Selasa, 1 Jun 2010

Misi Kemanusiaan LL4G di dalam "Mavi Marmara"

KOTA BHARU, 1 Jun: Nasib 12 rakyat negara ini yang berada di atas kapal Mavi Marmara yang diserang tentera rejim haram zionis Israel awal pagi semalam masih belum diketahui.

Laman web LL4G melaporkan, berikut adalah nama-nama rakyat Malaysia yang menyertai Misi Talian Hayat Untuk Gaza (LL4G) yang berada di atas kapal penumpang “Mavi Marmara” milik IHH, Turki ketika diserang oleh komando laut Israel di perairan antarabangsa itu.

  1. Tn Hj Noorazman bin Mohd Samsuddin, HALUANPalestin
  2. Dr Mohd Arbai’e bin Syawal, HALUANPalestin
  3. Dr Syed Muhammad Haleem bin Syed Hasan al-Haddad, HALUANPalestin
  4. Ust Al-Hami Husain bin Suhaimi, HALUANPalestin
  5. Mohd Nizam bin Mohd Awang, HALUANPalestin
  6. Ust Hasanuddin bin Mohd Yunus, Aqsa Syarif
  7. Tn Hj Jamuliddin bin Elias, Yayasan Amal
  8. Dr Selamat bin Aliman, Jemaah Islah Malaysia (JIM)
  9. Abdul Halim bin Mohd Redzuan, Muslim Care
  10. Mustafa bin Mansur, MAPIM
  11. Ashwat bin Ismail, Wartawan ASTRO
  12. Shamsul Kamal Latif, Juru kamera ASTRO
sumber : www.harakahdaily.net / 1 Jun 2010

Petikan maklumat di atas diambil daripada harakahdaily. Salah seorang daripada aktivis yang telah dipilih Allah, iaitu Ir Dr Selamat Bin Aliman adalah ayah tiri kepada saudara kita Ustaz Firdaus Azizan. Sama-samalah kita mendoakan keselamatan beliau dan seluruh delegasi Misi Kemanusiaan LL4G diberikan perlindungan dan kekuatan oleh Allah.


1 ulasan:

firdaus azizan berkata...

Terima kasih tolong maklumkan.Pohon doa sahabat2 sekalian.Syukran