Topik ini menghangatkan minda saya sejak semalam. Klik sini untuk berita di Utusan. Saya setuju sejarah itu penting. Saya terpanggil bukan kerana saya guru sejarah, atau pembuat buku teks sejarah, atau ahli sejarah. Tetapi saya terpanggil oleh kerana kekecewaan saya rupanya berterusan. Apa yang saya harap dan doakan belum lagi dimakbulkan. Saya rasa bukan saya sahaja.
Apapun ruangan masa yang terhad untuk menghuraikan segalanya dengan teliti.
Dalam kertas projek yang saya sempurnakan semasa tahun akhir pengajian di UM dahulu, saya telah menemui kekecewaan itu. Perkara ini bukanlah baru.
Faktanya, sehingga kini subjek Pengajian Agama Islam masih gagal dimasukkan sebagai salah satu matapelajaran peperiksaan UPSR. Sibuk mahu generasi muda memahami sejarah, terlupa generasi muda juga perlu agama. Semasa kajian saya terdahulu, berbagai alasan diberikan untuk merealisasikannya. Tetapi semalam oleh kerana cadangan itu diberikan oleh YAB PM, terus dipersetujui secara lisan oleh YB Menteri Pelajaran untuk diperhalusi. Ahh, kecewanya saya.
Gagalnya lapisan tertentu memahami fiqh aulawiyat (feqah keutamaan) menyebabkan barah yang besar. Saya seru rakan-rakan di jawatan-jawatan tinggi kerajaan, mahasiswa, NGO dan pejuang-pejuang terus memberi tekanan, memberi saranan, memberi justifikasi kepada yang berwajib. Kita tidak berpolitik dalam pendidikan. Saya yakin.
Generasi muda perlu 'disuntik' vaksin yang ampuh. Ajarlah apa jua, JANGAN tinggalkan dua perkara AL-QURAN dan AS-SUNNAH, nescaya semuanya selamat. Itu jelas.

Faktanya sehingga kini subjek Pengajian Agama Islam masih gagal dimasukkan sebagai salah satu matapelajaran peperiksaan UPSR.Saya tak salahkan sesiapa jika hari ini ibu bapa panggil ustaz/ustazah ke rumah untuk ajar mengaji. Saya tak salahkan sesiapa jika hari ini ibu bapa sibuk mencari summer camp ibadah setiap kali datang cuti sekolah. Saya tak salahkan sesiapa jika anak-anak hari ini lebih hafal lagu-lagu popular dari hafal surah-surah lazim. Saya tak salahkan rancangan Tom Tom Bak yang popular itu.
Gagalnya lapisan tertentu memahami fiqh aulawiyat (feqah keutamaan) menyebabkan barah yang besar. Saya seru rakan-rakan di jawatan-jawatan tinggi kerajaan, mahasiswa, NGO dan pejuang-pejuang terus memberi tekanan, memberi saranan, memberi justifikasi kepada yang berwajib. Kita tidak berpolitik dalam pendidikan. Saya yakin.
Generasi muda perlu 'disuntik' vaksin yang ampuh. Ajarlah apa jua, JANGAN tinggalkan dua perkara AL-QURAN dan AS-SUNNAH, nescaya semuanya selamat. Itu jelas.
JANGAN tinggalkan dua perkara AL-QURAN dan AS-SUNNAH, nescaya semuanya selamat.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan