Khamis, 18 Disember 2008

Babi

Gambar ini memaksa kita perlu berfikir 13 kali. Tersebar bak barah di internet. Sebagai manusia biasa yang berfikir kita mencari motif. Bebas politik? Ya kah? Politik siapa? Siapa melayu yang berebut kuasa? Melayu? (Islam)?

1. Jika kita berfikir bahawa perbuatan ini dilakukan oleh penternak babi di situ, memanglah ia keterlaluan. Tetapi, bermakna ia juga menabur pasir dalam periuk nasi. Juga menempah ketegangan di kawasan tempatan. Mereka sudah menternak lebih dari dua dekad di situ.

2. Jika kita berfikir ia adalah provokasi puak ultra melayu, juga pasti memanglah keterlaluan. Walaupun hampir berdekad penduduk ini tempatan mengalami masalah itu dan beribu aduan, kehadiran ramai 'pemerhati luar' akhir-akhir ini banyak menghangatkan kawasan tempatan.

3. Bebas politik? Siapa yang mendapat keuntungan dengan menjuarai isu ini? Menang jadi arang, kalah jadi abu. Negara majmuk seperti Malaysia, perjuangan perkauman semakin tidak relevan menuju abad baru. Kita perlukan negara yang di mana semua orang suka tinggal. Bukan sangkaan buruk dan dendam semata.

4. Mengapa perkara sebegini berlaku? Pecah perintah penjajah British? Kepedulian politik perkauman sempit?

5. Melaka? Perhimpunan agung dan pemilihan UMNO tidak lama lagi. Siapa juara orang melayu sekarang?

6. Sepatutnya ayat yang patut ditulis di atas rentangan itu ialah 'Babi memang ada. Orang melayu lupa tuhan. Tuhan menjadi hiasan. Melayu sendiri yang hina.'

gD menentang provokasi perkauman. gD menentang fahaman perkauman sempit. gD mahu Malaysia aman. Baldatun tayyibatun, wa rabbu ghafur.

Tiada ulasan: