Isnin, 27 April 2009

20 SUKARELAWAN gD.org DIPERLUKAN - Update

Berhubung dengan banner di atas, dengan ini diumumkan bahawa generasiDynamic.org akan mengadakan Program Khidmat Ummah gD.org2U di Meru, Klang, Selangor. Program berkenaan adalah untuk mengecat Pusat Tarbiyyah Badr yang baru disiapkan di sana. gD.org juga berbesar hati untuk menerima apa-apa sumbangan wakaf ikhlas dari sahabat-sahabat semua.

Tentatif lengkap akan menyusul. InsyaAllah ia akan dijalankan awal cuti sekolah iaitu pada 30 Mei 2009 (Sabtu), dari jam 9 pagi hingga 2 petang. Jangan lepaskan peluang yang amat berharga ini untuk meninggalkan amal bakti yang bakal berkekalan.

TENAGA SAHABAT-SAHABAT gD.org AMAT DIPERLUKAN!

Lokasi Berkumpul
1. 8.00 pagi - Kawasan parking Masjid UIA, PJ.
2. 9.oo pagi - Masjid Meru, Klang.

Pakaian
T-Shirt gD.org @ yang berwarna putih.

Infak
T.B.C

Info-info lain mengenai program ini akan menyusul.

Terima kasih kepada sahabat-sahabat yang sudah respon.

Hadir (14)
1. Mohd Hafiszi
2. Mapeez
3. Azrul Nizam
4. Mumtaz
5. Shakir Ket
6. Firdaus Azizan
7. WS Fatimah
8. Hisommudin
9. Nor Azlina
10. Shahrul Efendi
11. Rohana
12. Safwan
13. Yuzilawati

14. Aizuddin

Tak Hadir (7)
1. Liz
2. Nurbaya
3. Ameer Azeezy
4. Fadzli Fauzi
5. Huda
6. Ahmad Rusli
7. Sayuti

Tahniah Safwan & Pohon Hijau

Ummi Yuzi, Hakim dan Muaz (yang baru bergelar abang)

generasiDynamic.org turut ingin merakamkan ucapan tahniah dan syukur kepada akhi Safwan dan Yuzi a.k.a pohohijau atas kelahiran Aisyah Salwa (cahaya mata ketiga) mereka pada 14 April 2009 yang lalu. Juga tahniah atas ulang tahun perkahwinan mereka yang keempat. Alhamdulillah. Semoga perjalanan kehidupan kalian berdua saling lengkap melengkapi. Kami sahabat-sahabat di generasiDynamic mendoakan kesejahteraan dan keselamatan kamu sekeluarga. Moga rezeki bertambah murah di masa mendatang, insyaAllah.

Terima Kasih & Tahniah Zaleha

Bergambar bersama sebelum pulang.

Terima kasih atas jemputan atas majlis makan-makan kesyukuran sempena perkahwinan beliau (untuk rakan-rakan di KL) pada 18 April 2009 yang lalu. Beliau sekarang tinggal di Taman Datuk Harun, Jalan Klang Lama, Petaling Jaya. Semoga Zaleha dan pasangannya bahagia ke anak cucu. Teruslah za, berbakti pada agama. Saya mengenali beliau sebagai insan yang sangat aktif dalam aktiviti persatuan dan badan bukan kerajaan. Semoga selepas menemui idaman hati ini beliau terus menyumbang kepada masyarakat.

Beliau juga sekarang sedang menyiapkan proposal kajian untuk penyelidikannya dalam bidang Doktor Falsafah di UM.

Saya juga diberitahu sahabat kita Akhi Sahudin dan isteri juga turut hadir. Tetapi kami tidak sempat bertembung hidung. InsyaAllah kesempatan akhir Mei ini kita berjumpa!

Kita menunggu undangan dari Syuwahyudi dan Zalina pula cuti sekolah ini. Siapkan bajet sahabat-sahabat!

p/s - Zaleha adalah Timbalan Setiausaha Agung generasiDynamic, 2006-2009.

Isnin, 20 April 2009

Titah Tunggu Bersambut

Dari titah (Raja Muda) dan titah (Sultan Perak) yang ditonton menerusi saluran 501, 502 langsung dari Istana Iskandariah, Kuala Kangsar, Ahad kelmarin sepatutnya menjadi panduan kepada golongan pemerintah. Sebelum rakyat yang menilai kepimpinan tersebut dengan hukuman demi hukuman yang 'rasmi' baiknya titah tersebut disambut dengan serius dan disiplin.

Politiking Yang Semakin Membunuh
Politik sepatutnya mentadbir dengan aman, progresif dan telus. Setiap pemimpin yang dipilih patut diberi ruang untuk memimpin. Hari ini sebagai rakyat biasa, kita tidak perlu ada PhD dalam politik untuk menilai politiking yang berlaku. Demi politik banyak yang terkorban. Pendidikan, kebajikan, kebebasan dan keselamatan.

Leka berpolitik, leka pemilihan, leka bertekak menyebabkan kebajikan rakyat terabai. Kita menyesali sekali lagi PRK yang tidak perlu seperti di Penanti itu. Namun kita juga menyesali pembaziran pentadbiran yang lemah di sana sini. Lif rosak di flat, kewarnegaraan, jenayah, bekalan bahan makan, baja dan racun petani, jalan-jalan rosak dan banyak lagi perlu ditangani.

Tolong buka mata. Rakyat marhain ini perlu ditatang. Kalau takpun sebagai minyak yang penuh, cukup sebagai air segayung. Kamu terlalu menatang pemimpin sanjungan, menatang kroni, tak kurang juga menatang publisiti dan hebahan media. Buat sahaja tugas kamu. Allah menilaimu.

Samada kamu Barisan, Pakatan atau apa sahaja. Pemimpin yang baik bermula dengan pengikut yang setia. Daulat Tuanku!

Rabu, 15 April 2009

Belum Lagi...

Doaku Tidak Makbul?...
Ramai yang mengeluh kesah kerana sangkanya Allah tidak mahu mendengar doa-doanya. Biasanya doa yang kita sampaikan sifatnya positif (sebab itu dinamakan doa). Contoh : "Ya Allah, murahkanlah rezeki ku agar dapat ku bantu orang tua ku yang susah itu." Contoh lain : "Ya Allah, berikan kami umur yang panjang agar kami dapat beramal dan berbakti kepada yang memerlukan." Idealnya doa.

Kasih Sayang Allah
Rupanya itu hanyalah sangkaan fikiran kita sahaja. Kita tidak tahu betulkah dengan rezeki yang murah betul kita gunakan untuk bantu orang tua kita, begitu juga doa mengenai umur tadi. Allah mungkin ada pandangan berbeza. Ini kerana Allah tuhan yang maha penyayang. Mungkin kerana itu, Allah tangguhkan dulu pemberiannya kerana mahu kita lebih bersedia. Lebih bertanggungjawab. Lebih pengalaman.

Selalu ustaz meminta kita bersangka baik. Jadi kali ini, apa kata kita mulakan bersangka baik dengan tuhan! Percayalah Allah akan terima doa kita, apabila kita patut menerimanya!

Sebuah hadis qudsi yang banyak diulang-ulang oleh para asatizah dalam kuliah-kuliah "Aku adalah sebagaimana sangkaan hamba ku". Bukankah ini iman? Percaya kepada sifat Allah. Percaya kepada asma' Allah. Percayalah sahabatku dan teruslah berdoa!

Tuhan lebih tahu tentang diri mu!

Jumaat, 10 April 2009

Perkembangan Mutakhir gD

Sambil tuan Bendahari Agung menyelesaikan beberapa tugasan untuk menyempurnakan polisi tabungan yang bakal diumumkan, sang Presiden pula sedang menyelesaikan beberapa prosedur pendaftaran gD sebagai pertubuhan belia. Ia akan mengambil beberapa ketika. Tuan Setiausaha Agung pula sudah berhijrah ke Melaka dengan senyap-senyapnya, moga selamat semuanya akhi Shahrul dan keluarga.

Tahniah kepada pengantin-pengantin baru, Timb. Setiausaha Agung Mek Za dan akhi Safuan. Moga talian hayat yang kalian hubungkan menjadi ikatan fikrah dan mawaddah.

Terima kasih atas komen-komen, emel-emel dari sahabat-sahabat yang dahagakan perkembangan gD. Ternyata gD bernafas dengan ikatan ukhuwwah bagi saling memperbaiki.

Suara Hati

"Dan sungguh, Kami menciptakan manusia dan mengetahui apa yang dibisikkan oleh hatinya.." - Qaf:16.

Berbezanya suara lisan dan hati menyebabkan kecelaruan doa. Dalam masa lisan meminta illahi kesejahteraan diri dan keluarga, hati saling membenci, mencurigai malah mencela kalau ada. Bagaimana Allah mahu mengkabuli permintaan yang bercelaru.

Ramai berdoa mahukan pelepasan dari hutang, kemurahan rezeki, kekayaan harta untuk dikongsi, tetapi di hati tak percaya kemampuan diri, bersangka rezeki bergolek datang, buruk sangka dengan orang berjaya dan tidak mahu menerima kelemahan diri.

Maka doa tidak lagi menjadi utusan hati, tetapi menjadi keluhan dan sia-sia. Nasiblah masih berdoa, berbanding yang dah la tak berdoa, tak bersolat, tak berzakat tapi berlagak tiada kiamat. Kehidupan adalah sekolah yang paling hebat. Kegagalan adalah guru paling setia. Kejayaan adalah tonik lelah dan derita.

Kita menyeru diri sendiri dan masyarakat, meningkatkan dan menyelaraskan suara lisan dan suara hati. gD kembali dengan aman. Mohon tuhan berkati perjuangan.