Jumaat, 21 Ogos 2009

Salam Ramadhan al-Mubarak


Di mana sahaja kamu berada, generasiDynamic.org ingin mengucapkan Salam Ramadhan al-Mubarak. Tahniah kerana diberi kepanjangan umur dan kesihatan untuk mendapat nikmat ramadhan yang ramai tidak sempat mendapatnya.

Saf kepimpinan gD.org yang diketuai oleh Mohd Hafiszi Othman dan sahabat-sahabat MT terdiri daripada Masrina Mohammad, Shahrul Efendi, Siti Zaleha, Mohd Hafeez dan Rabiatul Adawiyah juga mengambil kesempatan ini untuk memohon jutaan kemaafan atas segala kesalahan dan kekhilafan kami.

Moga ramadhan ini jauh lebih, lebih, lebih, lebih baik dari ramadhan yang sebelumnya! Ya Allah, kami memohon pada Mu keredhaan dan jannah, dan jauhkanlah kami dari kemurkaan dan neraka Mu.

Moga bala H1N1 ini juga tamat dengan doa dan syukur kita. Moga semangat badar juga memberi kekuatan kepada jentera di Permatang Pasir. Allahuakbar!!

Ijtimak UKP Sabah

Dengan ini dengan takzimnya menjemput tuan-puan sahabat-sahabat gD yang berkenaan untuk hadir ke ijtimak berkenaan. Ia akan dihadiri oleh YB Ust Muhammad Husin (Ahli Parlimen Pasir Puteh) dan YB Ust Nasir Zakaria (Ahli Parlimen Padang Terap) (kedua-dua YB adalah antara alumni UKP).

Diadakan pada 29 Ogos 2009 (sabtu) ini. Bertempat di Surau Taman Austral, Kepayan, Kota Kinabalu, Sabah. Mulai jam 4pm hingga 9pm (termasuk berbuka puasa, solat berjemaah, terawih, tazkirah dll). Untuk panduan lokasi boleh hubungi Ust Murtadho 0192683648.

Boleh sahkan kehadiran sahabat kepada Cikgu Azrul Nizam 0195369890. Untuk pengetahuan sahabat gD program ini digerakkan dan dijayakan oleh sahabat-sahabat gD di sana antaranya Ust Mahisan Aswadi, Ust Zulhilmi, Cikgu Azrul dan dibantu oleh alumni UKP yang lain.

Tahniah dari gD.org! Baik melangkah dari mengalah! Islam itu tinggi! Terima kasih buat Ust Zulhilmi atas maklumat ini.

Ahad, 16 Ogos 2009

gD.org2u III - Melakar Senyuman!!

Melakar Senyuman!!

Kehadiran :
1. Hafiszi
2. Firdaus Azizan
3. Shahrom
4. Alias
5. Sahudin
6. Hisommudin & Fakhriyyah
7. Azlina
8. Cikgu Siti Zaleha
9. Rabiatul Adawiyah
10. Wan Siti Fatimah
11. Hasni Hastuti
12. Aliza & Ust Syahmun
13. Syadzril (non gD)
14. Suhana (non gD)
15. Syamsidar (non gD)
16. Murni (non gD)


Sang presiden sedang memberikan kuliah pagi. Kali pertama berhadapan dengan anak-anak orang asli. Kekok juga. Hakimi juga nak belajar untuk mengajar.

Kak Suhana bersama ahli kumpulannya. "Saya nak berkawan dengan orang kak di sekolah, tapi diorang tak nak berkawan dengan saya. Sebab tu saya tak suka sekolah!" luah salah seorang pelajar tingkatan 5 dalam kumpulannya.

Ibu Azlina bersama kumpulannya. Adik berbaju hijau itu menyorokkan samosa goreng dalam bajunya untuk diberikan kepada adiknya. Mula-mula dia tidak mengaku. Ibu Azlina mengakui kesabarannya banyak dicabar bersama-sama adik-adik itu.

Pasangan bakal Haji dan Hajjah. Asalnya group berasingan, tapi payah nak jaga anak akhirnya satu kumpulan juga. Terima kasih Firdaus dan WSF. Menghidupkan kehadiran anggota bina'!

Abang Syadzril tekun melayani adik-adik. Apalah agaknya yang dibincangkan tu. Syadzril telah sampai seawal jam 8am di meeting point pagi itu. Terima kasih Syadzril atas komitmen kamu!

Kak Syamsidar adalah 1st timer untuk aktiviti-aktiviti amal begini. Seronok dan nak join lagi katanya! Terima kasih Syam kerana bermotosikal pagi-pagi lagi dari Shah Alam!

Kak Murni juga 1st timer. Kebetulan dia bertanggungjawab kepada adik-adik yang paling kecil. Adik berbaju ungu itu kemudiannya meminta kebenaran Kak Murni untuk panjat pokok! Katanya nak amik sarang burung! ;)

Bina' Power! Walaupun singkat kesudian Kak Aliza dan Ust Syahmun amat kami hargai. Sementara ustazah sedang berkongsi ilmu, Ust Syahmun berjuang menjaga 2 heronya!

Selalunya temuramah artis dan model, kali ni berdepan dengan adik orang asli pulak! Nakal bukan main adik-adik kumpulan Kak Jen ni. Terima kasih Jen walaupun sebentar. Ada tahlil di rumah katanya.

Patutkah kita bersyukur mempunyai katil dan almari di rumah sewaktu kecil? Mereka tidak biasa menggunakannya. Jadi mereka tidak biasa mengemaskannya!!

Kuliah disambung lagi. Kali ni tentang syurga dan neraka. Adik-adik yang kecil-kecil ada yang tidur, malah ada yang duduk bawah meja! Pengalaman!

Makan time. Masa ni lah yang sesuai untuk bertukar-tukar cerita terkini. Karenah anak-anak tidak melunturkan semangat Sahudin dan Hasni untuk hadir setiap kali program gD. Walaupun hanya singgah, tapi kehadiran keluarga ini pastinya menceriakan suasana!

Abang Hisom sedang 'mendera' empat beradik itu. Best cerita ashabul kahfi yang diceritakan oleh abg chom. Baru tau som kekok tak kekok penangan adik-adik orang asli ni.

Alias dengan gaya penyampaian kelas A! Penuh dengan bahasa yang teratur dan silibus yang tepat! Memang boleh dapat gelaran abang mesra....

Abang Shahrom dengan 'port' baiknya. Dalam kumpulan abg chaom ni ada adik yang baru sangat masuk Islam. Dia ada bertanya, kenapa saya kena solat? Kenapa saya mesti Islam? Tak terkedu kita?

Majlis penutup di surau. Walaupun dekat tak berapa langkah, masa yang diambil untuk bermula sangat lama. Semua dapat hadiah masing-masing dari gD. Sebuah tabung untuk setiap seorang. Gunakan sebaiknya adik!

Masa untuk berpisah. Ada kesempatan kami pasti datang lagi! Selamat berjaya dunia akhirat adik-adik ku!

Syukran Jazilan buat Pengarah, 'Cikgu' Siti Zaleha atas segala usaha beliau menjayakan program bermakna ini! Semoga 'jodoh' amal cikgu bersama anak-anak ini berpanjangan. Syabas!!

Terima kasih sahabat! Hujung minggu kamu pasti berbeza! Menghargai perbezaan, mengecapi kebahagiaan, DUNIA dan AKHIRAT!

Sabtu, 15 Ogos 2009

gD.org2u III : Rumah ASDAF

Terlebih dahulu saya bagi pihak isteri saya Puan Nor Azlina nak ucapkan jutaan terima kasih atas ingatan takziah dan doa sahabat-sahabat atas pulangnya ke rahmatullah ayahanda beliau (Hj Mohamad Salleh B Selamat) pada Isnin 10/8 yang lalu. Moga rohnya tenang dan dicucuri rahman dan rahim Allah.

Update untuk program kita esok di Rumah ASDAF.

Kehadiran :
1. Zaleha
2. Hafiszi
3. Azlina
4. Shahrul
5. Rohana
6. Rabiatul Adawiyah
7. Alias
8. Wan Siti Fatimah
9. Firdaus Azizan
10. 6 orang sukarelawan bukan gD.org.

Meeting Point:
Masjid Ar-Rahman UM, 8.30am, 16/8, Ahad.

Pakaian:
T-Shirt gD

Program:
Ceramah, bengkel, tazkirah dan permainan

Mari beramal bersama. Jariah yang bakal berpanjangan hingga ke dunia sana. Jumpa di sana!!

Jumaat, 7 Ogos 2009

gD.org2uII : Melakar Senyuman

Program khidmat masyarakat ke-3 untuk tahun ini dengan bangganya mencari sukarelawan di kalangan ahli gD.org. Pengarah bagi program ini ialah Puan Zaleha (Timb. Setiausaha gD). Terima kasih buat beliau yang sejak awal memerah idea dan keringat menyusun aktiviti yang terbaik.

Seperti dinyatakan di atas, program ini akan bermula 9am sehingga 5pm, 16 Ogos 2009 (Ahad). Dijemput memberikan respon kehadiran atau tidak dan sumbangan kepada Puan Pengarah (sms/telefon beliau di 0133973381). Mari melakar harapan dan senyuman. Tangan yang menghulur LEBIH mulia!