Jumaat, 21 Ogos 2009

Ijtimak UKP Sabah

Dengan ini dengan takzimnya menjemput tuan-puan sahabat-sahabat gD yang berkenaan untuk hadir ke ijtimak berkenaan. Ia akan dihadiri oleh YB Ust Muhammad Husin (Ahli Parlimen Pasir Puteh) dan YB Ust Nasir Zakaria (Ahli Parlimen Padang Terap) (kedua-dua YB adalah antara alumni UKP).

Diadakan pada 29 Ogos 2009 (sabtu) ini. Bertempat di Surau Taman Austral, Kepayan, Kota Kinabalu, Sabah. Mulai jam 4pm hingga 9pm (termasuk berbuka puasa, solat berjemaah, terawih, tazkirah dll). Untuk panduan lokasi boleh hubungi Ust Murtadho 0192683648.

Boleh sahkan kehadiran sahabat kepada Cikgu Azrul Nizam 0195369890. Untuk pengetahuan sahabat gD program ini digerakkan dan dijayakan oleh sahabat-sahabat gD di sana antaranya Ust Mahisan Aswadi, Ust Zulhilmi, Cikgu Azrul dan dibantu oleh alumni UKP yang lain.

Tahniah dari gD.org! Baik melangkah dari mengalah! Islam itu tinggi! Terima kasih buat Ust Zulhilmi atas maklumat ini.

Tiada ulasan: