Isnin, 17 November 2008

Doa Bagi Bayi Yang Baru Lahir

Akhir-akhir ini memang semakin bertambah generasi baru Dynamic. Saya sampaikan pesanan seorang sahabat saya Ybhg. Ustaz Abdullah Jalil (USIM) seperti yang dikongsi di ALKIS97@YG baru-baru ini. Sangat baik untuk diamalkan dan disampaikan. Doa-doa yang dikompilasikan berdasarkan amalan para nabi, sahabat dan waliulLah.

Hidup dan Kematian
Kata Wali Allah yang mayshur, Rabiatul Adawiyyah (di dalam Sifat al-Sofwah karangan Ibnu al-Jawzi) kepada Imam Sufyan al-Thawri:

"Sesungguhnya engkau itu umpama hari-hari yang berkumpul, apabila berlalunya satu hari kamu, telah berlalulah sebahagian daripada diri kamu, dan akan tiba satu masa, apabila pergi sebahagian kamu, akan pergilah (matilah) diri kamu. Dan kamu mengetahui hakikat ini, maka beramallah."

Berkata sebahagian ulama' Sufi: "Setiap nafas yang kamu hirup itu sebenarnya menghampirkan diri kamu kepada kubur dengan satu nafas."

Kepada yang nak berkahwin selamat pengantin baru.

Barakallahu lakuma wa 'alaikuma wa jama'a baynakuma fi khayr.

Kepada yang baru mendapat cahaya mata, semoga Allah menjadikan zuriat kita di kalangan hamba-hambaNya yang soleh.

Doa berikut dipetik dan diedit serta ditambah sedikit daripada kitab ulama' Melayu yang mayshur iaitu "Muhimmah pada ilmu hadis Nabi SAW" karangan al-Sheikh Abdullah Ibn Abdurrahim al-Fathani.

Klik sini untuk download doa berkenaan dalam format .doc.

Syukran Jazilan Ust. Abdullah Jalil.

Tiada ulasan: