Khamis, 27 November 2008

Mohon Doa & Sokongan Kepada Husni Alhan Sekeluarga

TERKINI : Saya menerima makluman dari Husni menerusi sms (2pm, 27/11), anak mereka ditempatkan di Wad Neuro 6-B, Hospital Kuala Lumpur. Sesiapa yang akan melawat sampaikan doa & salam Dynamic untuk Husni dan keluarga.

Oleh : Ahmad Safwan


Jam 5.30pm sebentar tadi saya terima sms dari sahabat kita Husni Alhan (Engineering). SMS membawa khabar dukacita. Untuk pengetahuan sahabat-sahabat beliau kini adalah warga Putrajaya.

Anak beliau kini di Hospital Kuala Lumpur. Jam 6 pagi tadi dikejarkan dengan ambulans dari Melaka ke Hospital Kuala Lumpur. Katanya sakit anaknya kembali semula. Ada pendarahan di otak. Sekarang sedang menunggu pemeriksaan doktor untuk pembedahan membuang darah beku di otak.

Buat pengetahuan sahabat2, anak Husni telah jatuh daripada katil suatu ketika dahulu. Akibatnya berlaku pendarahan otak dan lumpuh separuh badan. Namun penyakit tersebut beransur pulih selepas pembedahan membuang darah beku didalam otak.

Tidak cukup dengan membaca posting ini sebagai tanda simpati. Hubungilah beliau di talian 016 322 14 25 sebagai memenuhi hak persahabatan dan berjamaah kita.

Rabu, 26 November 2008

Kehadiran Terkini ke Perjumpaan Besar gD 2008

KEHADIRAN TERKINI (setakat 11 Dis 2008, 2pm)
64 respon

1. Fizi
2. Azlina
3. Shahrul
4. Rohana
5. Apeez
6. Puteri Suhana
7. Rabiatul Adawiyah & famili
8. Masrina
9. Zaleha
10. Yudi
11. Zulhimi & Isteri
12. Hilmi Ahmad
13. Izwan
14. Rafidah
15. Mahisan
16. Azizan
17. Safwan
18. Yuzilawati
19. Firdaus Azizan
20. Wan Siti Fatimah
21. Sahudin
22. Hasni
23. Kashful Anuar & famili
24. Zaharah
25. Dr Wan Asmuni
26. Fadzli Fauzi & famili
27. Huda
28. Siti Nurbaya & famili
29. Aizuddin
30. Wan Zorah
31. Ahmad Rusli & famili
32. Zalina
33. Khairil Izuan & famili
34. Shakir & famili
35. Nawawi
36. Noraini Mohamad & famili
37. Hisommudin

TIDAK HADIR BERSEBAB :
(Saya memahami kondisi kalian, tetapi jika masih memberi peluang saya anggap sebagai rahmat dari Allah. Bak kata pepatah, hendak seribu daya, tak nak seribu dalih. Saya juga mohon sumbangan dari sahabat-sahabat yang tidak hadir untuk dibawa sebagai bekal jariah ke alam sana)

1. Liz & famili
2. Nadia & famili
3. Nik Anuar & famili
4. Amir Ariffin
5. Masni
6. Wan Mohd Samawi & famili
7. Rohana Md Nawi & famili
8. Zam Zariah
9. Maslina
10. Zaharaini MG
11. Alias
12. Dr Rashidah & famili
13. Asmah & famili
14. Azrul aka On & famili
15. Nor Adilah Rahmad & famili
16. Nur Nuha & famili
17. Dr Tuan Salwani
18. Izwahani
19. Norwani
20. Abg Yusof
21. Roslina
22. Aliza Sidek & famili
23. Nur Adilah Jamil & famili
24. Nik Shahrizal & famili
25. Sazmani & famili
26. Ramzalina
27. Ameer Azeezy & famili
28. Cikgu Zahari

Tempahan Saiz T-Shirt Rasmi gD

Sempena Perjumpaan Besar gD 2008 kali ini, gD melancarkan jualan t-shirt rasmi gD untuk dipakai sewaktu kita di sana nanti. Sampel t-shirt yang bercetak akan dipaparkan di sini sedikit masa lagi. Menampilkan warna rasmi gD putih-biru.

HARGA :
RM 20 SAHAJA!!
Saiz dari S, M, L, XL.
Tambahan RM5 untuk saiz XXL dan XXXL.

Boleh mula buat tempahan saiz menerusi gD YG/Blog dari sekarang.

PERJUMPAAN BESAR GD - Info awal

Saya mendapat maklum bahawa ramai sahabat call antara mereka bertanyakan tempat program, pengisian dll. Tapi tiada yang secara rasmi bertanyakan di YG/Blog, sedikit pelik dan ajaib. Tiada juga yang call saya secara peribadi bertanyakan hal ehwal itu.

TEMPAT PROGRAM :
TANJUNG HARAPAN RESORT, KAMPUNG CHANGKAT DUKU, SAUK, KUALA KANGSAR
(Lokasi yang sangat indah dengan pemandangan Tasik Chenderoh)

MASA CHECK-IN & CHECK OUT :
2-5pm, 12 DEC 2008
12pm-1pm, 14 DEC 2008

PENGISIAN (Details will TBA)
4 Pembentangan kertas kerja oleh tokoh masyarakat.
2 Sesi Warsyah.
1 Sukaneka & hari keluarga
1 Kemuncak ukhuwwah yang tiada harganya!

PERASMIAN PENUTUP
Ybhg. Tuan Guru Haji Ahmad Awang
(Tokoh ulama' negara terkenal)

BAYARAN (Per pax)
TBC. Lingkungan RM 80 sahaja.
Diskaun untuk pasangan kelamin & kehadiran keluarga 50%!!

Khamis, 20 November 2008

Jemputan Walimatul Urus - Hisommudin & Fakriyah

Saya bagi pihak beliau menjemput sahabat-sahabat meraikan hari penyatuan dua jiwa ini. Rumah pengantin perempuan ialah pada 27 Dis 2008 (Ipoh) dan rumah beliau pula pada 29 Dis 2008 (Chini). Beliau mencadangkan sahabat-sahabat dari utara dan lembah klang dapat menghadiri kenduri beliau di Ipoh manakala dari pantai timur dapatlah menjengah ke Chini, Pekan.

Kad undangan ke majlis walimah beliau boleh didownload di sini dan di sini.

Bagi pihak beliau, saya mengucapkan jutaan terima kasih. Segala makluman dan pertanyaan bolehlah merujuk ke kad undangan berkenaan atau menelefon beliau sendiri.

Isnin, 17 November 2008

Jumlah Kutipan Kilat - TERKINI

Laporan Kutipan Kilat gD.org

Setakat 17/11/08 (8.00am)
Kutipan bertambah RM320 (6 orang penderma).

TERKINI : Setakat 18/11/08 (8.00am)
Kutipan bertambah RM100 kepada RM420 (7 orang penderma).

TERKINI : Setakat 21/11/08 (9.23am)
Total RM560 (10 orang penderma)

TERKINI : Setakat 26/11/08 (9.30am)
Total RM690 (12 orang penderma)

Terima kasih kepada hafeez atas laporan terkini dari semasa ke semasa.

Doa Bagi Bayi Yang Baru Lahir

Akhir-akhir ini memang semakin bertambah generasi baru Dynamic. Saya sampaikan pesanan seorang sahabat saya Ybhg. Ustaz Abdullah Jalil (USIM) seperti yang dikongsi di ALKIS97@YG baru-baru ini. Sangat baik untuk diamalkan dan disampaikan. Doa-doa yang dikompilasikan berdasarkan amalan para nabi, sahabat dan waliulLah.

Hidup dan Kematian
Kata Wali Allah yang mayshur, Rabiatul Adawiyyah (di dalam Sifat al-Sofwah karangan Ibnu al-Jawzi) kepada Imam Sufyan al-Thawri:

"Sesungguhnya engkau itu umpama hari-hari yang berkumpul, apabila berlalunya satu hari kamu, telah berlalulah sebahagian daripada diri kamu, dan akan tiba satu masa, apabila pergi sebahagian kamu, akan pergilah (matilah) diri kamu. Dan kamu mengetahui hakikat ini, maka beramallah."

Berkata sebahagian ulama' Sufi: "Setiap nafas yang kamu hirup itu sebenarnya menghampirkan diri kamu kepada kubur dengan satu nafas."

Kepada yang nak berkahwin selamat pengantin baru.

Barakallahu lakuma wa 'alaikuma wa jama'a baynakuma fi khayr.

Kepada yang baru mendapat cahaya mata, semoga Allah menjadikan zuriat kita di kalangan hamba-hambaNya yang soleh.

Doa berikut dipetik dan diedit serta ditambah sedikit daripada kitab ulama' Melayu yang mayshur iaitu "Muhimmah pada ilmu hadis Nabi SAW" karangan al-Sheikh Abdullah Ibn Abdurrahim al-Fathani.

Klik sini untuk download doa berkenaan dalam format .doc.

Syukran Jazilan Ust. Abdullah Jalil.

Sabtu, 8 November 2008

Lagi Gambar Perjumpaan Santai gD di Putrajaya

Rabiatul Jen Adawiyah, Maslina, Ibu Azlina, Umi Hasni dan Umi Pohon Hijau. Turut serta Mujahid.

Yang penting sedikit sebanyak tetap ada pengisian, Alhamdulillah.

Yang belum pernah lihat, itulah anak gadis Jen yang comel. Dihujung sana ibu dan anak-anak buah Maslina.

Aliyah, Muaz dan Shifa'.

Inilah barisan kita, makanan yang sangat lazat!!

Khamis, 6 November 2008

Rumah Untuk Disewa SEGERA!!

Taman Bukit Angkasa (Blok 17-1-XX)
Kemasukkan Bulan Januari 2009 (Hujung bulan 12 dah boleh bawa masuk barang)

Kemudahan Awam
* Pengangkutan awam : Bas Rapid KL, Metro dan Bas UM, Komuter & PUTRA LRT
* Pelbagai kedai termasuk pasar borong dan medan selera
* Berhampiran dengan Madrasah An-nur (InysaAllah setiap waktu ada jamah bersolat)
* Tiada masalah parkir motosikal (kereta masalah sikit)

Kondisi Rumah
* Rumah apartment kos rendah dengan 3 bilik, 1 bilik mandi dan 1 tandas.
* Kipas syiling di ruang tamu dan 2 bilik. (1 bilik lagi akan dilengkapkan tak lama lagi)
* Tikar getah masih baru. (tak sampai 1 tahun)
* Cat masih cantik (anak masih kecil, tak pandai menulis di dinding lagi)

Peralatan Rumah
* Dapur (90% complete)
* Dapur gas dan tong gas
* Mesin basuh automatic
* Peti sejuk
* Almari lauk & etc
* Rak pinggan (pinggan tidak disediakan)
* Serba sedikit periuk belanga.

Peralatan Lain-lain
* Dua almari baju
* Satu almari perhiasan (ruang tamu)
* Satu rak kasut

Saya memberi keutamaan kepada adik-adik muslimat. Kepada yang berminat dan ingin penerangan lanjut atau rundingan sila hubungi nombor kami. Kalu nak buat site-visit pun boleh. Jika tiada respon selepas 1 Disember kami sewakan kepada orang lain.

Hubungi saya segera : Shahrul Efendi (Setiausaha Agung gD). Emel/YM : arhugorn@yahoo.com

Bila Alam Bersuara - Perjumpaan Santai gD

Soalan-soalan untuk perbincangan usrah pendek. (Sebelum bertolak)

Abg. Ibrahim (suami Puan Aida) sedang rancak bertukar cerita.

Bergambar sementara menunggu para ibu selesai solat maghrib.

Terima kasih daun keladi buat sahabat-sahabat yang sudi bersama-sama. Sememangnya bila alam bersuara, kita mencari hala. Dari sepatutnya berkelah di gigi tasik, akhirnya berakhir di bawah bumbung di Taman Warisan Pertanian. Seterusnya! generasiDynamic ke Kuala Kangsar!!

p/s - maaf atas kualiti gambar. Itu yang termampu dirakam oleh pda saya buat tatapan semua.