Rabu, 28 Julai 2010

Kelahiran Anakanda gD

"Alhamdulillah, telah selamat melahirkan bayi lelaki jam 10.30 malam tadi (27 Julai 2010 bersamaan hari Selasa). Terima kasih kepada semua yang mendoakan. Tiada kata yang lebih layak diucapkan selain subhanallah, kepada Allah yang telah memudahkan segala urusan" inilah sms yang saya terima jam 12.14 am.

Tahniah Pn Nor Adila Rahmad di atas kurniaan Allah yang sangat berharga, dikurniakan anak yang ketiga. Semoga ke semua anakanda menjadi zuriat yang soleh dan solehah, menjadi penerus mata rantai pemartabatan Islam di bumi milik Allah, insyaAllah.


Jumaat, 23 Julai 2010

Jemputan Kenduri

Ana nak jemput sahabat2 semua hadir ke kenduri pada 26 Julai 2010 sempena beberapa perkara :

1) Kenduri tahlil allahyarham ayah mertua
2) Menyambut Ramadhan
3) Masuk rumah baru
4) Hari lahir 2 orang anak ana
5) Adik ana nak ke mesir

Jadi ana sangat berbesar hati jika sahabat2 dapat sama2 hadir berkumpul di Kuala Kangsar untuk turut serta menghadiri kenduri ana. Boleh jika nak bermalam di rumah ana..kalu nak dok homestay,sblh rumah ana ada 2 biji homestay, insyaAllah, tidak ada masalah. Jadi jemputlah datang beramai2 yea ..

Ustaz Khairil Izuan
0174210608

Jumaat, 16 Julai 2010

Takziah Buat Ust Khairil Izuan

Ayah mertua Ust Khairil Izuan, iaitu ayah kepada Pn Noorhasanah telah kembali ke rahmatullah malam semalam. Semoga Allah menempatkan roh ayahanda mereka bersama kalangan para solihin, insyaAllah.

Ust Khairil Izuan boleh dihubungi di talian 017-4210625

Selasa, 6 Julai 2010

gD.org2u III Countdown




Jumpa kalian di program Khemah Ibadah di SMK Seri Titiwangsa, Jalan Temerloh, KL hari Jumaat ni (bermula maghrib).

Terima kasih kpd yang sudi menjadi penceramah dan fasi program.
Checklist nama ahli yang join program:
1. Ust.Safwan, Pn. Yuzi & anak2
2. En. Sahudin, Pn. Hasni & anak
3. Ust. Shahrul Zaman (insha ALLAH). * Pn. Siti Norbayah tidak dapat hadir kerana bersekolah ganti hari Sabtu
4. Pn. Zaleha Mat Diah

Setakat ni itu sahaja. Jika ada yang masih berminat nak join, bolehlah contact Pn Hasni / Safwan/Yuzi.
Urusetia masih lagi memerlukan fasi. Ilalliqa'

Pn Hasni Hastuti Ibrahim
Pengarah Program gD.org2u III @
Khemah Ibadah
SMK Seri Titiwangsa
Jalan Temerloh
Kuala Lumpur


Isnin, 5 Julai 2010

gD.org2u III


Program Khemah Ibadah gD.org 2U yang akan diadakan 9 - 10 Julai ini masih lagi kekurangan fasi lelaki. Sesiapa yang berkelapangan harap dapat membantu dalam menjayakan program tersebut. Sila hubungi Pn. Hasni Hastuti 0173462080.

Terima kasih