Selasa, 21 Julai 2009

gD.org2u II Ditangguh

Diumumkan, program khidmat masyarakat gD.org2u II terpaksa ditangguhkan. Bagi pihak Pengarah, Sdr Shahrul Efendi, memohon maaf atas notis singkat ini. Tarikh gantian akan dimaklumkan kemudian.

Ini adalah peluang untuk sahabat-sahabat yang tidak dapat hadir untuk menyusun masa untuk meluangkan masa untuk berbakti dan berdakwah. Kita nantikan pengumuman dari beliau untuk tarikh gantian.

Bagaimanapun gD.org2u III di Rumah PERKIM, Jalan Travers masih lagi akan berlangsung pada tarikh yang ditetapkan. Pengarah program, Puan Zaleha telah pun menyusun aktiviti menarik dan pastinya menjadikan kenangan terindah kepada kita semua.

Doakan Fadzli

Beliau tidak dapat hadir ke slot pelancaran bukunya sabtu lepas. Adunya sakit di bahagian perut. Semalam (Isnin, 20 Julai, 11 pagi) beliau telah menjalani pembedahan di Hospital Temerloh. Moga beliau cepat sembuh dan diberi kekuatan dari-Nya. Sampaikan doa kalian dan kata-kata semangat buat beliau dengan menghubungi atau sms beliau. Sesungguhnya Allah pengatur dan penguasa yang Maha hebat!

Selasa, 14 Julai 2009

Fadzli Yang Mantap!

Mungkin saya dan Safwan adalah antara yang bertuah untuk memiliki nukilan terkini Sir (Ust) Fadzli dan isteri ini. Saya sendiri telah membaca beberapa bab dari buku ini. Saya amat yakin buku ini akan jadi hit insyaAllah memandangkan peningkatan populariti ber'fcb' dan ber'tweet'. Lebih-lebih lagi untuk para usahawan bagi meningkatkan lagi kuasa pasaran. Saya dengan ini jemput sahabat-sahabat gD sekitar lembah klang ini memberi sokongan kepada sahabat kita ini. Kian mantap, kian hebat! Syabas Fadzli!

Jangan lupa :

2pm, 18 Julai 2009, Plaza Alam Sentral, Shah Alam.

Rabu, 8 Julai 2009

Sekali lagi

Foto ihsan Syed Azidi @ kickdefella

Sekali lagi kesatuan usaha, doa dan tawakal menjadi kewajipan. Selamat berjuang. Agenda ini bukan untuk MU sahaja, tapi sebagai suara jati rakyat di mana sahaja. WalLahu ma'as sobirin.

Selasa, 7 Julai 2009

Kutipan Seruan AMAL Ditutup

Dengan ini diumumkan kutipan untuk Seruan AMAL secara rasmi ditutup. Jumlah kutipan ialah RM860.00. Terima kasih atas sumbangan. Hanya Allah yang layak membalas keikhlasan hati tuan dan puan.

Khamis, 2 Julai 2009

gD.org2u II : Update

Dengan ini dimaklumkan beberapa aktiviti untuk program kita di Jenderam, Sepang nanti.

1. Sukaneka bersama orang asli.

2. Kuliah Dakwah bersama Bro Rosmaini Firdaus 'Islam itu mudah'. (TBC)

3. Program Khidmat Pemeriksaan Perubatan amal, oleh para doktor dari gD & sahabat-sahabat. (TBC)

4. Majlis ramah mesra.

Juga perlu dinyatakan di sini, program kali ini memerlukan dana sumbangan sahabat. Sekurang-kurangnya RM300 perlu dikumpulkan untuk menjayakan semua aktiviti ini. Dengan ini Tabung Orang Asli Jenderam gD.org2u juga dilancarkan.

Jangan lepaskan peluang untuk sama-sama beramal!