Selasa, 20 Mei 2008

UMNO dan orang melayu

Saya orang melayu. Kenapa saya tak rasa UMNO rapat di hati saya. Saya keliru. Adakah kerana saya anak melayu 80an yang sudah jauh dari era perjuangan kemerdekaan. Saya tertanya-tanya, kenapa saya tidak rasa UMNO macam orang lain rasa. Saya tidak pasti.

Saya juga sayang bangsa melayu. Saya tidak mahu melayu mundur. Saya tidak mahu melayu ditindas. Saya tidak mahu melayu ketinggalan. Tapi hati saya tetap tidak ada UMNO. Entah kenapa.

UMNO katakan mereka tonggak perjuangan orang melayu. Tapi satu-satunya kah? Dalam era moden; orang lain yang bermati-matian menentang pengajaran Matematik dan Sains dalam bahasa Inggeris kerana cintakan bangsa dan bahasa tidak dikira sebagai pejuang melayu. Orang lain yang bermati-matian sampai dipenjara kerana mempertahankan orang melayu dari kes pencabulan pemimpin 'melayu' di Melaka beberapa tahun lalu tidak dikira sebagai pejuang melayu. Orang lain yang bermati-matian mempertahankan akidah orang melayu dalam kes murtad diancam dengan ISA oleh pemimpin melayu sendiri. Orang lain yang bermati-matian mempertahankan Palestin di sini disembur dan diinjak oleh polis atas arahan pemimpin melayu.

Itu baru sekelumit kisah zaman moden. Era pra merdeka. Tok Janggut tak diiktiraf pemimpin melayu kerana beliau bukan UMNO. Ulama-ulama bukan UMNO tidak pernah diiktiraf sejarah hanya kerana mereka bukan UMNO. Apa ni??

Double standard!!

UMNO tidak boleh mendabik dada hari ini dan selamanya. UMNO tidak relevan selama-lamanya. Ada pemimpin UMNO sibuk mengumpul harta. Ada pemimpin UMNO gila glamor. Cukuplah. Jangankan nak menjaga bangsa. Kain sendiri pun ternganga dan terlondeh.

Bagi saya, saya TIDAK anti UMNO. Saya cuma ANTI orang yang ANTI ISLAM. Itu jelas. Memang nabi SAW ada meminta kita sayangkan bangsa, tetapi mempertahankan kedaulatan ISLAM adalah tetap fardhu ain!

p/s 1 - Tolak puak ANTI ISLAM!!
p/s 2 - Tun Dr Mahathir pun sekarang berblog. Klik sini. Menarik!!

Isnin, 12 Mei 2008

62 tahun kejahilan dalam kemajuan 'hadhari'

RTM pasca 2008

Maaf anda tidak akan jumpa tajuk-tajuk berita seperti ini ' Setelah 62 tahun, RTM izinkan penyampai berita bertudung' dalam akhbar-akhbar harian semasa. Klik sini untuk berita lanjut.

Terpanggil saya untuk meninggalkan secubit pandangan.

Allah ada berfirman 'Katakanlah, adakah sama orang yang mengetahui dengan orang yang tidak mengetahui?' (Az-Zumar 39:9). Tetapi kita tertanya-tanya, selama 62 tahun tidak adakah seorang pun 'ulul albab' seperti yang dinyatakan pada akhir ayat yang sama tadi. Adakah tidak ada langsung cerdik pandai yang mahu meneggur Memanda Menteri Penerangan yang 'bijak' itu.

Keluhan pembaca berita lagenda, Puan Hjh Wan Chik Daud yang mahu tetapi dilarang memakai tudung selepas pulang dari menunaikan haji semasa membaca berita di TV1 (sekarang RTM1) tidaklah mengejutkan. Tidak perlu seorang ulul albab untuk menegur mereka. Orang awam pun tahu yang mana boleh yang mana tidak.

Mungkin menutup aurat akan hilang komersil RTM1 yang 'komersil' itu agaknya.

Ternyata 62 tahun RTM dalam kejahilan. Hanya tsunami 2008 yang memberi mereka cahaya ilmu. Hadhari kah kita? Ya, hadhari yang jahil. Renung-renungkan.

Jumaat, 9 Mei 2008

Aku MALU!!!

Memang memalukan. Tak payah nak nafi. Seharian saya berfikir. Alangkah malunya!! Malu tak terkata.

Saya antara berjuta manusia di luar sana yang melanggan RSS agensi-agensi berita dunia. Antara RSS pertama singgahan saya setiap hari ialah RSS agensi berita BBC. Terpacul tajuk 'Malaysia women can leave Islam' (klik sini). Merah muka saya yang memang tak cerah ini. RSS al-Jazeera 'Malaysia court allows apostasy' (klik sini). Sedih sekejap, malunya berpanjangan. Walaupun saya sudah maklum berita yang sama sejak semalam (8/5) lagi di utusan versi talian, tapi perasaan itu sangat berbeza.

Apalah sangat tajuk tu? Betul juga, apa yang nak dimalukan sangat!

Peduli apa, saya malu! Dah jadi adat orang membaca surat khabar, kadang-kadang baca tajuk sahaja. Generalisasi perkataan 'Malaysia women' itu menakutkan saya! Ibu, adik, isteri, anak saya juga adalah 'women'!!

Berita ini dibaca di seluruh dunia!!

Biarkan, biarkan mereka tahu. Ini negara Islam TERmaju! Ini negara Islam yang ada seorang menteri yang menjaga hal ehwal Islam (dibayar gajinya oleh rakyat). Ini negara yang mempunyai sistem zakat paling efisyen di dunia. Ini negara Islam yang paling baik sistem pendidikannya. Ini negara Islam yang menterinya majoriti beragama Islam!! Malunya aku!!

Mari kita bertindak! Jangan terlewat lagi!

P/s - Biar malu dari buat tidak tahu!

Khamis, 8 Mei 2008

Taufan Nargis : Bukti Kuasa Allah

Taufan Nargis di Myanmmar membuatkan kita tergamam. Bencana terbaru era zaman moden selepas tsunami. Angka kematian yang sekarang kira-kira 22500 orang bakal bertambah kerana lebih 40-60000 orang lagi di dapati masih hilang. Perkampungan kecil Labutta di lembah Irrawaddy hilang dari peta. Sekelip mata Allah ambil hampir 80000 nyawa!! SubhanalLah!

Imej satelit delta Irrawaddy : Sebelum dan selepas.

Labutta, Myanmmar : Padang jarak, padang tekukur.
Imej adalah hakcipta agensi AFP.

Imej satelit jelas menunjukkan dengan kuasa Allah sekelip mata pantai berubah. Lembah kesuburan bertukar jadi lembah kematian. Apalah ada pada kuasa manusia. Sebagai generasi baru, pastilah kita dapat memikirkan hikmah di sebalik 'kekuatan' demi 'kekuatan' yang mahu Allah tunjukkan.

Jangan jadi manusia takbur. Bila takbur azab di kubur. Maha suci Allah, Kaulah yang Maha Kuasa!!

Rabu, 7 Mei 2008

PERMOHONAN MENGADAKAN EGM DYNAMIC DAN PERLETAKAN JAWATAN SEBAGAI PRESIDEN DYNAMIC

Perkara ini telah dibincangkan panjang lebar dan mengambil kira beberapa pertemuan demi pertemuan. Akhirnya pengumumannya terpaksa ditangguhkan atas beberapa sebab. Oleh itu hari ini, saya dengan rendah diri tampil untuk membuat pengumuman berikut :

PERMOHONAN MENGADAKAN EGM DYNAMIC DAN PERLETAKAN JAWATAN SEBAGAI PRESIDEN DYNAMIC

Saya sebagai Presiden Dynamic sesi ini ingin mencadangkan satu tarikh EGM (Mesyuarat Agung Luar Biasa) iaitu pada 7 Jun 2008 (Sabtu) jam 11-1 tengahari di rumah saya di Taman Minang, Cheras, Kuala Lumpur.

EGM berkenaan adalah mengenai keputusan saya untuk meletakkan jawatan sebagai Presiden Dynamic sesi ini. Ini membolehkan jawatan itu dipangku kepada Setiausaha Agung Dynamic, Saudara Shahrul Efendi dan satu jawatan khas diwujudkan iaitu Setiausaha Kerja Dynamic bagi membantu kelancaran perjalanan Dynamic yang amat disayangi ini. Dua perubahan jawatan ini kekal sehingga AGM Dynamic yang dijadualkan berlangsung pada tahun 2009 kelak.

Perletakan jawatan tersebut tidak dapat dielakkan lagi dan boleh sahaja menimbulkan keburukan lebih besar sekiranya tidak terjadi dalam waktu ini. Desakan ini datang secara sangat ikhlas dan tiada tekanan dari mana-mana pihak.

Saya mohon rasionalisasi sahabat dalam membuat penilaian.

Antara sebab perletakan jawatan saya ialah :

1. Tidak kompeten sebagai penggerak utama kepada Dynamic.

Dynamic merupakan satu gerakan yang perlu bersifat progresif. Saya akur akan kesukaran memimpin Dynamic dalam keadaan ‘pasca kerja’ ini. Bagaimanapun saya tidak melihat ianya sebagai satu perkara besar sekiranya Dynamic dipimpin oleh seseorang yang benar-benar bersifat KORDINATOR dan FASILITATOR.

Faktor utama yang menyebabkan keadaan ini berlaku.ialah tekanan ketiadaan masa berikutan tekanan kerjaya yang sangat menekan. Bagaimanapun saya insaf bahawa sahabat-sahabat lain juga mempunyai kesukaran yang sama. Tetapi pada pendapat saya sebagai seorang KETUA, sudah tentu ada sahabat lain yang lebih layak dengan aspirasi SAYANGKAN Dynamic. Saya betul-betul tertekan kerana amanah tidak dapat dipikul dengan baik.

Saya yakin sekiranya saya berundur dan Dynamic mempunyai ketua yang baru Dynamic lebih segar kerana Dynamic perlukan ketua yang bersifat KORDINATOR dan FASILITATOR.

Bagaimana mahu menjaga Dynamic sekiranya masa untuk memikirkan diri sendiri dan keluarga juga tidak banyak. Saya harap sahabat rasional.

2. Dynamic perlu momentum.

Mengurus Dynamic ‘pasca kerja’ ini perlu lebih perhatian dan arahan. Saya gagal berbuat demikian selama ini. Saya akui mempunyai barisan MT yang terbaik. Bagaimanapun kegagalan saya sebagai ketua amat memalukan dan perlu diperbetulkan. Saya salah bila saya salah. Saya tidak lari daripada kesilapan. Tetapi momentum Dynamic WAJIB diteruskan tanpa kompromi. Dynamic perlu diutamakan. Sekali lagi saya harap sahabat rasional.

Tidak sukar untuk generasi Presiden seterusnya jika momentum awal ini dapat dibugar sebaiknya oleh ketua yang lebih segar.

3. Dynamic organisasi yang matang.

Saya akui untuk membuat pengumuman seperti ini adalah lambang kelemahan saya dalam mentadbir berbanding dengan barisan amir-amir Dynamic yang sangat berjaya memimpin pada era pentadbiran masing-masing. Sekali lagi, Dynamic lebih penting bukan saya.

Saya yakin Dynamic mempunyai ramai bakat. Saya yakin Dynamic perlu lebih jauh dengan mereka yang lebih layak dan tepat. Saya tidak kompeten lagi sekarang. Saya akuinya, isteri saya juga akuinya, rakan-rakan rapat juga mengakuinya.

Apalah kiranya meletakkan masa depan Dynamic di tempat pertama. Dynamic sudah jadi contoh kepada banyak batch unit-unit lain. Dynamic perlu kekal demikian.

Dengan tiga rangkaian sebab di atas saya kira saya patut bersuara demi kebaikan Dynamic. Saya juga yakin Dynamic lebih relevan berbanding UMNO dalam saat sukar seperti ini.

Sekian pengumuman dari saya. Saya buat dengan penuh tanggungjawab dan maruah. Saya harap sahabat-sahabat rasional menerimanya.

Dari Allah kita datang, kepada Allah kita kembali. Baik bagi kita, belum tentu baik bagiNya.

MOHD HAFISZI OTHMAN
Presiden

Selasa, 6 Mei 2008

Pengumuman Penting Dari Presiden

Esok barangkali saya akan hantar satu posting yang merupakan pengumuman penting buat warga dynamic. Sudah sangat lama disimpan atas banyak sebab. Nantikan esok (rabu, 7/5).

hafiszi(at)gmail(dot)com

Shidah & Hamdi

Sahabat kita, Dr. Rashidah Bt Dato' Hj Bahari ada menjemput kita ke majlis perkahwinannya. Katanya :

Saya Dr Rashidah Bahari ingin menjemput sahabat2 ke majlis perkahwinan saya pada:

Tarikh : 18.5.2008
Tempat : 29, Persiaran Bukit Meru 13, Puncak Meru, 30020 1poh, Perak.

Semoga kehadiran Sahabat2 menyerikan lagi majlis saya nanti. Bersama2 ini saya sertakan kad kahwin saya.

Moga sahabat-sahabat sama mendoakan kebahagiaan dua mempelai ini. Amiin.

p/s - Boleh dapatkan peta dari generasidynamic@yg