Rabu, 17 Disember 2008

Seloka KK 2008

Tanjung harapan menjadi saksi
Pertemuan ditakdir janji illahi
Meranduk tasik luas terperi
Si anak kecil berjiwa berani

Penuhi hari dengan sempurna
Setiap detik amatlah berharga
Pertemuan singkat tidak disangka
Saling berkejar acara menepati masa

Membakar semangat menimba ilmu
Pengisian bermakna sampai tak cukup waktu
Ustaz Abu, Us Faisal, Us Taib dilantik guru
Jadikan azam selepas tamrin sekejap peluru

Kerja keras Tuan Presiden Hafizi
Teknikal dibantu Shahrul Efendi
Hafeez mengira duit sekoti
Alamak! tak cukup lagi !

Khairul Izuan memaku papan
Buat main kaki gajah
Orang lain sibuk bersukan
Kesian kat dia penat la sudah
(Pastu, sume orang main bola sakan.!)

Izwan, Mahisan, Firdaus dan Pak Li
Gathering T28 mantap sekali
Jakim, PTD, JQAF, Agen dan Sir Li
Boleh dah berbesan satu hari nanti

Safwan, Sahudin, Yudi dan Aizuddin
Sahabat T29 gandingan erat macam sardin
IT, Banker, jurutera, ajk sukan belum kawin
Mesti korang rindu kawan-kawan T29 yang lain...kan kan kan..

Hisom, Hasanan 2H datang sekali
Ingatkan berdua bawa Sang Isteri
Tapi takpe majlis depa dah tak lama lagi
Kite semua boleh makan nasi minyak nanti

Mai dah geng utara
Zulhilmi Haron dan Hilmi Ahmad
Tulang belakang YB Nasir Zakaria
Ummah Care medan capai matlamat

Terkejut Syakir dapat panggilan
Tokey mana ntah nak Cili 10 Tan
Dia baru mula tanam-tanaman
Kita doakan berjaya jadi usahawan
Berimamkan Nawawi di Tanjung Harapan
Tokey emas ustaz Jqaf sekali jalan
Bila bila masa nak cari cincin tunangan
Boleh je dia tolong carikan bukan tolong sarungkan..? !

Khusyuk Zah mendengar eh..terlena la pula
Terkejut disapa lampu lip lap wartawan berita
Ini semua Hisom punye kerja
Merata muka disapa flash kamera dia

Rosli datang dengan wife die
Jumpa time mengajar kat sekolah le
Belajar kat Mu'tah Jordan, Mariah namanye
Anak kitorang dia tolong jage

Adam kata Hakim macam Pingu
Buat maknye tarik muka seribu
Ada ke kata anak dia gitu
Ibu azlina senyum..sabar aje aku...

Kak Pidah dah tak larat nak kejar Adam
Budaknya ligat tp petah kuat mengingat
Bila dah letih mata pun padam
Alhamdulillah. Bolehla umminya rehat
Kata Adam, seronoknya naik keretapi

Mukmin belum berkata-kata lagi
Shifa' dah pandai sebut ummi dan Abi
Kakak Aliyah dah pandai baca doa nak makan nasi!

Bekas Exco Tarbiyah Pmi
Contoh Kami itulah kak Wan Siti
Tegar mengendong Uwais Wafi'
Baru 2 bulan dah bawa ke sini !!

Mujahid senyum manis bergula
Budak handsome sukan makan lemak labu
Nyamuk pun admire habis digigit kulitnya
Habis merah si kulit putih tu

Balqis marah Shifa' panggil Doraemon dia tu kucing
Mulutnya muncung matanya tajam meruncing
Amiratushifa' comel buat dek tak ambik pusing
Apalagi, Balqis pun panas melenting

Cikgu Hasanah marahnya berilmu
Di ajar anaknya usah begitu
Semua kawan main sama-sama selalu
Tak dengar cakap, ummi "pap" baru tahu

Aliyah dan Muaz dua beradik ketawa
Mukmin mengagah Ain melawa
Tocang di kepala comel sahaja
Mujahid lekat dengan Ummi Hasni aja

Hasif marah kat puting botol susu dia
Menangis sebab lubang puting dah jadi besar la
Memangla besar sebab asyik gigit gigit aja
Ummi Wan pun pujuk tenanglah dia

Ummi Yuzi jalan macam tak larat
Tapi semangat mengatasi kudrat
Anak nak masuk 3 tapi boleh naik motobot karat
Mujur tak mabuk kalau tak kena angkat (tugas safwan je)

Dua-dua Ummi, Rohana dan Putri Shuhana
Dua-dua kawan baik masa di YPM
Dua-dua asal dari serambi Makkah
Dua-dua suami belajar kat UM

Baiknya Zaleha, Zalina dok ajak Huda
Sebilik dengan mereka status sume tak sama da
Sayang suami tinggalkan di rumahla
Nak buat camna, adalah halnya kan Huda?
(Tahun depan wajib bawak!)

Kak Aini mai juga walaupun demam dah 3 hari
Suaminya Tuan Haji Zaini, Zainor agensi
Anaknya dah sepasang nak tambah satu lagi
Dah bawak Sorento tapi tinggal kat Jeti

Syukurku tinggi padaMu Ilahi
Dikurnia sang suami bijak memahami
Pengerusi Baru Mujaddid aka Az-Zamani
Doaku setia menemani hingga akhirat nanti

Ada Masa kita ralit berbincang
Ada Masa kita terus bersembang
Ada Masa kita join program orang
Tapi semua atas semangat jitu terus berjuang

Si kecil dibawa ke tamrin ilmu
Mendidik anak-anak jadi insan fikir maju
Berjiwa besarlah kalian membina ISLAM agamamu
Salahuddin Al Ayubi, Khaulah Al-Azwar zaman baru

Sistem Buddy dirangka untuk menjaga
bukan sekadar suka-suka sahaja
kita satu badan satu nyawa
Cubit kanan, kiri terasa juga

Deretan kereta kecil kereta besar kami di Jeti
Sorento, BMW, Wish,Camry, Neo, Swift,
Kelisa, Wira, Saga, Viva dan Myvi
Moga tidak mengambarkan hati jiwa maddhiyah duniawi
Doakan rezeki berkat, Infaq setia menjadi amalan kami

Masa berpisah tiba akhirnya
membawa haluan ke destinasi berbeza
Selatan, timu, barat dan utara
Meratalah memakai T-Shirt yang ditempa

Yang datang dan pergi akan kembali berjumpa lagi
Pabila digamit memori di sudut hati nan murni
Ingin bersatu menjulang amanah diberi
Sebagai khalifah Islam di muka bumi

"Proud to be A Muslim" ungkapan tertera
Dakwah di baju santun mudah tak sengaja
Moga mencuit Hidayah melebar merona
Menjulang ISLAM tegak tinggi di persada

Biarlah kalian memaku sepakat
Pada hati, jiwa dan kudrat
Ditanam niat agar semua mendapat
Terbaik dalam setiap amal terikat

Satu perkara ingin di kongsi cerita
Airmata sentiasa bergenang selalu diseka
Andai tiba ayat " Sehati sejiwa,dulu, kini,selamanya"
Coretan memori terpahat bertahta

Moga seloka pantunku ini mengubat lara hati
DENDAM RINDU pada teman yang tak pergi
Usah gelisah belum sempat jumpa lagi
Ada rezeki lain masa ketemu nanti

Saling memahami ingin menyelami
Membuat kita rapat sekali
Gelak tertawa dahulu masih kuingati
Moga diwarisi generasi kita nanti

Ingin juga teman menyampai pesan
Andai teman lena dibuai impi-impian
Kejutkan teman dengan sabda Tuhan
Berjuanglah sahabatku! berhabis-habisan!

Salam ingatan tulus abadi
Buat semua teman yang sudi merai
seloka ini bingkisan nurani
Maaf andai silap mengadili

Aku HambaNya dan falsafah insani
Hanya Allah Yang Maha Menguasai

2 ulasan:

abufadhl berkata...

Salam,

Puan Ein, bagilah semangat zaman tu.Biarlah lagi ramai datang hari keluarga Mujaddid tahun depan. (kalau ada ler)

ummushifa' berkata...

InsyaAllah..baru perasan komen untuk kite... Doakan agar yang baik dapat jadi contoh.Sememangkan kita semua amat memerlukan sahabat seperti gD.