Rabu, 7 Mei 2008

PERMOHONAN MENGADAKAN EGM DYNAMIC DAN PERLETAKAN JAWATAN SEBAGAI PRESIDEN DYNAMIC

Perkara ini telah dibincangkan panjang lebar dan mengambil kira beberapa pertemuan demi pertemuan. Akhirnya pengumumannya terpaksa ditangguhkan atas beberapa sebab. Oleh itu hari ini, saya dengan rendah diri tampil untuk membuat pengumuman berikut :

PERMOHONAN MENGADAKAN EGM DYNAMIC DAN PERLETAKAN JAWATAN SEBAGAI PRESIDEN DYNAMIC

Saya sebagai Presiden Dynamic sesi ini ingin mencadangkan satu tarikh EGM (Mesyuarat Agung Luar Biasa) iaitu pada 7 Jun 2008 (Sabtu) jam 11-1 tengahari di rumah saya di Taman Minang, Cheras, Kuala Lumpur.

EGM berkenaan adalah mengenai keputusan saya untuk meletakkan jawatan sebagai Presiden Dynamic sesi ini. Ini membolehkan jawatan itu dipangku kepada Setiausaha Agung Dynamic, Saudara Shahrul Efendi dan satu jawatan khas diwujudkan iaitu Setiausaha Kerja Dynamic bagi membantu kelancaran perjalanan Dynamic yang amat disayangi ini. Dua perubahan jawatan ini kekal sehingga AGM Dynamic yang dijadualkan berlangsung pada tahun 2009 kelak.

Perletakan jawatan tersebut tidak dapat dielakkan lagi dan boleh sahaja menimbulkan keburukan lebih besar sekiranya tidak terjadi dalam waktu ini. Desakan ini datang secara sangat ikhlas dan tiada tekanan dari mana-mana pihak.

Saya mohon rasionalisasi sahabat dalam membuat penilaian.

Antara sebab perletakan jawatan saya ialah :

1. Tidak kompeten sebagai penggerak utama kepada Dynamic.

Dynamic merupakan satu gerakan yang perlu bersifat progresif. Saya akur akan kesukaran memimpin Dynamic dalam keadaan ‘pasca kerja’ ini. Bagaimanapun saya tidak melihat ianya sebagai satu perkara besar sekiranya Dynamic dipimpin oleh seseorang yang benar-benar bersifat KORDINATOR dan FASILITATOR.

Faktor utama yang menyebabkan keadaan ini berlaku.ialah tekanan ketiadaan masa berikutan tekanan kerjaya yang sangat menekan. Bagaimanapun saya insaf bahawa sahabat-sahabat lain juga mempunyai kesukaran yang sama. Tetapi pada pendapat saya sebagai seorang KETUA, sudah tentu ada sahabat lain yang lebih layak dengan aspirasi SAYANGKAN Dynamic. Saya betul-betul tertekan kerana amanah tidak dapat dipikul dengan baik.

Saya yakin sekiranya saya berundur dan Dynamic mempunyai ketua yang baru Dynamic lebih segar kerana Dynamic perlukan ketua yang bersifat KORDINATOR dan FASILITATOR.

Bagaimana mahu menjaga Dynamic sekiranya masa untuk memikirkan diri sendiri dan keluarga juga tidak banyak. Saya harap sahabat rasional.

2. Dynamic perlu momentum.

Mengurus Dynamic ‘pasca kerja’ ini perlu lebih perhatian dan arahan. Saya gagal berbuat demikian selama ini. Saya akui mempunyai barisan MT yang terbaik. Bagaimanapun kegagalan saya sebagai ketua amat memalukan dan perlu diperbetulkan. Saya salah bila saya salah. Saya tidak lari daripada kesilapan. Tetapi momentum Dynamic WAJIB diteruskan tanpa kompromi. Dynamic perlu diutamakan. Sekali lagi saya harap sahabat rasional.

Tidak sukar untuk generasi Presiden seterusnya jika momentum awal ini dapat dibugar sebaiknya oleh ketua yang lebih segar.

3. Dynamic organisasi yang matang.

Saya akui untuk membuat pengumuman seperti ini adalah lambang kelemahan saya dalam mentadbir berbanding dengan barisan amir-amir Dynamic yang sangat berjaya memimpin pada era pentadbiran masing-masing. Sekali lagi, Dynamic lebih penting bukan saya.

Saya yakin Dynamic mempunyai ramai bakat. Saya yakin Dynamic perlu lebih jauh dengan mereka yang lebih layak dan tepat. Saya tidak kompeten lagi sekarang. Saya akuinya, isteri saya juga akuinya, rakan-rakan rapat juga mengakuinya.

Apalah kiranya meletakkan masa depan Dynamic di tempat pertama. Dynamic sudah jadi contoh kepada banyak batch unit-unit lain. Dynamic perlu kekal demikian.

Dengan tiga rangkaian sebab di atas saya kira saya patut bersuara demi kebaikan Dynamic. Saya juga yakin Dynamic lebih relevan berbanding UMNO dalam saat sukar seperti ini.

Sekian pengumuman dari saya. Saya buat dengan penuh tanggungjawab dan maruah. Saya harap sahabat-sahabat rasional menerimanya.

Dari Allah kita datang, kepada Allah kita kembali. Baik bagi kita, belum tentu baik bagiNya.

MOHD HAFISZI OTHMAN
Presiden

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Sangat faham bahawa Tuan Presiden dalam keadaan serba salah disamping bebanan sebagai peneraju Dynamic dan juga tekanan kerjaya. Apapun ana bersetuju supaya satu AGM dianjurkan tetapi bukan mengejutla kita buat macam biasa tetapi diawalkan daripada tarikh biasa iaitu tahun depan.

Ana cadangkan dibuat pada cuti sekolah hujung tahun ini sebelum AGM UMNO iaitu selepas raya puasa nanti bukan 7 Jun 2008, cepat sangat tu, sebab ana harap boleh hadir AGM tu. Paling awalpun mungkin cuti sekolah pada Ogos 2008.

Sebenarnya besar pahala Tuan Presiden Pzy sehingga berjaya mengikat ahli-ahli melalui portal ini. TAHNIAH.

Kedua ana mohon maaf kerana tak sempat menziarahi Akhi Ameer Azizy di Melor, kerana pergi hospital hari tu dia dah discharge. Sori. ZON PANTAI TIMUR sentiasa di belakang Tn Presiden.