kopiah sorang kecik pakai songkok. Yang kecik tu, anaknyelah. Ustaz Wan samawi, dan ustaz kecik, Khalish. (betol tak ejanye?). Petah betul sebutnye. Baru 2 tahun, cakapnya tegas, jelas. Speaking lagi tu. Memang gaya ilmuwan agama. InsyaAllah. Ustaz wan mai berdua, isterinya dalam pantang lahir anak kedua.

Intermission
Mulalah Presiden membuka majlis. Bertaaruf. Aplikasi istilah tafahum supaya masing-masing akan menggenapkan maksud takaful dalam konsep kita seusrah. Agak- agak cukup korum baru separuh masa mula majlis.

Nuha
Mai pula nuha, suami dan baby girlnya. Jodohya dengan orang IT sorang bidang hardware, sorang software. Kire lengkaplah sebuah komputer. Siap dengan streamyx sekalikan. Mantap betul. Korang tak kan rasa masa berlalu begitu cepat dek kerana melayan karenah anak-anak. Menghabisi cerita yang tidak bernoktah, berbisik perkara yang hanya boleh dikongsi dengan sahabat yang dipercayai tanpa ragu (pinjam kata pres). Rasa rindu, seronok dan hati yang sukar diluahkan bila bertemu mata dengan teman-teman yang lama kita mahu temui.

Itupun. Tak cukup lagi. Tidak pernah terlintas dalam fikiran untuk melupakan yang lain. Ada sahaja cerita yang bersambut deraian tawa. Shahrul belum lagi nak tunjuk bukti-buktinya. Tapi percayai sahabat sekalian.

Tak Mahu Pulang
RASA INI INGIN DIKONGSI BERSAMA. Sehinggalah kami macam taknak balik. Dengan rumah yang besar, selesa macam ruang rehlah dan sangat mengalukan tetamu, InsyaAllah kita akan bertemu kembali dengan sahabat yang lainya.

Pulang
Kami bergerak pulang hampir jam 5 petang. Sebelum itu ada sesi fotografi dengan pelbagai jenama kamera dan salam sambil menyua pitis. Budak kecik je dapat. Siap ada pesanan sahudin, dapat duit raya simpan dalam bank Islam, tabung haji pun tak pe kan kan?

Rabiatul Jen Adawiyah, Syakir & Amani
After kami balik ada lagi tamu yang menyusul tiba. Tak dan jumpa. Amani dan Syakir serta anak-anaknya. Dan Kak Jen (Rabiatul Adawiyah), suami dan baby girlnya.

Berkemas
Sape datang last kena tolong kemas. Hehe. Kesian pula orang belakang. Moga semua dimudahkan ye. Entah habis makanannya atau idak. Moga berkat rezekinya dan dah ditapau bawa balik. Orang jawa panggil berkat.

Fahad dan Tempenya
Ingat pasal jawa, fahad faisal harap tak kempunan ye. Sambal tempe tak de lorr. Time raya sambal tempe dah jadi sampingan. Ingat jg tapi pakar yg nak membuatnya tak larat. Berbadan dua untuk yg ke tiga kalinye. Harap orang rumah fahad kalau jawa, okla. Kalau tak gi la menuntut dgn mak yuzi kat felda chini. Memang terror. Kitorang kat RZ selalu makan time dia bawa.

Laksa Johor Fidah & Ustaz Izwan
Teringat juga kat laksa johor yang kakpidah dan us izwan hidang time jamuan kat rumah mereka. Anggap ajelah dah campur sumenye. Adam, bila nak boleh adik?

Saya karang ikut pandangan mata. Kalau yang kurang, lebih, tersentuh jiwa, termakna rasa, tersulam rasa suka, menyimpan sendu dan kembali mengingati kisah dahulu, maaf dan mohon halal segalanya. Kita alukan respon dan segala tambahan. Saya suka frasa "cerna-cernakanlah".

siapa lagi kalau bukan kita. Di mana lagi kalau bukan di sini. Bila lagi kalau bukan sekarang.

Kita berubah untuk mengubah dan bersedia untuk diubah. Acuan ini kitalah yang menentukannya!

Isnin, 20 Oktober 2008

Terima Kasih Daun Keladi

Terima kasih daun keladi buat :

1. Tuan rumah - Shbt Aizuddin dan Wan Zorah atas kesudian menerima perangai anak-anak kami yang menyepah, menumpah dan membingitkan hari minggu kalian. Tuhan sahaja yang layak membalasnya. Atas juadah yang diusahakan, alhamdulillah juga kami ucapkan.

2. Sahabat-sahabat yang hadir - Tak mahu saya nyatakan di sini siapa yang hadir (biar s/u buat laporan rasmi). Kehadiran kalian adalah penyeri hari, pengubat rindu, pembawa semangat. Yang jauh, yang dekat saya sangat terharu. Juadah-juadah yang dibawa juga penyeri tekak dan membawa senyuman kepada perut-perut yang lapar.

3. Sahabat-sahabat yang tidak hadir dan berkirim salam - Ramai juga untuk dinyatakan (juga biar s/u buat laporan rasmi). Hati kalian bersama Dynamic adalah doa buat kesatuan ini. Saya jemput kalian untuk program gD akan datang iaitu di Putrajaya (November) dan Kuala Kangsar (Disember).

Saya/ kami mengalukan sahabat-sahabat yang hadir untuk berkongsi gambar di sini. Kemeriahan dan keseronokan itu menggamit momentum baru dalam ukhuwwah ini. Tak perlu upload ke emel, juz post ke blog anda, ataupun berkongsi link url fotopages, flickr, picasa, photobucket atau lain-lain.

Saya PASTI sahabat-sahabat lain teruja menanti gambar-gambar berkenaan. Moga sahabat aizuddin, fadzli, shukri, sahudin, shahrul dan lain-lain yang berkamera itu dapat kongsikan kemeriahan yang tak terucap itu!

Moga Allah berkati kalian semua.

Jumaat, 17 Oktober 2008

Ingatan Buat Seseorang

Anda pasti kenal dengan wajah ini.

Saya pautkan ke blog seorang adik saya. Pautan mengenai perkahwinan Ust Muhd Ramadhan Fitri (ex-Press PMIUM). Ingatan kita pasti tidak luput mengenai ketokohan insan ini. Selamat pengantin baru Don & Dijah!! Gambar-gambar dari picasa boleh dilihat di sini.

Saya dapat jemputan kamu berdua. Tapi mohon maaf atas keuzuran kami. InsyaAllah doa kami dari generasiDynamic sentiasa bersama kamu berdua.

Khamis, 16 Oktober 2008

Hidayah; Suami vs Isteri

Foto ihsan dari djkopi.flickr

Sepatutnya semalam saya buat posting ini, tapi apakan daya kita merancang. Apapun masa yang singkat ini saya cuba postingkan satu cernaan dari minda yang cetek ini. Lama saya berfikir dan membaca. Masa sangat singkat, pagi ini insyaAllah saya sudah ada temujanji. Saya cuba yang terbaik.

Sang Isteri dan Santapan
Akhir-akhir ini, sejak awal ramadhan hingga kini isteri saya, Ibu Hakim sibuk mencari resipi di internet untuk dicubanya di rumah untuk hidangan kami sekeluarga. Sebagai suami saya amat berbesar hati. Sibuk dia berkata yang dia kurang pandai memasak berbanding kakandanya yang lain. Berkebetulan pula saya yang tak cerewet dalam makanan tidak adil jika saya mahu membandingkan masakan sang isteri dengan masakan sang bonda.

Soalnya mengapa?
"Apabila Alah mengkehendaki kebaikan pada hamba Nya, akan difahamkan Nya dalam agama dan diilhamkan Nya petunjuk kepadanya". (Riwayat Bazzar dari Ibnu Mas'ud)
Jawapan pemerhatian saya, itu tandanya Allah sayang kepada kita. Allah mahu lagi memberi hidayah dalam sesuatu perhubungan. Tanda Allah mahu memberkati.

"Oh rupanya, idea memasak itu juga hidayah dari Allah", kata ku sendirian.

Sang Isteri dan Berhias
Tidak kurang juga kewajipan sang isteri berhias untuk mendapatkan hati sang suami. Al-maklumlah, dari pandangan mata jatuh ke hati. Ramai beranggapan berhiasnya sang isteri kerana tidak mahu sang suami 'mencari yang lain'. Tiada salahnya anggapan itu. Cuma berdasarkan pemerhatian saya asbab itu tidak cukup menjadi alasan perbuatan itu.

Sahabat Abdullah bin Abbas ada menceritakan kisah rumahtangga baginda. Rasulullah SAW pernah bersabda :
"Aku ingin benar apabila aku berhias untuk mendapat kasih sayang dari isteri, sebagaimana aku mahu isteri aku berhias untuk aku sayangi".
Nah, jelas bukan. Bukan sahaja sang isteri sahaja kena berhias, sang suami juga ditunjukkan pintu itu oleh rasulullah SAW. Hakikatnya hiasan bukan sahaja pada zahir fizikal, tetapi juga layanan. Memakaikan butang, mengemaskan rumah, menguruskan kewangan, berjimat dan memberikan hadiah.

"Oh, niat berhias juga adalah hidayah dari Allah", kata ku lagi.

Kesimpulan
Saya simpulkan begini. Hidayah adalah kurniakan nikmat yang sangat berharga. Allah memilih siapa yang mahu diberikan hidayah itu. Rapatnya kita dengan Allah semakin tinggilah nisbah peratusan untuk mendapat hidayah itu. Semakin kita mencari Allah, semakin dekatlah carian Allah kepada kita untuk diberikan nikmat ini.

Patutlah cinta Allah tempatnya teratas. Kerana dari cinta Allah, datangnya hidayah cinta manusia. Aku insaf.

p/s - teringin makan daging black paper pulak tiba-tiba. :)

Rabu, 15 Oktober 2008

Sejarah Matapelajaran Wajib SR?

Topik ini menghangatkan minda saya sejak semalam. Klik sini untuk berita di Utusan. Saya setuju sejarah itu penting. Saya terpanggil bukan kerana saya guru sejarah, atau pembuat buku teks sejarah, atau ahli sejarah. Tetapi saya terpanggil oleh kerana kekecewaan saya rupanya berterusan. Apa yang saya harap dan doakan belum lagi dimakbulkan. Saya rasa bukan saya sahaja.

Apapun ruangan masa yang terhad untuk menghuraikan segalanya dengan teliti.

Dalam kertas projek yang saya sempurnakan semasa tahun akhir pengajian di UM dahulu, saya telah menemui kekecewaan itu. Perkara ini bukanlah baru.

Faktanya, sehingga kini subjek Pengajian Agama Islam masih gagal dimasukkan sebagai salah satu matapelajaran peperiksaan UPSR. Sibuk mahu generasi muda memahami sejarah, terlupa generasi muda juga perlu agama. Semasa kajian saya terdahulu, berbagai alasan diberikan untuk merealisasikannya. Tetapi semalam oleh kerana cadangan itu diberikan oleh YAB PM, terus dipersetujui secara lisan oleh YB Menteri Pelajaran untuk diperhalusi. Ahh, kecewanya saya.
Faktanya sehingga kini subjek Pengajian Agama Islam masih gagal dimasukkan sebagai salah satu matapelajaran peperiksaan UPSR.
Saya tak salahkan sesiapa jika hari ini ibu bapa panggil ustaz/ustazah ke rumah untuk ajar mengaji. Saya tak salahkan sesiapa jika hari ini ibu bapa sibuk mencari summer camp ibadah setiap kali datang cuti sekolah. Saya tak salahkan sesiapa jika anak-anak hari ini lebih hafal lagu-lagu popular dari hafal surah-surah lazim. Saya tak salahkan rancangan Tom Tom Bak yang popular itu.

Gagalnya lapisan tertentu memahami fiqh aulawiyat (feqah keutamaan) menyebabkan barah yang besar. Saya seru rakan-rakan di jawatan-jawatan tinggi kerajaan, mahasiswa, NGO dan pejuang-pejuang terus memberi tekanan, memberi saranan, memberi justifikasi kepada yang berwajib. Kita tidak berpolitik dalam pendidikan. Saya yakin.

Generasi muda perlu 'disuntik' vaksin yang ampuh. Ajarlah apa jua, JANGAN tinggalkan dua perkara AL-QURAN dan AS-SUNNAH, nescaya semuanya selamat. Itu jelas.
JANGAN tinggalkan dua perkara AL-QURAN dan AS-SUNNAH, nescaya semuanya selamat.

Selasa, 14 Oktober 2008

UPDATE Peta ke Perjumpaan Aidilfitri gD

Terima kasih kepada sahabat-sahabat yang sudi meluangkan masa untuk mereka peta sebaik ini. Harap-harap sahabat-sahabat yang lain mendapat arah yang terbaik untuk ke sana nanti.

Peta-peta boleh dimuat turun melalui link-link ini :

1. Peta format .gif dan .doc (TERKINI, yang lebih jelas, termasuk landmark). Klik sini.
2. Peta format google earth (untuk pandangan sebenar dari angkasa). Klik sini.

Isnin, 13 Oktober 2008

Ayat-ayat Cinta, Review Dari Sahabatku

Malam semalam, ayahanda saya menelefon adik (yang kebetulan saya juga ada di situ) menanyakan tentang filem ini. Ayahanda meminta untuk dicarikan novel ataupun dvd cerita ini kerana menurutnya amat mengesankan. Agak kesal kerana saya sendiri tidak dapat menonton filem ini kerana menghadiri satu forum di pejabat.

Saya memang maklum fenomena yang filem ini bawa di negara garuda itu, tetapi tidak sangka kali ini sahabat saya (disertasi) sudi berkongsi review tentang filem ini. Klik sini untuk membaca review dan nasihat beliau tentang kisah cinta ideal ini.

Sahabat-sahabat dan sesiapa juga yang sudi berkongsi dvd/vcd filem ini bolehlah hubungi saya. Teringin juga buat review sendiri. Hakikatnya saya sangat jarang dapat tengok movie lagi. Yang dapat ialah Malaysia Hari Ini setiap pagi, sambil berurusan di depan laptop isteri seperti yang saya sedang buat sekarang.

UPDATE Perjumpaan Aidilfitri gD

1.
Sahabat-sahabat digalakkan membawa juadah masing-masing bagi meningkatkan meter beraya, tak kira ketupat, rendang mahupun tart nenas.

2.
Sebarang masalah, boleh hubungi shahrul, saya dan aizuddin.

3.
Sahabat-sahabat juga digalakkan datang awal bagi membantu persiapan sedikit sebanyak, moga-moga dapat meringankan tugas tuan rumah kita.

4.
Peta (ihsan dari google & of course shahrul, tq bro) boleh di dapati di sini.

Salam sayang.

Jumaat, 10 Oktober 2008

Promosi Sticker Rasmi Kereta Ahli gD

Harga sticker : 1 unit, RM5.
Promosi 1set (2 unit) RM 8.
100% keuntungan diinfakkan ke akaun gD.

Bagi pembelian boleh telefon atau sms
saya/hafeez bila-bila masa.
Penghantaran akan dibuat melalui pos.
Tiada kos pos akan dikenakan.

Boleh dapatkan juga di Perjumpaan Aidilfitri gD, 18/10 ini.