Isnin, 22 Februari 2010

Laporan AGM 2010

Pintu masuk Kompleks 3C MPSJ lokasi AGM kali ini.

Ini adalah laporan terakhir saya sebagai moderator blog ini setelah tempoh hampir tiga tahun. Alhamdulillah, semuanya telah selamat berlangsung dengan jayanya.

Terima kasih
Terima kasih yang tidak terhingga kepada Ust Muhammad al-Amin kerana membenarkan kami menggunakan kemudahan sekolahnya yang hebat ini. Beliau adalah pengetua MASSA yang amat komited dalam membangunkan generasi ummah qurani. Syukran ustaz! Walaupun tidak dapat mendengar buah-buah pengisian bagi hati, cukuplah doa ustaz dari kejauhan (Seoul, Korea Selatan) agar kelangsungan gD terus hidup dan bermakna.

Terima kasih juga buat Ust Shahrul Zaman Lukman kerana sudi mempengerusikan AGM kali ini. Jasa ust akan kami kenang selamanya.

Kehadiran
Selautan syukur kerana dikurniakan sahabat-sahabat yang matang, komited dan penuh dengan kejuitan. Yang paling akhir sampai ialah Puan Nurbaya dan suami bersama-sama Puan Zaharah dan anak-anak. Yang paling komited ialah Saudara Hafeez dengan bermotosikal dari Klang, dengan membawa juadah sarapan, Allahu Yubariklahu! Yang paling jauh sudah tentu Ust Fadzli dan Ustaz Sayuti. Terima kasih sahabat! Bagi Ust Samawi, Ust Safwan dan Puan Yuzi, Bro Sahudin dan Puan Hasni, Bro Syukri dan Puan Zurina, Ust Hisom dan isteri, Ust Hasanan, Ust Safuan, Bro Shahrom, Ust Azizan dan Ustzh Jannah tak ketinggalan juga Puan Azlina.

Terlalu ramai untuk dinyatakan di sini bagi yang mengirim salam dan memohon maaf atas ketidakhadiran mereka. Maaf kalau ada yang tertinggal, Ust Izwan dan isteri, Puan Rabiatul Adawiyah, Bro Alias, Bro Shahrul Efendi, Puan Zaleha, Puan Nurul Huda, Ust Mi KBD, Ust Nik Anuar, Ust Firdaus Azizan dan Ustzh Wan Siti Fatimah, Ust Syahmun dan Ustzh Aliza, Ustzh Naimah, Ustzh Nor Naemah, Bro Alias, Dr. Anuar Ramadhan. Maaf kalau ada yang tidak tercatit.

Laporan Setiausaha dan Bendahari
Alhamdulillah kedua-dua laporan diterima oleh perwakilan dengan sebulat suara.

Usul dan Cadangan
InsyaAllah kepimpinan baru akan membuat pengumuman dan makluman mengenai usul-usul yang dicadangkan di akhir AGM tersebut. Antaranya cadangan Ust Hisom untuk mengadakan AGM seterusnya di hotel-hotel yang lebih membayangkan profesionalism gD.

Penyandang Baru
Dengan ini dengan takzimnya diumumkan gD akan dibawah kepimpinan baru selama tempoh dua tahun akan datang sehingga 2012 ini.

Presiden : Ust Ahmad Safwan Mohammad Makki
Timb. Presiden : Puan Hasni Hastuti Ibrahim


Dengan kuasa yang ada pada Presiden dan Tim. Presiden, mereka akan membuat lantikan atas budi bicara ke atas lain-lain jawatan yang dirasakan perlu.

Doa
Marilah sama-sama sahabat kita menadah tangan berdoa, dan bersujud hajat agar gD terus relevan dalam arus dakwah semasa. Moga Allah menguatkan kepimpinan baru ini dengan tenaga, idea-idea bernas, sokongan bersama-sama rahman dan rahim dariNya.

Penutup
Oleh itu saya Mohd Hafiszi Othman (Presiden cum moderator blog) bagi pihak kepimpinan lama 2007-2010, Puan Masrina Mohamad (Timb. Pres), Bro Shahrul Efendi Saari (SU Agung), Puan Siti Zaleha Mat Diah (Timb SU Agung), Bro Mohd Hafeez Ab Gharur (Bendahari Agung) dan Puan Rabiatul Koh Adawiyah Abdullah (Timb Bendahari Agung) memohon kemaafan ke atas setiap keculasan dan kelemahan kami. Segala yang baik adalah dariNya juga, yang lemah dan khilaf itu adalah dari kelemahan dan nafsu dari kami. Walaupun hakikatnya kedua-duanya dariNya juga.

Dengan lafaz astagfirullah al-Azim kami mengundurkan diri. Selamat mara kehadapan gD! Jadilah kuat dan gagah! Kamulah suara generasi baru!

Early birds!

Bersantai sebelum sarapan pagi dihidangkan.

Memori lama kembali segar! Selera nampak?

Muka-muka lapar.

Umi-umi dan anak-anak yang banyak karenah.

Bermula dengisian hati oleh al-Fadhil Ust Afdhal, ustaz di MASSA. Jazakallahu ustaz.
Tajuk pengisian pagi ini, Jenis-jenis solat.

Kata-kata aluan & pembentangan laporan Setiausaha oleh Pres.

Wajah lega seorang Bendahari. Alhamdullillah banyak juga dikumpul dana gD ini.

Presiden baru kita, Ust Safwan dengan semangatnya melontarkan pendapat.

Mara terus mara gD!

Sabtu, 13 Februari 2010

Salam Takziah Dari Kami

Hiasan : HUSM Kubang Kerian, Kelantan.

Salam takziah dari kami di gD kepada Puan Zaleha Md Diah (Musnaliza) & suami atas pemergian anak sulung mereka pagi tadi (13 Februari) di Hospital HUSM Kubang Kerian, Kelantan. Menurut mesej yang dikirim bayi telah mengalami masalah paru-paru. Bayi ini baru sahaja selamat dilahirkan semalam (12 Februari) di hospital yang sama.

Terima kasih kepada Alias kerana sudi memanjangkan mesej daripada Puan Zaleha. Marilah kita sama-sama mendoakan Puan Zaleha & suami agar lebih tabah dan sabar menjalani ujian dari Allah ini. Moga rohnya diberkati dan dimuliakan illahi.

Rabu, 10 Februari 2010

Teruskan Perjuangan

Teruskan perjuanganmu!
Kebenaran & keadilan tunggu ditegakkan!
Moga Perak terus sejahtera dengan semangat
para pejuang seperti mu!
Moga Allah memelihara kami dan negara kami.

Selasa, 9 Februari 2010

AGM Updates

Ingat lagi? Topik apa tu syukri? Dakwah & islah tak kenal tempat!

InsyaAllah, dah lama kita tak makan setalam bukan? Ini masanya kita kembalikan memori itu! Mari makan nasi lauk ikan masin cacak!

Pencalonan bertambah hari ini!

1. Shahrul Efendi
2. Hilmi Ahmad
3. Ahmad Safwan
4. Hisommudin Bakar al-Chiniyi

Isnin, 8 Februari 2010

AGM Updates : Lokasi

Ingat lagi? Ibu-ibu of gD di Tanjung Harapan, Kuala Kangsar.

InsyaAllah AGM kali ini akan dihoskan oleh sahabat kita al-Fadhil Ust Muhammad Abdullah al-Amin di sekolah tahfiz miliknya. Berikut adalah alamatnya bagi memudahkan pencarian sahabat-sahabat ke lokasi AGM ini.

Maahad Sains Islam al-Amin (MASSA)
Kompleks 3C, Bandar Baru Sunway,
Petaling Jaya, Selangor.
(Bersebelahan Sunway Pyramid)

Sabtu, 6 Februari 2010

AGM Updates

Ingat lagi? Dengar betul-betul dik apa akak nasihat ni..
Bukan senang dapat perkongsian dari Kak Jen ni!


Terima kasih buat Ust Kapten Azizan Mohamed. Beliau lah yang bertanggungjawab mengurus tempat AGM kali ini. Hari ini (6/2) beliau sekali lagi akan berbincang dengan Abg Mad tentang urusan tempat. Terima kasih je!

Jumaat, 5 Februari 2010

Rabu, 3 Februari 2010

AGM Updates

Ingat lagi? Dari taman tasik ke taman warisan. Hujan. ;)

Setakat ini AGM gD mendapat respon yang baik dari sahabat-sahabat jauh dan dekat. Minta sahabat-sahabat yang membaca YG dan blog dapat kempen pada sahabat-sahabat yang lain. InsyaAllah kita akan bermula 10 pagi, 20/2. Ini bagi memberi laluan kepada sahabat pantai timur, pantai barat dan mana-mana pantai (termasuk pantai dalam) untuk berjumpa dan bertanyakan khabar. Tak sibuk nak balik.

Pencalonan Presiden gD masih lagi dibuka. Setakat hari ini pencalonan yang ada ialah :

1. Shahrul Efendi
2. Hilmi Ahmad
3. Ahmad Safwan