Selasa, 29 Jun 2010

Khemah Ibadah SMK Seri Titiwangsa @ 9 - 10 Julai 2010

Di atas dasar keperluan menyumbang kepada komuniti, pihak pengurusan gD telah bersetuju untuk meneruskan misi yang telah dirintis semasa kepimpinan Ustaz Hafiszi. Alhamdulillah, inilah program yang telah dirancang gD.org2u bagi tahun 2010.

Sedikit maklumat mengenai program :

Nama program : Khemah Ibadah SMK Seri Titiwangsa

Anjuran : Panitia Pendidikan Islam dengan kerjasama gD.org2u (commitee gD yang akan mengendalikan pengisian program SEPENUHNYA!)

Tempat : Surau At-Taqwa SMK Seri Titiwangsa (berdekatan dengan Tasik Titiwangsa)

Tarikh : 9 hingga 10 Julai 2010 (4.00 petang hari Jumaat hingga 12.30 tengah hari Sabtu)


Aktiviti sepanjang program :

Jumaat :
1. Slot ta'aruf "Tak Kenal Maka Tak Cinta"
2. Kuliah maghrib "Sempurnakah Amanah Kita"
3. Ceramah 1 "Dari Mana Hendak Ke Mana"
4. LDK 1

Sabtu
1. Qiyamullail
2. Kuliah Subuh "Pemuda Harapan Agama & Negara"
3. Riadah
4. Ceramah 2 " Menjana Pelajar Muslim Yang Cemerlang"
5. LDK 2

Marilah kita sama-sama turun padang untuk memberikan sedikit sumbangan yang tidak seberapa ini, semampunya pada tarikh tersebut. Sebarang pertanyaan boleh hubungi Timbalan Presiden gD, Saudari Hasni Hastuti 017-3462080.

Kerana komuniti itu adalah sebahagian daripada gD. Amanah gD, adalah amanah seorang da'ie. Sama-samalah kita menggalas amanah ini, sebaiknya, seikhlasnya. Semoga Allah mengira ia sebagai amalan soleh ke dalam akaun akhirat kita, insyaAllah. Jumpa di sana, insyaAllah!!!

"Marilah Kita Realisasikan Impian Bersama"

1 ulasan:

atoyis berkata...

salam,

kalau tak salah awak x-asasi um 1999. terbaca entry dan komen dlm post yg lepas pasal rosmina kaderi. Dulu masa di UM min ambik bachelor pendidikan, orang serawak, pakai kaca mata. Kalau betul la rosmina kaderi tu orang yang sama, minta contact saya di email atoyissan@gmail.com yer. Dh lama tak dengar cerita pasal min. kalau ada no contact Min mintak sekali boleh