Khamis, 17 Julai 2008

Mendoakan DSAI dan keluarga hasanah

Tergenang seketika membaca jutaan sokongan dan doa dari rakyat. Lupakan sebentar apa pun kesalahan beliau, tetapi lihatlah dan renungkan rintihan rakyat (yang pastinya bukan penyokong UMNO dan BN). Rupa-rupanya masih lagi ada rasa kasih dan sayang kita sesama manusia. Politik menyebabkan kita terleka yang seseorang bukan sahaja manusia tetapi manusia berperasaan.
Selaku manusia biasa dan saudara kamu dalam Islam saya turut mendoakan keselamatan DSAI dan keluarga. Moga kalian tabah menjalani jalan sukar kehidupan ini. Moga kamu dikurniakan Allah hasanah di dunia dan hasanah di akhirat. Kepada semua rakyat Malaysia, lihatlah! Malaysia memang BOLEH!!
Hayati doa dan harapan rakyat Malaysia di laman ini (blog YB Izzah) dan ini (blog DSAI).
Ya Allah, jadikanlah Malaysia tempat berlindung orang-orang yang lemah, baldatun tayyibah, negara yang diampuni (dengan mata masih bergenang).
Update (0908) : DSAI akan dibebaskan dengan ikat jamin pada 1pm, 17/7 ini menurut peguam Sankara Nair. Maklumat diperolehi di sini.

Khamis, 10 Julai 2008

Mencari Kekuatan Itu

Pertemuan singkat yang bermakna. Tengok berapa banyak diorang ni melantak!! Hisom, Kapten Azizan, saya, Ust Muhammad (abg mad) dan si kecil isnin yang lalu di Jalan Ampang, KL. Tq 4 inviting me.

Saya betul-betul mencari kekuatan itu. Saya perlukan momentum baru. Hari tidak lagi sama selepas 1 Julai 2008. Hidup bukan lagi bersembang dan bergebang kosong. Kali ini betul-betul namanya perjuangan. Saya tinggalkan keselesaan itu dengan ijtihad dan debaran yang tidak sedikit. Saya perlukan masa. Sedikit lagi. Pelarasan itu perlu dibuat.

Apapun selamat menempuh bulan-bulan ibadah kepada semua!! gd@blog kembali!!

Coretan dari penawarlangit

Assalamualaikum w.b.t,

Sahabat dynamic sekalian, mailing list kita semakin sunyi sekarang, mungkin ramai kolumnis kita sibuk dgn tugasan maisng-masing. Penawarlangit ingin menyampaikan satu berita gembira yg sekian lama ditunggu-tunggu oleh sahabat kita abe yusof dan zaujahnya roslina iaitu mereka bakal mendapat cahaya mata lebih kurang 5 bulan lg. Satu majlis ksyukuran telah diadakan pada Ahad lepas di kediamannya di Putra Height. Penawarlangit jga rasa gembira kerana dapat bersua dan bertemu muka dengan sahabat2 kita seperti rizal & ainor mahfozah, nik naimah & suami, Nur Aida Muhammad & suami dan beberapa lagi shabat yg x sempat jumpa spt aliza sidek & us. syahmun, nur najman & Rohana nawi. ALhamdulilah kita semua sudah berjaya dan menjawat pelbagai jawatan dan profesion.

Penawarlangit terasa rindu dgn sahabat smua, justeru dicadangkan agar diadakan satu pejumpaan mungkin sangat sesuai di Akademi Islam UM. Moga2 ia dpt menyuntik kembali semangat perjuangan dan mengingatkan kembali nostalgia indah semasa di alam kampus dulu. perjumpaan ringkas bleh diadakan mgkin seperti makan tengahari, majlis sepetang hi-tea dan diisi dengan cramah oleh pimpinan dan sebagainya. Cukuplah sekadar menghimpunkan warga dynamic yg tinggal di lembah klang shj. Sekurang-kurangnya kita dapat menyatakan sokongan dan smgat kpd Presiden kita.

Ok sekian sahaja buat kali ni. Penawarlangit sedang menunggu kelahiran anak kedua akhir bulan ini. Doakan moga selamat semuanya. Us Izwan, lamak sungguh sik de dgr brite dr kitak disinun. atau sik mauk nangga kamek sitok.
ok wassalam.

p/s - Terima kasih atas coretan ini penawarlangit. Sokongan anta amat diperlukan, tak perlu saya segankan untuk diberitahu. Moga selamat semuanya!!

Kedudukan UMNO Selepas PRU 12

KEDUDUKAN UMNO DALAM PILIHANRAYA UMUM KE-12 : SUATU ANALISIS SOSIO-POLITIK

Oleh : Zulhilmi Haron

Pada pilihanraya Umum (PRU) ke-12 yang lalu, Barisan Nasional (BN) khususnya UMNO bukan sahaja gagal mempertahankan majoriti dua pertiga di Dewan Rakyat

Proses resosialisasi rakyat Malaysia telah menunjukkan taringnya sebagai tuntutan utama ke arah perubahan mendadak dan peringatan abadi untuk kepimpinan UMNO. Ia berlaku tanpa dirancang dan sejagat tetapi bervariasi. Ini menunjukkan Malaysia sudah melangkah setapak ke arah Negara Maju dengan adanya beberapa petunjuk sebegini.

Pada masa yang sama kekuasaan PAS di Kelantan sedikit pun tidak tergugat, malah turut memenangi satu daripada 10 buah kerusi Parlimen di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Keadaan ini menyebabkan orang Melayu mula mempersoalkan kedudukan orang Melayu sekarang.

Orang Melayu mula mempersoalkan kewibawaan UMNO yang dianggap tidak berupaya menjamin kedudukan orang Melayu. Orang Melayu turut berasa risau tentang kedudukan keistimewaan Melayu dalam Perlembagaan Persekutuan. Sekarang timbul soal ”ketuanan Melayu” yang disalahertikan oleh orang bukan Melayu sebagai Malay Supremacy atau keagungan kuasa Melayu. Istilah ini tidak membawa maksud Melayu menjadi tuan kepada bukan Melayu. Gagasan ini adalah untuk menyedarkan orang Melayu tentang kedudukan mereka sebagai peneraju politik sejak zaman sebelum merdeka lagi.

Sebenarnya, masyarakat sentiasa memerhatikan pendekatan kerajaan untuk menyelesaikan pelbagai isu yang berbangkit. Namun banyak yang kecewa kerana kerap kali melihat barisan kepimpinan kerajaan tidak memperlihatkan kematangan dalam menangani sesuatu isu. Pemimpin UMNO dilihat gagal berkhidmat dengan baik bagi membela nasib rakyat kerana lebih cenderung berpolitik untuk kelangsungan periuk nasi masing-masing dan kroninya.
Antara faktor yang menyebabkan orang Melayu beralih arah terhadap UMNO ialah parti itu sudah semakin hilang visi asalnya iaitu untuk memperjuangkan hak dan kepentingan bangsa Melayu, Bahasa Melayu, budaya Melayu, ekonomi Melayu dan darjat Islam sebagai agama rasmi Persekutuan turut berada dalam keadaan teancam.

Selain itu, banyak pemimpin UMNO menjadi mangsa ekonomi pasaran sehingga mengakibatkan rasuah menjadi amalan biasa – rasuah politik dan rasuah peribadi. UMNO juga semakin lama semakin tidak menghormati budaya demokrasi dalam parti, sehingga mutu kepimpinan Melayu-UMNO tidak cekap. Banyak pemimpin UMNO sendiri yang melanggar kehendak, visi, dan matlamat asal perjuangan parti.

Kebanyakan pemimpin UMNO tidak pandai berhujah dengan pintar untuk mempertahankan dasar kebangsaan yang baik untuk negara dan menagkis kritikan pihak berkepentingan dari kaum lain terhadap hak dan warisan bangsa Melayu. Bahkan pemimpin UMNO sering bertolak ansur kepada tuntutan kaum lain yang tidak menguntungkan semua kaum.

Adalah sesuatu yang amat aneh bahawa buat pertama kalinya dalam sejarah politik UMNO, UMNO gagal untuk membaca perubahan masyarakat dan membuat perubahan segera untuk mengadaptasi perubahan tersebut bagi menjaga survival UMNO sendiri. Krisis kepimpinan, ketidakcekapan pemerintahan dalam mengurus sumber negara, kejutan budaya, kebingungan dalam mencari arah, menfokus kepada faktor-faktor dalaman adalah faktor-faktor yang memberi ruang untuk Pakatan Rakyat bernafas dalam politik negara.

Media memainkan peranan yang penting dalam perubahan sosial. Ia beritndak sebagai agen sosial yang menepati citarasa kini rakyat Malaysia. Pihak media sedar mereka bukan sahaja bertanggungjawab memberi info telus, boleh dipercayai untuk rakyat yang menyokong satu parti, tetapi kepada rakyat yang menyokong pelbagai parti.

Sikap prejudis dan berat sebelah perlu disedari memualkan rakyat terutamanya Pakatan Rakyat yang disokong 49.71 % rakyat. Semua rakyat berhak mendapat informasi yang lebih bijak dan matang serta first class, bukan lagi informasi yang mempunyai tahap laporan tahun 1960 an atau zaman Jepun dan tertutup serta tidak dinyatakan dengan hujah rasional tetapi hanya dengan lontaran ‘dungu'. Informasi dan aktiviti kebaikan dari pelbagai parti yang memerintah samada Negara dan negeri mestilah diberi secara baik dan membangun bukannya asyik ‘berat sebelah'.

Rakyat yang mual dengan liputan berat sebelah media kerajaan mula mencari media alternatif seperti laman web, blog, akhbar alternatif seperti HARAKAH, WASILAH, SIASAH dan Sistem Pesanan Ringkas (SMS). Ini membuatkan rakyat mengadili sesuatu isu secara adil tanpa berat sebelah. Rakyat kini sudah mampu menjadi hakim kepada kerajaan.

Sudah ramai rakyat Malaysia yang bijak serta mampu menilai sejauh mana bijaknya pemimpin peringkat negeri dan negara dalam menangani setiap teguran dan cadangan yang membina lagi baik. ‘Memperbodohkan' intelek rakyat berpelajaran adalah satu ketidakcerdikan yang nyata. UMNO tidak boleh lagi memperbodohkan orang Melayu disebabkan pendidikan merupakan salah satu struktur sosial yang mampu menjadi pemangkin perubahan sosial.

Kongres Permuafakatan Melayu yang berlangsung pada 2 Mei 2008 hingga 4 Mei 2008 merupakan kesan daripada rasa tidak puas hati orang Melayu apabila kedudukan dan haknya dicabar. Apatah lagi kedaulatan raja yang menaungi orang Melayu turut dicabar dan dipertikaikan tanpa mempedulikan sensitiviti kaum mahupun Perlembagaan.

Barisan pemimpin kerajaan BN, khususnya UMNO berhadapan dengan suasana sosio-politik yang amat mencabar. Lebih-lebih lagi ada permintaan Ahli-Ahli Parlimen BN sendiri dari Sabah supaya keanggotaan kabinet yang dikatakan tidak adil dikaji semula. Hal ini ditambah lagi dengan desas desus Ahli Parlimen Sabah dan Sarawak yang dipengaruhi untuk menyertai Pakatan Rakyat.

Cabaran paling getir yang besar kemungkinan akan dihadapi oleh Pakatan Rakyat ialah cabaran ideologi politik. Parti-parti politik yang bergabung di bawah gagasan Pakatan Rakyat terutamanya PAS dan DAP mempunyai ideologi politik yang tersendiri. PAS dengan Islamnya manakala DAP dengan ’democratic socialism’. Parti PKR sendiri tidak begitu jelas ideologi politiknya. Besar kemungkinan ia lebih mirip kepad campuran antara unsur ’liberalisme’ dan ’demokrasi’. Secara spesifik, Islam bukanlah satu ideologi atas perkiraan bahawa ideologi adalah satu bentuk pemikiran ciptaan manusia: tetapi sebagai satu ’sistem pemikiran’, maka Islam juga dari sudut ini merupakan ’ideologi’.

Adalah sesuatu yang wajar sekiranya diberi peluang untuk melebarkan sayap rahmatnya ke seluruh negeri-negeri yang ditadbir oleh Pakatan Rakyat. Ini berdasarkan model Kelantan yang setakat ini mampu melahirkan dasar-dasar Islam yang sederhana yang menguntungkan semua pihak, Islam dan bukan Islam. Hakikat ini tidak boleh dipertikaikan oleh mana-mana pihak sekiranya mereka dan tidak mempunyai agenda politik yang terselindung. Apa yang menarik ialah prinsip ’KEADILAN SOSIAL’ telah secara tersirat diterima pakai oleh ketiga-ketiga parti komponen Pakatan Rakyat. Terbentuknya gagasan ke arah ’NEGARA BERKEBAJIKAN’ sebagai intipati kepada manifesto pilihanraya baru-baru ini adalah hasil terjemahan ’KEADILAN SOSIAL’.
malah hilang kekuasaan di empat negeri ; Selangor, Perak, Pulau Pinang dan Kedah.

p/s - Lama betul zul tak menulis sebegini panjang. Analisis peribadi yang tajam. Terima kasih bro!!

Saya tertarik dengan tulisan ust. Nik Abduh yang juga pelapis kepimpinan PAS mengenai kerjasama PAS dengan UMNO. Saya hampir bersetuju dengan persoalan-persoalan beliau. UMNO disifatkan memang sebagai musuh katanya, tapi.... Baca dan hayati tulisan ikhlas beliau di sini.