Isnin, 11 Mei 2009

Kita Sambut Syukur Ini

Sabar itu mulia! Allah bersama kesabaran.

Kita mengucapkan jutaan kesyukuran ke hadrat Allah. Kebenaran yang ditunggu akhirnya tiba juga. gD.org menyahut pesanan ayahanda TGNA :
"Setelah kita menang di Perak kini Perak telah bertukar menjadi Emas buat Pakatan Rakyat, Kejahatan telah terbukti dan kebenaran telah menjelma. Saya menasihati agar yang beragama Islam untuk puasa sunat esok hari serta sembhyang Sunat Syukur 2 rakaat. Jangan terlalu gopoh dengan kemenangan ini". - Klik untuk sumber
Selamat berkerajaan yang lebih adil rakyat Perak. Raja terus didaulatkan. Singkirkan sang luncai itu. Jika ada pilihanraya baru, bangkitlah rakyat semua. Bangkitkan Suara Baru Rakyat Malaysia!! Kita bakal bersedia apa sahaja yang akan berlaku seterusnya.

Tiada ulasan: