Ahad, 27 September 2009

Berita Gembira : Ust Mahisan Dapat Cahaya Mata Ke-3

Di sebalik berita sedih liz, kita mendapat berita gembira dari Ust Mahisan Aswadi Ahamed yang baru sahaja sebentar tadi mengirimkan sms menyatakan isteri beliau telah selamat melahirkan cahaya mata mereka yang ke-3. Beliau yang sibuk menjaga dua orang lagi anak-anaknya memohon maaf sekiranya tidak dapat membalas mesej-mesej yang dikirimkan. Alhamdulillah baby boy yang baru lahir sihat dilahirkan dan seberat 3.15kg, selamat melihat cahaya pada jam 7pm semalam. Isteri beliau juga dalam keadaan sihat dan selamat.

Sekian dimaklumkan.

Sabtu, 26 September 2009

Berita Sedih : Zulizaliana Sakit Tenat

Kita mendapat perkhabaran yang amat sedih tatkala kegembiraan menyambut syawal kali ini. Sahabat kita Zulizaliana Md Zain (I27) telah dimasukkan ke Wad Mahsuri, Bilik ISO 2, Hospital Besar Raja Perempuan Zainab 2, Kota Bharu, Kelantan sejak beberapa hari lalu.

Beliau disahkan menghidap TB. Beliau kehilangan terlalu banyak darah. Dalam masa yang sama beliau juga difahamkan telah menjadi mangsa amalan sihir.

Suami beliau memerlukan sokongan doa dari sahabat-sahabat semua. Bagi sesiapa yang masih berada di negeri Kelantan bolehlah juga melawat beliau di wad yang dinyatakan di atas. Rujuk nombor telefon suami beliau, En. Zainuri dalam emel di gD@YG.

Titipkan doa keselamatan buat beliau sebagai tanggungjawab bersahabat.

Sekian dimaklumkan. Syukran.

UPDATE:

Kondisi Liz semakin tenat. Beliau mula demam dan mula menggunakan alat bantuan pernafasan. Semalam sahaja 12 beg darah telah dimasukkan ke dalam badan beliau. Hari sebelumnya 8 beg darah telah dimasukkan. Semalam satu majlis solat sunat hajat dan bacaan yassin telah diadakan di surau kariah beliau (Meru, Klang) bagi mendoakan kesihatan beliau. Semoga doa sahabat-sahabat memberikan kekuatan buat beliau sekeluarga.

Sekian dimaklumkan.