Memang memalukan. Tak payah nak nafi. Seharian saya berfikir. Alangkah malunya!! Malu tak terkata.
Saya antara berjuta manusia di luar sana yang melanggan RSS agensi-agensi berita dunia. Antara RSS pertama singgahan saya setiap hari ialah RSS agensi berita BBC. Terpacul tajuk 'Malaysia women can leave Islam' (klik sini). Merah muka saya yang memang tak cerah ini. RSS al-Jazeera 'Malaysia court allows apostasy' (klik sini). Sedih sekejap, malunya berpanjangan. Walaupun saya sudah maklum berita yang sama sejak semalam (8/5) lagi di utusan versi talian, tapi perasaan itu sangat berbeza.
Apalah sangat tajuk tu? Betul juga, apa yang nak dimalukan sangat!
Peduli apa, saya malu! Dah jadi adat orang membaca surat khabar, kadang-kadang baca tajuk sahaja. Generalisasi perkataan 'Malaysia women' itu menakutkan saya! Ibu, adik, isteri, anak saya juga adalah 'women'!!
Berita ini dibaca di seluruh dunia!!
Biarkan, biarkan mereka tahu. Ini negara Islam TERmaju! Ini negara Islam yang ada seorang menteri yang menjaga hal ehwal Islam (dibayar gajinya oleh rakyat). Ini negara yang mempunyai sistem zakat paling efisyen di dunia. Ini negara Islam yang paling baik sistem pendidikannya. Ini negara Islam yang menterinya majoriti beragama Islam!! Malunya aku!!
Mari kita bertindak! Jangan terlewat lagi!
P/s - Biar malu dari buat tidak tahu!

2 ulasan:
Memang memalukan, kerana inilah kes pertama deklarasi keluar Islam dibenarkan oleh Mahkamah Tinggi Syariah di Malaysia. Saya berpendapat Mahkamah Tinggi Syariah Pulau Pinang membuat keputusan tersebut adalah "ultra vires" kerana Mahkamah Tinggi Syariah hanya berbidangkuasa mengisytiharkan sahnya atau tidak bahawa seorang itu beragama Islam bukan sebaliknya.(Merujuk peruntukan Enakmen Pentadbiran Agama Islam Terengganu 2001).
Keputusan ini tidak sewajarnya dibenarkan kerana ia "binding" kepada kes-kes seumpanya selepas ini. Amat membahayakan dan amat mencabar kedaulatan Undang-Undang Islam di Malaysia.
Tambahan pula tiada peruntukan samaada Akta, Enakmen atau Ordinan di Malaysia bahawa Murtad adalah satu Jenayah. Senang kata sesiapa sahaja boleh murtad jika Mahkamah benarkan tanpa ada sebarang tindakan undang-undang dikenakan ke atas mereka. Dengan kata lain Penguatkuasa Agama dan Pendakwa Syarie tidak ada bidangkuasa mendakwa mereka di Mahkamah.
Saya cadangkan satu memorendum dibuat dan diserahkan kepada Ahli Parlimen PAS agar membawa perkara ini ke Dewan Rakyat. TQ. "IGNORANCE OF LAW IS NO EXCUTE"
Artikel menarik mengenai kebobrokan dan kunonya 'perjuangan Islam & melayu' parti yang menguasai parlimen.
Hanya selepas 62 tahun????
Islam hadhari, mmg apa2 pun boleh...
Catat Ulasan