Khamis, 16 Oktober 2008

Hidayah; Suami vs Isteri

Foto ihsan dari djkopi.flickr

Sepatutnya semalam saya buat posting ini, tapi apakan daya kita merancang. Apapun masa yang singkat ini saya cuba postingkan satu cernaan dari minda yang cetek ini. Lama saya berfikir dan membaca. Masa sangat singkat, pagi ini insyaAllah saya sudah ada temujanji. Saya cuba yang terbaik.

Sang Isteri dan Santapan
Akhir-akhir ini, sejak awal ramadhan hingga kini isteri saya, Ibu Hakim sibuk mencari resipi di internet untuk dicubanya di rumah untuk hidangan kami sekeluarga. Sebagai suami saya amat berbesar hati. Sibuk dia berkata yang dia kurang pandai memasak berbanding kakandanya yang lain. Berkebetulan pula saya yang tak cerewet dalam makanan tidak adil jika saya mahu membandingkan masakan sang isteri dengan masakan sang bonda.

Soalnya mengapa?
"Apabila Alah mengkehendaki kebaikan pada hamba Nya, akan difahamkan Nya dalam agama dan diilhamkan Nya petunjuk kepadanya". (Riwayat Bazzar dari Ibnu Mas'ud)
Jawapan pemerhatian saya, itu tandanya Allah sayang kepada kita. Allah mahu lagi memberi hidayah dalam sesuatu perhubungan. Tanda Allah mahu memberkati.

"Oh rupanya, idea memasak itu juga hidayah dari Allah", kata ku sendirian.

Sang Isteri dan Berhias
Tidak kurang juga kewajipan sang isteri berhias untuk mendapatkan hati sang suami. Al-maklumlah, dari pandangan mata jatuh ke hati. Ramai beranggapan berhiasnya sang isteri kerana tidak mahu sang suami 'mencari yang lain'. Tiada salahnya anggapan itu. Cuma berdasarkan pemerhatian saya asbab itu tidak cukup menjadi alasan perbuatan itu.

Sahabat Abdullah bin Abbas ada menceritakan kisah rumahtangga baginda. Rasulullah SAW pernah bersabda :
"Aku ingin benar apabila aku berhias untuk mendapat kasih sayang dari isteri, sebagaimana aku mahu isteri aku berhias untuk aku sayangi".
Nah, jelas bukan. Bukan sahaja sang isteri sahaja kena berhias, sang suami juga ditunjukkan pintu itu oleh rasulullah SAW. Hakikatnya hiasan bukan sahaja pada zahir fizikal, tetapi juga layanan. Memakaikan butang, mengemaskan rumah, menguruskan kewangan, berjimat dan memberikan hadiah.

"Oh, niat berhias juga adalah hidayah dari Allah", kata ku lagi.

Kesimpulan
Saya simpulkan begini. Hidayah adalah kurniakan nikmat yang sangat berharga. Allah memilih siapa yang mahu diberikan hidayah itu. Rapatnya kita dengan Allah semakin tinggilah nisbah peratusan untuk mendapat hidayah itu. Semakin kita mencari Allah, semakin dekatlah carian Allah kepada kita untuk diberikan nikmat ini.

Patutlah cinta Allah tempatnya teratas. Kerana dari cinta Allah, datangnya hidayah cinta manusia. Aku insaf.

p/s - teringin makan daging black paper pulak tiba-tiba. :)

Tiada ulasan: