Selasa, 26 Ogos 2008

Coretan Dari Shahrul Efendi - Part 2

Rentetan daripada perhimpunan mini dynamician di Kampung Jawa, membangkitkan perasaan teruja isteri tercinta untuk turut sama melawat sahabat-sahabat dynamic dikesempatan cuti sekolah yang lalu. Kesian dia…jauh nun keseorangan tinggal di Melaka . tambahan pula jauh dari suami, anak dan kawan2 yang rapat dengannya. Cuti sekolah selain sepenuh masa bergelelumang dengan baby Mukmin, aku turut menyampaikan hasratnya untuk melawat sahabat2 dynamic yang dirindui.

Ahad 17 Ogos : Selepas membeli sedikit barang keperluan di supermarket favourite kami (mydin Subang ) kami singgah di rumah sahabat dynamic kita iaitu di rumah Firdaus kamaruddin dan pasangannya Raihana di Desa Mentari 2, Kg dato harun. Alhamdulillah, akhirnya sampai juga kami ke rumah yang baru mereka duduki tak lama dulu. Betul la kata orang, kadang2 yang paling dekat tu la yang susah kita nak sampai. Anak mereka Nur tasneem dah berumur 5 bulan, aktif berguling dan masuk bawah kerusi. Peramah macam maknya kot. Firdaus masih lagi menjadi tutor di Um manakala Raihana setia menjadi pendidik buat anaknya di rumah. Maaf tiada foto....

Sapa Anak Apiz & Shu Angkat kaki... Hehehehe...

Isnin 18 Ogos : Hari ini kami menerima tetamu kehormat Cikgu hafeez and Cikgu Putri bersama puteri mereka, Putri Nurul Mutmai’nah (maaf kalau salah eja) ke rumah kami . Mereka berkampung dirumah kami sehingga hampir Isyak. Siap mandi and dua kali minum air lagi. Hihi…tapi biasa la prinsip alam kita mak bapak ni, kalau berjalan mak ayah tak mandi takpe, asal anak mandi. Itulah yang telah mereka praktikkan.

Ooo...degil yer (Ain Tarik Telinga Mukmin)

Selasa 19 Ogos : Hari ini giliran kami pula membuat serangan balas kerumah Hafeez dan Shu. Kami juga berkampung disana sehingga pukul 9 malam. Siap mandi and 2 kali makan. Prinsip biar mak ayah tak mandi, asal anak mandi turut kami praktikkan di sana. hehe. Sempat juga isteriku membelek2 kereta idamannya hari tu, sampai tak dengar anak menangis. Mukmin dan Ain nampaknya serasi walaupun kelihatannya Mukmin sering menjadi mangsa buli Ain.

Anak Walid ngan Ummi yang keletihan sedang tido...

Rabu 20 Ogos : Sepatutnya malam ini aku mengikuti kelas, namun mesej jemputan daripada Sahudin dan Kak Hasni menyebabkan aku membatalkan niatku untuk ke kelas. Malam itu kami ke rumah mereka (berhampiran Istana Budaya). Berjumpa dengan Mujahid yang comel itu. Rancak isteriku bertukar cerita dengan Cikgu Hasni kerana kedua-duanya sama mengajar di sekolah yang kesemua pelajarnya lelaki dan mengajar subjek yang sama iaitu Bahsa Inggeris. Maaf tiada foto

Afan, Mukmin, Muadz & Belakang Sana Aliya. Maaf Yuzi Xder dalam foto.

Khamis 21 Ogos : Malam ini mulanya kami free. Kata isteri, takpelah..tak penat berjalan malam ni kita rehat. Namun pucuk dicita, ulam mendatang…. Kami menerima tetamu seorang lagi sahabat Dynamic yang agak lama tak bersua. Saudara Afan dan ahli keluarganya, Yuzi, Aliyah dan Muadz. Berubah betul wajah Muadz berbanding dengan sewaktu dia melawat isteriku berpantang 4 bulan lepas. Aktif menolong ‘menyapu’ rumah kami. Aliyah agak senyap malam itu walaupun menurut umminya, hakikat sebenar boleh tahan petah juga mulutnya tu. Afan meninggalkan isteri dan anak2 dirumah kami kerana ada urusan. Yuzi kembali bergelumang dengan kuliah dan assignment untuk mengejar sarjana dalam bidang Bioteknologi. Berkorban masa dan tenaga demi menuntut sekelumit dari ilmu Tuhan. Mukmin senyap dan ‘baik’ di ribaan Afan dan Yuzi walaupun hakikatnya kalau ummi and walidnya pegang (terutama umminya) takdela dia se’baik’ itu. Aktif melompat bila dipegang.

On D Way ke rumah Uncle Aizzuddin & Cikgu Wan (Nak jumpa Hasif)

Jumaat 22 Ogos : sepatutnya malam ini temujanji untuk kerumah sahabat Aizuddin dan wan zorah. Namun,kebetulan kedua-dua kami ada urusan lain. Aizudin masih di kg, manakala aku pula diminta untuk menghantar adik ipar ke stesen bas untuk balik kg. Temujanji kami bersama keluarga Aizudin ditunda pada keesokan harinya.

Hasif dengan botol susu, (Pakai t-shirt Man Utd ori dari UK tu@nanti Mukmin pun nak juga, tapi cop Siam jer ler)

Sabtu 23 Ogos : Hampir jam 5 ptg kami bertolak ke rumah Aizudin. Alhamdulillah mereka telah mempunyai rumah sendiri berhampiran dengan rumah hafeez dan Putri shuhana. Masuk saja, terus dijamu dengan beberapa juadah. Wan Zorah baru pertama kali melihat Mukmin. Kami juga telah lama tidak melihat hasif. Besar sudah dia. Kembar Syifa (anak ein) dan Zharif ( anak Wardati) . Apakah mungkin satu masa tiga kembar akan dapat dipertemukan ??? Aizudin telah bertukar kerjaya ke TNB manakala Wan Zorah masih lagi setia bergelar pendidik. Di sini juga, anak mandi, tapi mak ayah tak mandi J kami juga agak lama dirumah Aizudin, rancak bertukar cerita. Maka rasanya, berakhirnya kembara melawat sahabat dynamic kami (aku, isteri dan Mukmin).

Puting@peluru tak lepas dari mulut Mukmin.
(Bergambar ngan Cikgu Wan Zorah)

Kenang-kenangan 2 famili sebelum berpisah (moga ukhuwwah sentiasa bertaut)

Ahad 24 Ogos : dalam perjalanan pulang ke Melaka, kami rancak berbual tentang sahabat-sahabat. Tiba-tiba teringat kepada beberapa sahabat yang masih belum sempat kami jenguk dikesempatan curti yang lalu. Antaranya Ein dan shahrul zaman, Syukri n Nani, Pizy n Ina dan tak lupa yang edekat dengan isteri aku iaitu Jije dan Kak Jannah. Bila la ada kesempatan jumpa Jije sekeluarga, alang2 tempat isteri memang kawasan dia. Namun, kuasa Allah….kami bersua muka dengan jije ,isteri dan anak2 disebuah pasaraya di pecan Sg Udang. Mereka bakal menimang anak ke tiga bulan oct ini nanti. Menurut kak Jannah Jije berkemungkinan akan berpindah ke Johor tapi mungkin tak lama, dalam setahun je. Kak jannah juga seperti isteriku, bergelar pendidik di Melaka ini. Malam itu, kami bercadang bertandang ke rumah Jije , namun, disaat2 akhir, isteriku pula ada meeting dengan pelajar (isteriku warden) untuk urusan sambutan hari Merdeka. Rancangan ditangguhkan. Namun kami bertekad paling2 sebelum Jije pindah,kami sampai kerumah mereka. Maaf, tiada foto

Gambar sebelum hantar Mukmin ke rumah pengasuh. Walid nak hantar Ummi ke Melaka yer. Mukmin jgn nangis tau (Air mata isteriku menitis......)

Kata isteriku : “ semangat ukhuwah Dynamic masih kuat dan erat tersemat dalam hati kita masing2. walaupun jauh, jalinan hati dan ingatan itu tetap segar. “ Begitulah sedikit coretan kami dalam menyambung ikatan ukhuwah yang telah ada dikalangan dynamic. Moga akan dapat berjumpa lebih ramai dynamician di hari raya nanti. Disertakan lagi beberapa pic kenangan sahabat2 dynamic kita.

1 ulasan:

asmah berkata...

Tahniah saya ucapkan kepada kawan-kawan semua. Lama kita tak bersua.. Rindu sesangat.Memang tak sangka jodoh kalian di kalangan dynamic sendiri. Masih ingat lagi tak kat saya ni?..Setakat ni,yang saya pernah jumpa dan terserempak Ust Syahmun. Dah 2 tahun lepas kat Stadium Selayang. Dia jaga budak2 sekolah rendah masuk acara sukan.Tahun 2006, dekat Hotel Orkid Melaka, sama induksi dengan kak Rohana Nawi dan Kak Asmahan. Ada jugak sama kursus dengan Nurul Huda Hasan.Bulan 12 ni saya nak ke Sarawak bawa family jalan2 sambil tu nak ziarah Rosmina Kaderi. 3 tahun lepas, dah ziarah Noraliza Basri kat Sabah. Senang-senang, datanglah ke rumah di alamat 2-4-4,Desa Tasik, Sg Besi KL. No fon 014-9633117. Saya mengajar kat SMK Kiaramas, Jalan Duta. Anak dah 2. Suami ?? Bukan jemaah, biasa-biasa je tapi dia faham jemaah kita. Yang penting orangnya menekankan agama dalam family. Itu dah cukup bagi saya. Betul tak ?Insyaallah di lain waktu saya kirimkan gambar family. Minggu ni sampai awal bulan 12 busy jaga SPM. Baru ni baru habis marking paper math PMR. Senang-senang datanglah rumah.Insyaalah nanti saya nak pergi rumah Wan Zorah. Lama tak jumpa , sempat dengan wan masa kat kolej lima dulu.