Rabu, 27 Januari 2010

Pendaftaran gD

Alhamdulillah wa syukru lilLah,

Mulai hari Selasa, 26 Januari 2010 yang lalu gD telah selamat didaftarkan atas nama Generasi Dinamik Resources (gD). Mari sahabat-sahabat kita ucapkan jutaan terima kasih buat Saudara Safwan kerana membuatkan perkara ini menjadi kenyataan. Terima kasih safwan, jasamu akan sentiasa dikenang.

Menanti pencalonan untuk bakal Presiden gD untuk tempoh 2 tahun akan datang. Silakan sahabat.

Jumaat, 15 Januari 2010

AGM gD

Assalamualaikum,

Dengan ini dimaklumkan dan dijemput semua ahli gD untuk hadir ke AGM kita yang akan diadakan pada 20 FEBRUARI 2010 (SABTU). Ia akan diadakan bertempat di Sekolah Rendah Islam Pintar (SRIP) USJ, Subang Jaya, Selangor. Tuan rumah kita kali ini ialah al-Fadhil Ust Muhammad Bin Abdullah (T28). Antara yang menarik ialah pengisian khas untuk hati kendalian al-fadhil ust.

Minta emel ini dipanjangkan kepada semua ahli.

Mohon juga dicadangkan nama untuk jawatan Presiden bagi sesi akan datang.

Sekian dimaklumkan.

PRESIDEN gD