Khamis, 28 Oktober 2010

Khemah Ibadah 5 - 7 Nov 2010

Puan Zaleha ada mohon bantuan geng2 gD yang berkelapangan utk membantu beliau sbg fasilitator program Khemah Ibadah pelajar asrama PERKIM yang akan berlangsung pada 5-7 Nov 2010 (Minggu Depan) iaitu pada hari Jumaat, Sabtu dan Ahad di Pusat Aktiviti Kokurikulum, Gombak.

Program khemah ibdah ini lebih bersifat praktikal seperti praktikal solat dan sembelihan. Jadi saya merayu kpd sahabat2 gD sekalian utk bantu beliau menjayakan program tersebut.

Sila hubungi Pn Zaleha Md Diah di talian 013 3973381

Safwan

Khamis, 21 Oktober 2010

Tahniah Sahabat gD

Tahniah juga kami rakamkan kepada sahabat Shahrul Efendi dan Rohana yang telah selamat dikurniakan seorang bayi perempuan pada 18 Oktober 2010, 4.15 pagi seberat 1.0 kg di Hospital Melaka. Baby dilahirkan ketika usianya 26 minggu. Alhamdulillah, sehingga ke hari ini, perkembangan bayi adalah sangat positif dan diharapkan sahabat-sahabat dapat mendoakan agar baby dapat berkembang dengan baik dan sihat, insyaAllah.

Ucapan syukur dan tahniah juga kepada Hj Firdaus dan Hjh Wan Siti Fatimah di atas kurniaan Allah ke atas mereka dengan kelahiran bayi perempuan pada 19 Oktober 2010, 9.31 pagi seberat 3.1 kg di Pusat Perubatan Islam Az-Zahrah Bandar Baru Bangi.

Kedua-dua sahabat ini mendapat anugerah kelahiran anak yang kedua. Semoga kalian membesar sebagai anak solehah, amin.

moderator