Sedikit maklumat mengenai program :
Nama program : Khemah Ibadah SMK Seri Titiwangsa
Anjuran : Panitia Pendidikan Islam dengan kerjasama gD.org2u (commitee gD yang akan mengendalikan pengisian program SEPENUHNYA!)
Tempat : Surau At-Taqwa SMK Seri Titiwangsa (berdekatan dengan Tasik Titiwangsa)
Tarikh : 9 hingga 10 Julai 2010 (4.00 petang hari Jumaat hingga 12.30 tengah hari Sabtu)
Aktiviti sepanjang program :
Jumaat :
1. Slot ta'aruf "Tak Kenal Maka Tak Cinta"
2. Kuliah maghrib "Sempurnakah Amanah Kita"
3. Ceramah 1 "Dari Mana Hendak Ke Mana"
4. LDK 1
Sabtu
1. Qiyamullail
2. Kuliah Subuh "Pemuda Harapan Agama & Negara"
3. Riadah
4. Ceramah 2 " Menjana Pelajar Muslim Yang Cemerlang"
5. LDK 2
Marilah kita sama-sama turun padang untuk memberikan sedikit sumbangan yang tidak seberapa ini, semampunya pada tarikh tersebut. Sebarang pertanyaan boleh hubungi Timbalan Presiden gD, Saudari Hasni Hastuti 017-3462080.
Kerana komuniti itu adalah sebahagian daripada gD. Amanah gD, adalah amanah seorang da'ie. Sama-samalah kita menggalas amanah ini, sebaiknya, seikhlasnya. Semoga Allah mengira ia sebagai amalan soleh ke dalam akaun akhirat kita, insyaAllah. Jumpa di sana, insyaAllah!!!
"Marilah Kita Realisasikan Impian Bersama"