Khamis, 20 November 2008

Jemputan Walimatul Urus - Hisommudin & Fakriyah

Saya bagi pihak beliau menjemput sahabat-sahabat meraikan hari penyatuan dua jiwa ini. Rumah pengantin perempuan ialah pada 27 Dis 2008 (Ipoh) dan rumah beliau pula pada 29 Dis 2008 (Chini). Beliau mencadangkan sahabat-sahabat dari utara dan lembah klang dapat menghadiri kenduri beliau di Ipoh manakala dari pantai timur dapatlah menjengah ke Chini, Pekan.

Kad undangan ke majlis walimah beliau boleh didownload di sini dan di sini.

Bagi pihak beliau, saya mengucapkan jutaan terima kasih. Segala makluman dan pertanyaan bolehlah merujuk ke kad undangan berkenaan atau menelefon beliau sendiri.

Tiada ulasan: