Rabu, 15 April 2009

Belum Lagi...

Doaku Tidak Makbul?...
Ramai yang mengeluh kesah kerana sangkanya Allah tidak mahu mendengar doa-doanya. Biasanya doa yang kita sampaikan sifatnya positif (sebab itu dinamakan doa). Contoh : "Ya Allah, murahkanlah rezeki ku agar dapat ku bantu orang tua ku yang susah itu." Contoh lain : "Ya Allah, berikan kami umur yang panjang agar kami dapat beramal dan berbakti kepada yang memerlukan." Idealnya doa.

Kasih Sayang Allah
Rupanya itu hanyalah sangkaan fikiran kita sahaja. Kita tidak tahu betulkah dengan rezeki yang murah betul kita gunakan untuk bantu orang tua kita, begitu juga doa mengenai umur tadi. Allah mungkin ada pandangan berbeza. Ini kerana Allah tuhan yang maha penyayang. Mungkin kerana itu, Allah tangguhkan dulu pemberiannya kerana mahu kita lebih bersedia. Lebih bertanggungjawab. Lebih pengalaman.

Selalu ustaz meminta kita bersangka baik. Jadi kali ini, apa kata kita mulakan bersangka baik dengan tuhan! Percayalah Allah akan terima doa kita, apabila kita patut menerimanya!

Sebuah hadis qudsi yang banyak diulang-ulang oleh para asatizah dalam kuliah-kuliah "Aku adalah sebagaimana sangkaan hamba ku". Bukankah ini iman? Percaya kepada sifat Allah. Percaya kepada asma' Allah. Percayalah sahabatku dan teruslah berdoa!

Tuhan lebih tahu tentang diri mu!

2 ulasan:

TokTam berkata...

Minta izin berbicara. Bab DOA ni banyak huraiannya yang telah diketengahkan oleh para ulama dari dulu lagi yang boleh kita bahagikan kepada 3, iaitu doa yang makbul, doa yang tidak makbul dan anugerah Allah SWT. Perlu juga rasanya kita rujuk kembali faktor yang menjadi penyebab doa dimakbulkan (kalau tak dapat apa yang dihajat, itupun doa yang dimakbulkan ), sebab doa tidak dimakbulkan dan sebab anugerah Allah SWT. Allah SWT memberi pilihan kepada hambaNya melalui Rasulullah SAW sebagai penyampai, pilihlah dan sesungguhnya pilihan Allah ialah sebaik-baiknya...

iskandar zulkarnain berkata...

Allah memberi apa yang kita perlu, sedangkan kita meminta apa yang kita mahu.