Khamis, 28 Ogos 2008

Episod P.44

Tun M malam tadi dalam Buletin Utama berkata "Bukan PKR atau Pakatan menang tapi BN yang kalah". Senyum besar saya. Yang kalah besar bukan BN tapi UMNO!! Buktinya. Mana perginya 2273 undi yang sebelum ini mengundi BN pada episod Mac 08.

Saya tidak nampak 2273 itu adalah pengundi cina/india. Kenapa? Sebab mereka memang tolak politik BN sejak episod Mac 08. Semua calon Gerakan, MCA, MIC dicampak ke longkang dengan hormat dalam episod yang lepas. Jadi munasabahlah 2273 tu pengundi melayu, yang asalnya mengundi calon yang sama sehingga berjaya ke Dewan Negeri PP. Ternyata slogan 'untuk berkhidmat', kebolehan berbahasa cina tidak dapat menarik orang melayu untuk terus memangkah beliau.

UMNO tidak lagi relevan kah?
Politik vernakular tidak lagi relevan kah?
Atau Najib tidak berusaha kah?

Secara jujur, saya termakan kata-kata Tun M beberapa hari sebelum hari pemilihan berlangsung "Anwar akan menang, tapi majoritinya berkurang". Saya betul-betul termakan. Sebab itu saya nak angkat dua tangan saya tabik spring pada sahabat dan saudara saya di P.44 kerana langsung tidak hirau kempen hiruk pikuk BN dan UMNO.

Biarlah apa orang kata, undi simpati ke, UMNO lemah ke, apa ke.

Ruang untuk dakwah terbuka luas selepas Episod P.44.

Tahniah Pak Anwar!! Tahniah rakyat!!

Renungan dari surah ali-imran 3:123 membuatkan kita berfikir. "Sesungguhnya Allah telah menolong kamu dalam Perang Badar sedangkan ketika itu kamu adalah orang-orang yang lemah. Kerana itu bertakwalah supaya kamu bersyukur."

Tiada ulasan: