Ahad, 8 Februari 2009

Virus MBA dan MTBT Melanda Sekali Lagi

Virus merbahaya itu melanda kita sekali lagi hari ini. Sepatutnya Ahad kita isi dengan meneliti akhbar-akhbar semasa bagi mengikuti rangkuman isu sepanjang minggu ini. Bagaimanapun hari ini sedikit berbeza. Virus yang seringkali datang 4 atau 5 tahun sekali itu sekali lagi menjelma.

Virus yang dimaksudkan ialah Virus Menyampah Baca Akhbar (MBA) kembali melanda. Turut sama melanda ialah Virus Menyampah Tengok Berita TV (MTBT). Mual. Segala kekuatan media diarah mengasak habis-habisan sebelah pihak itu hingga tidak terdaya. Luluh segala pakaiannya, maruahnya dengan 'suara' kemarahan ramai pihak.

Sehingga reda ancaman virus ini, baik kita baca al-Quran bersama tafsirnya. Tak pun baca sirah anbia' kisah pemerintah ulung Nabi Yusuf as. Paling tidak pun bacalah kisah Sang Puteri dan Putera Katak! Buat hiburan si anak-anak riang.

2 ulasan:

Ustaz Amin berkata...

boikot membaca baik untuk orang awan, tetapi bagi orang terpelajar ia tidak baik, sebab kita perlu tahu cara berfikir orang lain untuk kita bena pemikiran kita yang lebih matang

Tanpa Nama berkata...

yes..jimatnye kalau tgk internet je..xyah beli..memang membazir..kecuali org yg minat papercutting..that job is a good job..