Isnin, 20 April 2009

Titah Tunggu Bersambut

Dari titah (Raja Muda) dan titah (Sultan Perak) yang ditonton menerusi saluran 501, 502 langsung dari Istana Iskandariah, Kuala Kangsar, Ahad kelmarin sepatutnya menjadi panduan kepada golongan pemerintah. Sebelum rakyat yang menilai kepimpinan tersebut dengan hukuman demi hukuman yang 'rasmi' baiknya titah tersebut disambut dengan serius dan disiplin.

Politiking Yang Semakin Membunuh
Politik sepatutnya mentadbir dengan aman, progresif dan telus. Setiap pemimpin yang dipilih patut diberi ruang untuk memimpin. Hari ini sebagai rakyat biasa, kita tidak perlu ada PhD dalam politik untuk menilai politiking yang berlaku. Demi politik banyak yang terkorban. Pendidikan, kebajikan, kebebasan dan keselamatan.

Leka berpolitik, leka pemilihan, leka bertekak menyebabkan kebajikan rakyat terabai. Kita menyesali sekali lagi PRK yang tidak perlu seperti di Penanti itu. Namun kita juga menyesali pembaziran pentadbiran yang lemah di sana sini. Lif rosak di flat, kewarnegaraan, jenayah, bekalan bahan makan, baja dan racun petani, jalan-jalan rosak dan banyak lagi perlu ditangani.

Tolong buka mata. Rakyat marhain ini perlu ditatang. Kalau takpun sebagai minyak yang penuh, cukup sebagai air segayung. Kamu terlalu menatang pemimpin sanjungan, menatang kroni, tak kurang juga menatang publisiti dan hebahan media. Buat sahaja tugas kamu. Allah menilaimu.

Samada kamu Barisan, Pakatan atau apa sahaja. Pemimpin yang baik bermula dengan pengikut yang setia. Daulat Tuanku!

Tiada ulasan: