Rabu, 21 Januari 2009

Air Mata Palestin

Air Mata Palestin
(Nukilan sajakku khas buat umat Islam Palestin)
Sudah kering air mata Palestin
Menangisi para syuhada yang gugur di medan jihad
Bertempur dengan Israel Laknatullah
Sudah kering air mata Palestin
Melihat bantuan tidak kunjung tiba
Saudara seIslam di Timur Tengah hanya diam seribu bahasa
Sudah kering air mata Palestin
Melihat anak-anak kecil yang tidak berdosa, wanita dan pemuda gugur satu persatu
Di saat para pejuang Hamas sedang bertempur
Hanya doa qunut nazilah menjadi bekalan pengharapan
Umat Islam seluruh dunia tulus mengadu kepada Allah
Agar diberi bantuan dari langit dan segala tenteraNya
Sudah kering air mata Palestin
Sayu melihat darah menjadi murah
Nyawa seakan tidak berharga lagi
Hanya menunggu saat kematian
Di penjara terbesar dunia
Sempadan Gaza yang terpinggir dari bantuan dunia
Akibat kekejaman Israel durjana
Sudah kering air mata Palestin
Meratapi kematian sanak saudara
Hanya membilang hari
Bilakah diriku akan dijemput Allah
Dalam episod kezaliman Israel dan Amerika yang tidak berkesudahan
Mohd Izwan bin Md Yusof
(Disiarkan dalam Berita Harian bertarikh 16 Januari 2009, Jumaat)

1 ulasan:

ubm berkata...

Salam. sajak ini jika ditambah sound effect background yang sesuai yang mendayu dan menduga rasa...belum tentu kering airmata kecuali kering kerana hati sudah kebal,diri menjadi semakin marah,kita akan menjadi pendendam kepada kafir laknatullah!tiada lagi airmata kecuali SERANG!!!