Jumaat, 19 Jun 2009

Risau

Sebagai salah satu parcel dari jemaah Islam di Malaysia, generasiDynamic tidak dapat menyimpan rasa risau ini seperti mana ramai pendokong dan pejuang Islam yang lain di negara tercinta ini. Ternyata penangguk di air yang keruh bersedia 24 jam sehari untuk memerangkap kelalaian dan kelekaan ini.

Dari sebuah jemaah yang kecil, hari ini PAS sudah menjadi wadah orang muda, saudara bukan Islam dan para penentangnya satu masa dahulu.

Kita mahu Islam memimpin, tetapi gD lebih mahu penjelasan yang baik untuk menjelaskan kekeliruan ini. Terlalu ramai bercakap tetapi tiada yang mahu mendengar. Ini suatu ujian dariNya di saat PAS memimpin 2 negeri (yang tidak pernah disangka sebelum ini).

gD.org berdoa agar kekalutan ini kemudiannya akan membawa sinar paling indah bagi cahaya dakwah Islamiyyah di tanah air tercinta ini. gD.org komited pada agenda dakwah dalam setiap aktiviti kami tanpa kompromi!

Tiada ulasan: