Ahad, 8 Februari 2009

Virus MBA dan MTBT Melanda Sekali Lagi

Virus merbahaya itu melanda kita sekali lagi hari ini. Sepatutnya Ahad kita isi dengan meneliti akhbar-akhbar semasa bagi mengikuti rangkuman isu sepanjang minggu ini. Bagaimanapun hari ini sedikit berbeza. Virus yang seringkali datang 4 atau 5 tahun sekali itu sekali lagi menjelma.

Virus yang dimaksudkan ialah Virus Menyampah Baca Akhbar (MBA) kembali melanda. Turut sama melanda ialah Virus Menyampah Tengok Berita TV (MTBT). Mual. Segala kekuatan media diarah mengasak habis-habisan sebelah pihak itu hingga tidak terdaya. Luluh segala pakaiannya, maruahnya dengan 'suara' kemarahan ramai pihak.

Sehingga reda ancaman virus ini, baik kita baca al-Quran bersama tafsirnya. Tak pun baca sirah anbia' kisah pemerintah ulung Nabi Yusuf as. Paling tidak pun bacalah kisah Sang Puteri dan Putera Katak! Buat hiburan si anak-anak riang.

Khamis, 5 Februari 2009

Angin Lintang Dari Lembah Kinta

Kita memerhatikan gelagat orang politik itu. Memainkan sentimen rakyat dan keadilan. Bagaimanapun kita tidak setuju tentang beberapa perkara.

1. Kerajaan baru yang bakal dibentuk lebih kukuh
Tepuk dada tanyalah selera. Kerajaan Perak tetap tidak stabil. Majoriti yang dikatakan hanyalah bersandarkan 3 calon bebas sahaja. Bebas macam lalang. Ikut angin mana yang lebih 'kuat' menolaknya. Hakikatnya memang kita tidak mahu duit rakyat sekali lagi digunakan untuk menjayakan pilihan raya yang baru di sana, tetapi kita juga tidak mahu nasib rakyat Perak juga macam lalang. Hanya 3 orang YB Bebas, ya 3 menentukan sesuatu usul di DUN Perak selamat dipersetujui atau ditolak. Rapuhnya kerajaan ini. Kasihan yob!

2. Kerajaan baru mempunyai pengalaman dan rekod baik mentadbir
Kita menilai rekod mentadbir setelah ianya bermula, rekod yang lama tinggal kenangan. Banyak kenangan pahit rakyat di Perak selama ini. Menteri Besar yang baru pun belum masuk pejabat, peliknya ia sudah dikatakan mempunyai 'pengalaman'. Pada kacamata kita kerajaan PR memerintah dengan matang walaupun ditekan dengan pelbagai hasutan dan ancaman. YAB Dato' Seri Nizar dengan senyumannya penuh profesional dan matang. Kita yakin semua orang boleh nilai.

3. Kerajaan yang baru akan meneruskan upaya memajukan Perak
Sepatutnya 50 tahun lepas Perak sudah sangat maju dari apa yang ada hari ini. 50 tahun vs 1 tahun yang penuh ancaman dan kekacauan. Kita amat tidak setuju dengan kenyataan ini. Katanya hubungan baik antara kerajaan pusat dan negeri akan lebih memajukan negeri ini. Apa jadi dengan Sabah? Sarawak? Terengganu? Tidakkah sudah bertahun-tahun hubungan pusat-negeri 'baik', sapa yang lebih maju sebenarnya? Ya 'orang itu'.

Kita terus memerhati perkembangan ini saban hari. Sambil itu kita mendoakan yang terbaik untuk rakyat Perak, sahabat kita, saudara kita, ibu kita, ayah kita, nenek dan datuk kita. Kami bersama keadilan. Budaya tidak sihat itu amat memalukan tamadun kita!

Isnin, 2 Februari 2009

Terbaru dari Kuala Terengganu

Bersama Ust. Amir dan akhi Safuan di Mydin Mall, Kuala Terengganu. Gambar diambil sebelum zaman boikot.

Inilah wajah terkini Ust Amir Ariffin dan Akhi Safuan yang sempat dirakam semasa di Kuala Terengganu baru-baru ini. Mereka berdua alhamdulilLah sihat. Mereka juga sempat mengirimkan salam buat semua keluarga gD.org walaupun di mana sahaja berada. Salam rindu dari mereka.

Dari pemerhatian saya, saya bangga menjadi sebahagian dari keluarga besar ini. Mereka berdua ternyata berjaya di bidang masing-masing. Untuk pengetahuan sahabat semua Ust Amir kini adalah peguam berjaya di JKSM (Kuala Terengganu) dan Safuan adalah pegawai bank (berwarna koporat merah) yang berpengaruh. Selamat berjaya kami semua ucapkan. Buat safuan, moga 2009 adalah tarikh keramat untuk menamatkan zaman bujang anda itu. ;)