Khamis, 17 Jun 2010

Bingkisan Dari Kelantan

Mohon maaf di atas kelewatan mengemaskini blog gD yang semakin nampaknya bersawang. Banyak betul ujianNya. Sepertimana kata Ustaz Pahrol Mohd Juoi, apabila ujian datang, usahlah diminta agar dikecilkan ujian itu, mintalah kepada Allah agar dibesarkan iman agar mampu mendepani ujian tersebut.


12 Jun 2010 di Lot 1423, Kg. Masjid Baung Bayam, Off Jln Dato' Lundang, Kota Bharu, Kelantan. (rumah ukhti Hanifah Sazali).


Terima kasih wahai sahabat:

1. Ustaz Fazli, Ustazah Hanifah dan Hannan Aqilah
2. Ustaz Samawi dan Pn. Syifa' serta anak-anak
3. Ustaz Mahisan dan Ustazah Khairul Bariyah serta hero-hero mujahid!!
4. Sdr Hamka dan Cikgu Zalina Mamat serta Ridwana
5. Pn. Nik Naimah Mahmood dan anak-anak
6. Ustaz Shahrul Zaman, Pn Siti Norbayah serta Shifa' & Shafi
7. Ustazah Zam Zariah Omar dan suami serta puteri kembar mereka
8. Sdr Safwan, Yuzi dan anak-anak

Terima kasih juga buat sahabat yang turut memberikan respon tidak dapat menghadirkan diri. Semoga ada rezeki kita di lain kali.




Sambutan dan persiapan dari tuan rumah yang sangat mengalu-alukan dan berbesar hati...dengan cupcake gD!! Terima kasih Ustaz Fazli dan Ustazah Hani.


Ucapan aluan daripada Presiden, Sdr Safwan Makki

Peluang yang ada digunakan sebaiknya! Masa itu emas!

Mengubati kerinduan yang sekian lama bertamu.

Ibu-ibu gD yang hebat!! Tangan-tangan inilah yang bakal menggegarkan dunia, melahirkan ummah yang hebat, membentuk keluarga sakinah!!


Terima kasih wahai ibu!!!


Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan ke hadrat Allah di atas kurniaanNya yang tidak terhingga. Memberikan keizinan untuk bersua dan bersalaman dengan sahabat-sahabat gD ketika di Majlis Jalinan Ukhuwwah gD I Zon Pantai Timur. Walaupun masih lagi kedapatan ruang kosong rumah ibu bapa Hanifah Sazali yang boleh dipenuhi lagi dengan kehadiran sahabat-sahabat, namun bagi kami yang hadir, cukup bersyukur. Campur yang diimport dan dieksport, inilah sahabat-sahabat kita!!!!



Mungkin kita boleh buat program Jalinan Ukhuwwah gD II untuk di zon-zon lain yang telah dikenalpasti mempunyai pola penempatan ahli gD yang agak cantik dan bersifat setempat. InsyaAllah. Mohon cadangan dari sahabat!


Tiada ulasan: