Selasa, 2 Disember 2008

Kutipan Tabung Kilat Ditutup

UPDATE :

Nota: Hari ini (Jumaat, 5/12) Zaleha mewakili gD untuk menyerahkan sumbangan ikhlas dari sahabat-sahabat kepada Zaharah. Reaksi Zaharah pada sms yang dikirimkan selepas itu sepatutnya amat menyentuh hati kita :
"Sapa la dok susah2 kutip sumbangan ni? Td za dtg bg duit tu. Buat susah ja. Kami xdak apa pun. Dah biasa hidup mcm ni. Terima kasih byk2 atas sumbangan semua. Terharu sangat!" - sms, 4.29pm, 5 Dis 2008.
TERIMA KASIH SAHABAT-SAHABAT YANG PRIHATIN!!

Jumlah kutipan tidak rasmi ialah RM1220.00. Terima kasih dari pihak penerima saya sampaikan kepada setiap penderma. Oleh kerana telah dipersetujui oleh semua, sumbangan ini akan disampaikan kepada 2 penerima dalam nisbah 3:1.

Penerima pertama : Sahabat kita Zaharah & famili akan menerima RM 900.
Penerima kedua : Anak sahabat kita Husni Alhan akan menerima RM 320.

Terima kasih yang tidak terhingga saya kepada semua penyokong kutipan tabung ini secara langsung ataupun tidak. Allah sahajalah yang berhak membalasnya.

Tiada ulasan: