Rabu, 30 April 2008

Tinggalkan Ia Sebentar...

Mana lebih berat??

Baik untuk sama kita fikirkan dan renungkan.

Seorang pensyarah sedang memberi kuliah tentang Stress Management, Dia mengangkat segelas air dan bertanya kepada pelajarnya "Berapa beratkah segelas air ini pada fikiran anda semua"?? Pelajar-pelajar mengatakan beratnya anggaran dari 20 gram hingga 500 gram.

"Ini bukanlah masalah berat secara total, tetapi tergantung kepada berapa lama anda memegangnya. Jika saya pegangnya selama 1 minit, tidak ada masalah. Jika saya pegangnya selama 1 jam, lengan kanan saya akan terasa sakit. Dan jika saya pegangnya selama 1 hari penuh, mungkin anda harus memanggil ambulans untuk saya, tapi semakin lama saya memegangnya, maka bebannya akan menjadi semakin berat".

"Jika kita membawa beban kita terus menerus, lambat laun kita tidak akan mampu membawanya lagi. Beban itu akan meningkat beratnya."

"Apa yang harus kita lakukan adalah meletakkan gelas tersebut, berehat sejenak sebelum mengangkatnya semula. Kita harus meninggalkan beban kita secara periodik, agar kita dapat lebih segar dan mampu membawanya lagi. Jadi sebelum pulang ke rumah, dari pejabat dan sebagainya, tinggalkan beban pekerjaan. Jangan bawanya pulang!!! Beban itu boleh diambil semula besok. Apapun beban yang ada di minda anda hari ini, cuba tinggalkan sejenak jika boleh!!! Setelah berehat ambilnya kembali. Hidup ini Ujian, Jadi Cubalah Hadapinya!!!

Artikel asal oleh En. Hisham B Yunos (nuruliman@googlegroups), thanks bro!! You got the point!!

Selasa, 29 April 2008

Ust Izwan di SaifulIslam.com

Ust Izwan (yang semakin comel) bergambar bersama Abu Saif.
Terima kasih kepada Abu Saif atas foto. Foto berkenaan adalah hak cipta terpelihara Abu Saif.
© SAIFULISLAM.COM (1998 – 2007)

Banyak yang boleh diperkatakan tentang kelebihan sahabat kita yang seorang ni. Susah nak dicari ganti. Semakin comel dan berisi. Biar bak padi wan, makin berisi makin merendah diri. Saya amat menghormati beliau selaku seorang yang sangat komited pada apa-apa sahaja tugas, lebih-lebih lagi tugas dakwah. Medan dakwah yang sangat luas di bumi kenyalang tidak disia-siakannya. Dengan kelebihan 'rapport' beliau yang juga mantan presiden PMIUM ini, beliau mula menjejak sahabat-sahabat di sana. Beliau yakin, kejayaan datang dari perancangan yang teliti.

Sahabat-sahabat boleh membaca nukilan abu saif di sini berkenaan pengalaman beliau di Sarawak atas jemputan Ust Izwan untuk satu program ToT baru-baru ini. Blog Ust Izwan juga boleh dilayari di sini.

Kita doakan setiap jiwa ahli dynamic kekal tersemat kecekalan usaha dan ketinggian azam. Tiada yang mudah dalam kehidupan. Syurga hanya kepada mereka yang sudah diuji!

Isnin, 28 April 2008

Tahniah Walid Shahrul & Abah Hafeez

Alhamdulillah, sedikit masa yang Allah berikan membenarkan saya dan ibu azlina (hakim juga) menjejakkan kaki ke rumah Walid Shahrul (Setiausaha Agung Dynamic) dan Abah Hafeez (Bendahari Agung Dynamic) hujung minggu yang lepas.

Lahir sudah putera-puteri Islam yang bakal menjunjung tinggi kalimah Allah di muka bumi. AlhamdulilLah kedua-duanya (dan umminya) sihat nampaknya. Jika tidak cukup tidur buat masa ini, biasalah tu. Bawak bersabar. Pahala mendidik adalah pasif. Lagi banyak didikan lagi pasif pahala kalian.


Putera Shahrul Efendi & Rohana : Hafizul Mukmin (Mukmin)
Puteri Hafeez & Puteri Suhana : Puteri Nurul Mutma'inah (Ain)

Saya bercadang untuk menyediakan ruangan tetap 'Tarbiyatul Aulad' di blog gd.org ini memandangkan ramai di kalangan kita adalah ayah-ayah dan ibu-ibu baru. InsyaALlah sehari selembar benang, lama-lama menjadi kain. Yang sedikit dikongsi, yang banyak dijamah. Adat manusia berbudi, adat insan beramal.

hafiszi(at)gmail(dot)com

Perkembangan Ust Ameer Azeezy

Sedikit perkembangan dari Kota Bharu mengenai Ameer. Beliau boleh diziarahi di Tingkat 4, Wad 430, Hospital Pakar Perdana. Katanya (Nik Masykuri) Ameer semakin sihat dan sudah hilang traumanya. Tangan kanan beliau patah dan kepalanya berjahit. Kesan agak teruk seperti cakap merapu-rapu seolah-olah bukan dirinya sudah beransur pulih. Beliau juga sudah boleh menerima dan melayan tetamu.

Terima kasih sahabat2 di GAPES atas maklumat berkenaan. Mohon sahabat-sahabat dynamic dapat mesej Ust Ameer tanda sokongan dari seorang sahabat untuk sahabat.

hafiszi(at)gmail(dot)com

Jumaat, 25 April 2008

Blog Pilihan - AM Firdaus

AM Firdaus : Menarik! Informatif! Jangan lupa bookmark!

Terima kasih buat sahabat dynamic akhi Rosmaini Firdaus kerana berkongsi suara di ruang maya ini dengan informasi yang sangat-sangat baik! Saya dengan ini mengesyorkan sahabat-sahabat untuk mempromosikan blog AM Firdaus kepada sesiapa sahaja. Bookmark kan. Banyak persoalan-persoalan sahabat akan terjawab.

Firdaus yang juga sekarang adalah Director of Visionary Development (DVD) dan Timbalan Pengerusi PERKIM Ampang adalah sahabat dynamic yang sangat boleh dicontohi. Berjuang bersungguh-sungguh dalam dakwah yang sememangnya wajib ke atas kita. Berbeza latar belakang pendidikan tidak pernah menghalang beliau untuk mendalami ilmu perbandingan agama.

InsyaAllah, saya telah berniat untuk berjumpa dengan beliau bagi berkongsi dengan sahabat-sahabat dynamic mengenai perkembangan terkini beliau. Nantikan insyaAllah coretan perjumpaan saya dengan beliau. Marilah sama-sama kita doakan AM Firdaus terus gagah berjuang dalam bidangnya. Allah berkati kamu sahabatku!!

Walaupun saya tidak dapat menyertakan 'review' peribadi saya buat posting kali ini, insyaAllah layaran sahabat tidak akan rugi. Laman blog AM FIRDAUS boleh dilayari di sini.
____________________________

Buat sahabat-sahabat yang ada menghubungi saya satu, dua hari ini saya mohon maaf atas gangguan yang anda alami. PDA kesayangan saya nampaknya sudah 'over worked' macam tuannya. Jika penting boleh tinggalkan pesanan kepada ibu azlina.

Khamis, 24 April 2008

Sahabat Dynamic Ameer Azeezy Tuan Abdullah Kemalangan

Akhi Ameer Azeezy Bin Tuan Abdullah

Berita yang amat mengejutkan.

Saya terima dari sahabat dynamic hasanan lewat ahad lepas. Sahabat kita, Ameer Azeezy Tuan Abdullah telah terlibat dalam satu kemalangan yang agak teruk. Sejak menerima berita berkenaan saya cuba beberapa kali menghubungi no telefon ameer dan ayu (zaujah) tetapi setakat ini belum berangkat lagi.

Saya menyeru sahabat-sahabat sekitar Kelantan dan Terengganu (yang berhampiran) dapat menziarahinya bagi pihak kami yang jauh ini. Sampaikan salam dan doa selamat kami di sini. Moga Ameer sekeluarga di dalam peliharaan Allah sentiasa.

Semasa menulis berita ini, terkenang kenangan lama bersama akhi Ameer. Rakan seperjuangan sejak dari Nilam Puri, fiqh usul, GAPES dll. Kuatkan hatimu sahabatku. Allah berikan mu ujian, kerana Dia sangat sayangkan mu.

Jumaat, 18 April 2008

Pesan Pak Det

Pak Det sedang rancak berbual.

Pagi ni sempat saya bersarapan seawal jam 8 pagi. Dah lama rasanya tak berbual dengan Pak Det (Mahadhir); tukang kebun kolej saya yang saya panggil pakcik ni. Berumur 62 tahun. Bekerja sebagai pelengkap kesihatan badan katanya. Anak-anaknya alhamduliLlah berjaya, malah seorang darinya bekerja di Dubai dan menghantar setiap bulan USD2k kepada beliau.

Dari pandangan mata beliau, saya sudah dapat membaca keikhlasan kata-kata. Biasanya saya hanya sempat bersarapan bersama beliau pada hari jumaat sahaja kerana kebetulan, jumaat saya masuk kerja awal.

Pagi ini setelah lama berbual, masuk la kami ke perbualan ilmiah. Itu yang saya hormat betul kepada Pak Det. Hari ni topik kami ialah antara pujian dan memberi penghargaan. Saya mulakan dengan menghulur topik dengan pesan nabi SAW yang pernah mengatakan manusia sukakan pujian, tapi jangan meminta pujian. (al-Madh antara topik panjang seperti yang dibincangkan oleh al-Ghazali dalam Ihya). Bermulalah satu demi satu hujah seorang tua yang amat saya hormati.

Kata beliau, manusia semulajadi memang senang dipuji. Oleh itu pujilah orang dengan senyuman. Itulah pujian yang paling mudah. Orang yang susah senyum, susah rezekinya kata Pak Det (kebetulan dia juga orang kedah). Ada orang tinggi pelajarannya tapi tak berilmu. Wah, falsafah tu. Saya ajak lagi Pak Det bicara. Dia kata hari ni ramai orang belajar, tapi ramai orang tak berilmu. Patutnya lagi belajar lagi berilmu. Dia bercerita dengan kejadian seorang peguam muda di kampungnya (kg. Dacing, Beranang) yang menempelak imam yang mahu menikahkannya dengan menyatakan lafaz taklik/ khutbah nikah adalah adat kuno (kebetulan juga saya kenal imam tu). Saya dapat rasakan situasi ketika itu.

Berpelajaran tak semestinya berilmu. Itu analogi rumusan saya perbualan 20 minit pagi ini. Saya tambah sebelum beredar kepada Pak Det, berpelajaran tak semestinya berilmu dan berbudi. Pesanan Pak Det kepada saya untuk rajin senyum sebagai pujian kepada orang lain akan saya amalkan. Rupanya itu rahsia Pak Det murah rezeki walaupun rasa kasar tangan seorang tukang kebun ini.

Nanti kita bergebang lagi ye Pak Det? Sebenarnya Pak Det menutup perbualan kami pagi tadi tentang ego. Ego untuk memohon maaf. InsyaAllah, saya akan berbual lagi dengannya. Mungkin ada isu di sebalik ungkapan itu.

hafiszi(at)gmail(dot)com.

Khamis, 17 April 2008

Gandingan Najib - Muhyiddin??

(Valuable thanks to somecempakan, and rocky)

UMNO selangor nampaknya dah bersuara. Ke sana sini Pak Lah buat road tour. Angin perubahan bukan sahaja melanda pantai, malah pemikiran ahli UMNO juga. "Kami sayangkan Pak Lah, tapi lebih sayangkan UMNO".

Nasib baik kita wajib sayang Allah dan rasul dari sayangkan UMNO. Kalau ada hukum baru kena sayangkan UMNO, kena selawat atas UMNO jugaklah gamaknya. Sah haru!!

Lautan Demi Lautan Rakyat

Himpunan Rakyat di Stadium Ipoh. Jangkaan kehadiran 70k!

Himpunan Rakyat Black-14 di Padang Kelab Sultan Sulaiman, Kg. Baru.
(Tq Mr. Seranting for pics)

Akhir-akhir ini, kerap kita lihat lautan rakyat di mana-mana. Situasi sudah jadi begitu berbeza sekiranya nak dibandingkan 10-20 tahun yang lalu. Kalau dulu hanya aktivis sahaja di hadapan, sekarang nenek-nenek, mak su, pok leh, cik na, dik su semuanya berani berkumpul. Apakah ini sebahagian petanda Malaysia Baru?

Persoalannya di sini, adakah selama ini Malaysia tidak cukup terbuka? Ya, Malaysia cukup terbuka. Terbuka kepada amalan salah guna kuasa. Terbuka kepada salah laku pemimpin dari tahap dewa hingga ketua JKK. Terbuka kepada penindasan kepada rakyat setinggan. Terbuka kepada peningkatan jenayah 200%. Terbuka kepada peningkatan harga barang. Terbuka kepada gejala sosial. Terbuka kepada memenjarakan tanpa perbicaraan rakyat yang bersuara. Terbuka kepada segalanya.

Kita tunggu dan lihat. Terbuka kah hati rakyat untuk menerima sebenarnya ramai lagi bijak memerintah selain dari mereka.

Rabu, 16 April 2008

Tahniah Walid Shahrul & Ummi Rohana

Tahniah walid shahrul atas kelahiran generasi baru dynamic. Semoga menjadi 'kurratu a'yun' seperti yang didoakan setiap hari. Setiap kelahiran amat bermakna. Juga kepada ummi/abi yang lain yang berderet-deret beberapa minggu ini mengisi katil-katil bersalin di hospital-hospital berkenaan. Hafeez dan Rabiautul Adawiyah terutamanya. Belum sempat lagi setakat ini saya melawat mereka. Sahabat-sahabat yang lain boleh mengikuti saat-saat indah walid shahrul dan ummi rohana di blog mereka.

Selasa, 15 April 2008

Sinar Baru

Sekian kalinya lemas dalam percaturan dan perjanjian. Kini gd.org kembali kepada asas blog yang lebih ringkas, mudah dan tepat. Kemahiran tinggi diperlukan untuk mengendalikan asas joomla menghadkan persembahan. Biarpun banyak manfaat dan lebih dinamik, joomla tidak selaras dengan kemahiran saya.

Harapan tinggi agar penampilan ringkas sebegini menjadi asas jalan yang istiqamah.

Moderator gd.org