Oleh : Sahabat gD Zulhilmi Haron (Tq zool)
Arakian kalinya kita masih dapat menjengah ke tirai Syawal dan sudah menjadi satu kemestian kita disibukkan membuat persiapan untuk memeriahkan lagi sambutan Hari Raya masing-masing. Bagi sahabat-sahabat yang bergelar suami, buntu untuk menentukan giliran balik kampung serta persediaan sepanjang perjalanan balik kampung.
Kemenangan itu berupa kejayaan melawan hawa nafsu setelah ’coach’nya telah di’ISA’
Disamping kesibukan tersebut, ada yang masih memikirkan hal keduniaan semata-mata tanpa melihat persiapan akhirat untuk mengadapNya, Tuhan yang Maha Esa. Dengan silibus yang telah disusun olehNya sepanjang pakej kursus dalam Universiti Ramadhan untuk melahirkan graduan bertaqwa. Timbul persoalan, ”Berapa ramaikah umat Islam yang mampu menamatkan pakej kursus Universiti Ramadhan sehingga mencapai anugerah ’graduan bertaqwa’?” (rujuk Surah Al-Baqarah : 183)
Adakah kita salah seorang daripadanya?Marilah sama-sama kita mengadakan post mortem diri masing-masing dimana letaknya diri kita ini kalau bukan sebagai salah seorang ’graduan bertaqwa’ sebelum menjengah akhir Ramadhan ini. Sekiranya tidak, masih ada waktu untuk kita tebus diri untuk kita menggondol segulung ijazah dan bergelar ’graduan bertaqwa’. Sekiranya kita membiarkan ia berlalu begitu sahaja, kita tidak ubah seperti seekor kaldai yang kelaparan berpuasa sepanjang bulan bersama kaldai-kaldai yang lain.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan