Khamis, 21 Oktober 2010

Tahniah Sahabat gD

Tahniah juga kami rakamkan kepada sahabat Shahrul Efendi dan Rohana yang telah selamat dikurniakan seorang bayi perempuan pada 18 Oktober 2010, 4.15 pagi seberat 1.0 kg di Hospital Melaka. Baby dilahirkan ketika usianya 26 minggu. Alhamdulillah, sehingga ke hari ini, perkembangan bayi adalah sangat positif dan diharapkan sahabat-sahabat dapat mendoakan agar baby dapat berkembang dengan baik dan sihat, insyaAllah.

Ucapan syukur dan tahniah juga kepada Hj Firdaus dan Hjh Wan Siti Fatimah di atas kurniaan Allah ke atas mereka dengan kelahiran bayi perempuan pada 19 Oktober 2010, 9.31 pagi seberat 3.1 kg di Pusat Perubatan Islam Az-Zahrah Bandar Baru Bangi.

Kedua-dua sahabat ini mendapat anugerah kelahiran anak yang kedua. Semoga kalian membesar sebagai anak solehah, amin.

moderator

Tiada ulasan: