Isnin, 20 Oktober 2008

Terima Kasih Daun Keladi

Terima kasih daun keladi buat :

1. Tuan rumah - Shbt Aizuddin dan Wan Zorah atas kesudian menerima perangai anak-anak kami yang menyepah, menumpah dan membingitkan hari minggu kalian. Tuhan sahaja yang layak membalasnya. Atas juadah yang diusahakan, alhamdulillah juga kami ucapkan.

2. Sahabat-sahabat yang hadir - Tak mahu saya nyatakan di sini siapa yang hadir (biar s/u buat laporan rasmi). Kehadiran kalian adalah penyeri hari, pengubat rindu, pembawa semangat. Yang jauh, yang dekat saya sangat terharu. Juadah-juadah yang dibawa juga penyeri tekak dan membawa senyuman kepada perut-perut yang lapar.

3. Sahabat-sahabat yang tidak hadir dan berkirim salam - Ramai juga untuk dinyatakan (juga biar s/u buat laporan rasmi). Hati kalian bersama Dynamic adalah doa buat kesatuan ini. Saya jemput kalian untuk program gD akan datang iaitu di Putrajaya (November) dan Kuala Kangsar (Disember).

Saya/ kami mengalukan sahabat-sahabat yang hadir untuk berkongsi gambar di sini. Kemeriahan dan keseronokan itu menggamit momentum baru dalam ukhuwwah ini. Tak perlu upload ke emel, juz post ke blog anda, ataupun berkongsi link url fotopages, flickr, picasa, photobucket atau lain-lain.

Saya PASTI sahabat-sahabat lain teruja menanti gambar-gambar berkenaan. Moga sahabat aizuddin, fadzli, shukri, sahudin, shahrul dan lain-lain yang berkamera itu dapat kongsikan kemeriahan yang tak terucap itu!

Moga Allah berkati kalian semua.

Tiada ulasan: