Sahabat kita Ust Fadzli telah dimasukkan sekali lagi ke bilik bedah buat kali kedua dalam tempoh 3 bulan. Mari kita doakan bersama kesihatan beliau sekeluarga. Untuk Ustzh Hanifah moga terus tabah dan kuat. Allah uji tanda sayang. Klik sini untuk sumber. gD mendoakan saadah wal barakah buat kamu sekeluarga.
Khamis, 1 Oktober 2009
Ahad, 27 September 2009
Berita Gembira : Ust Mahisan Dapat Cahaya Mata Ke-3
Di sebalik berita sedih liz, kita mendapat berita gembira dari Ust Mahisan Aswadi Ahamed yang baru sahaja sebentar tadi mengirimkan sms menyatakan isteri beliau telah selamat melahirkan cahaya mata mereka yang ke-3. Beliau yang sibuk menjaga dua orang lagi anak-anaknya memohon maaf sekiranya tidak dapat membalas mesej-mesej yang dikirimkan. Alhamdulillah baby boy yang baru lahir sihat dilahirkan dan seberat 3.15kg, selamat melihat cahaya pada jam 7pm semalam. Isteri beliau juga dalam keadaan sihat dan selamat.
Sekian dimaklumkan.
Sekian dimaklumkan.
Sabtu, 26 September 2009
Berita Sedih : Zulizaliana Sakit Tenat
Kita mendapat perkhabaran yang amat sedih tatkala kegembiraan menyambut syawal kali ini. Sahabat kita Zulizaliana Md Zain (I27) telah dimasukkan ke Wad Mahsuri, Bilik ISO 2, Hospital Besar Raja Perempuan Zainab 2, Kota Bharu, Kelantan sejak beberapa hari lalu.
Beliau disahkan menghidap TB. Beliau kehilangan terlalu banyak darah. Dalam masa yang sama beliau juga difahamkan telah menjadi mangsa amalan sihir.
Suami beliau memerlukan sokongan doa dari sahabat-sahabat semua. Bagi sesiapa yang masih berada di negeri Kelantan bolehlah juga melawat beliau di wad yang dinyatakan di atas. Rujuk nombor telefon suami beliau, En. Zainuri dalam emel di gD@YG.
Titipkan doa keselamatan buat beliau sebagai tanggungjawab bersahabat.

Sekian dimaklumkan. Syukran.
UPDATE:
Kondisi Liz semakin tenat. Beliau mula demam dan mula menggunakan alat bantuan pernafasan. Semalam sahaja 12 beg darah telah dimasukkan ke dalam badan beliau. Hari sebelumnya 8 beg darah telah dimasukkan. Semalam satu majlis solat sunat hajat dan bacaan yassin telah diadakan di surau kariah beliau (Meru, Klang) bagi mendoakan kesihatan beliau. Semoga doa sahabat-sahabat memberikan kekuatan buat beliau sekeluarga.

Jumaat, 21 Ogos 2009
Salam Ramadhan al-Mubarak
Di mana sahaja kamu berada, generasiDynamic.org ingin mengucapkan Salam Ramadhan al-Mubarak. Tahniah kerana diberi kepanjangan umur dan kesihatan untuk mendapat nikmat ramadhan yang ramai tidak sempat mendapatnya.
Saf kepimpinan gD.org yang diketuai oleh Mohd Hafiszi Othman dan sahabat-sahabat MT terdiri daripada Masrina Mohammad, Shahrul Efendi, Siti Zaleha, Mohd Hafeez dan Rabiatul Adawiyah juga mengambil kesempatan ini untuk memohon jutaan kemaafan atas segala kesalahan dan kekhilafan kami.
Moga ramadhan ini jauh lebih, lebih, lebih, lebih baik dari ramadhan yang sebelumnya! Ya Allah, kami memohon pada Mu keredhaan dan jannah, dan jauhkanlah kami dari kemurkaan dan neraka Mu.
Moga bala H1N1 ini juga tamat dengan doa dan syukur kita. Moga semangat badar juga memberi kekuatan kepada jentera di Permatang Pasir. Allahuakbar!!
Ijtimak UKP Sabah
Dengan ini dengan takzimnya menjemput tuan-puan sahabat-sahabat gD yang berkenaan untuk hadir ke ijtimak berkenaan. Ia akan dihadiri oleh YB Ust Muhammad Husin (Ahli Parlimen Pasir Puteh) dan YB Ust Nasir Zakaria (Ahli Parlimen Padang Terap) (kedua-dua YB adalah antara alumni UKP).
Diadakan pada 29 Ogos 2009 (sabtu) ini. Bertempat di Surau Taman Austral, Kepayan, Kota Kinabalu, Sabah. Mulai jam 4pm hingga 9pm (termasuk berbuka puasa, solat berjemaah, terawih, tazkirah dll). Untuk panduan lokasi boleh hubungi Ust Murtadho 0192683648.
Boleh sahkan kehadiran sahabat kepada Cikgu Azrul Nizam 0195369890. Untuk pengetahuan sahabat gD program ini digerakkan dan dijayakan oleh sahabat-sahabat gD di sana antaranya Ust Mahisan Aswadi, Ust Zulhilmi, Cikgu Azrul dan dibantu oleh alumni UKP yang lain.
Tahniah dari gD.org! Baik melangkah dari mengalah! Islam itu tinggi! Terima kasih buat Ust Zulhilmi atas maklumat ini.

Ahad, 16 Ogos 2009
gD.org2u III - Melakar Senyuman!!

Melakar Senyuman!!
Kehadiran :
1. Hafiszi
2. Firdaus Azizan
3. Shahrom
4. Alias
5. Sahudin
6. Hisommudin & Fakhriyyah
7. Azlina
8. Cikgu Siti Zaleha
9. Rabiatul Adawiyah
10. Wan Siti Fatimah
11. Hasni Hastuti
12. Aliza & Ust Syahmun
13. Syadzril (non gD)
14. Suhana (non gD)
15. Syamsidar (non gD)
16. Murni (non gD)
Sang presiden sedang memberikan kuliah pagi. Kali pertama berhadapan dengan anak-anak orang asli. Kekok juga. Hakimi juga nak belajar untuk mengajar.
Kak Suhana bersama ahli kumpulannya. "Saya nak berkawan dengan orang kak di sekolah, tapi diorang tak nak berkawan dengan saya. Sebab tu saya tak suka sekolah!" luah salah seorang pelajar tingkatan 5 dalam kumpulannya.
Ibu Azlina bersama kumpulannya. Adik berbaju hijau itu menyorokkan samosa goreng dalam bajunya untuk diberikan kepada adiknya. Mula-mula dia tidak mengaku. Ibu Azlina mengakui kesabarannya banyak dicabar bersama-sama adik-adik itu.
Pasangan bakal Haji dan Hajjah. Asalnya group berasingan, tapi payah nak jaga anak akhirnya satu kumpulan juga. Terima kasih Firdaus dan WSF. Menghidupkan kehadiran anggota bina'!
Abang Syadzril tekun melayani adik-adik. Apalah agaknya yang dibincangkan tu. Syadzril telah sampai seawal jam 8am di meeting point pagi itu. Terima kasih Syadzril atas komitmen kamu!
Kak Syamsidar adalah 1st timer untuk aktiviti-aktiviti amal begini. Seronok dan nak join lagi katanya! Terima kasih Syam kerana bermotosikal pagi-pagi lagi dari Shah Alam!
Kak Murni juga 1st timer. Kebetulan dia bertanggungjawab kepada adik-adik yang paling kecil. Adik berbaju ungu itu kemudiannya meminta kebenaran Kak Murni untuk panjat pokok! Katanya nak amik sarang burung! ;)
Bina' Power! Walaupun singkat kesudian Kak Aliza dan Ust Syahmun amat kami hargai. Sementara ustazah sedang berkongsi ilmu, Ust Syahmun berjuang menjaga 2 heronya!
Selalunya temuramah artis dan model, kali ni berdepan dengan adik orang asli pulak! Nakal bukan main adik-adik kumpulan Kak Jen ni. Terima kasih Jen walaupun sebentar. Ada tahlil di rumah katanya.
Patutkah kita bersyukur mempunyai katil dan almari di rumah sewaktu kecil? Mereka tidak biasa menggunakannya. Jadi mereka tidak biasa mengemaskannya!!
Kuliah disambung lagi. Kali ni tentang syurga dan neraka. Adik-adik yang kecil-kecil ada yang tidur, malah ada yang duduk bawah meja! Pengalaman!
Makan time. Masa ni lah yang sesuai untuk bertukar-tukar cerita terkini. Karenah anak-anak tidak melunturkan semangat Sahudin dan Hasni untuk hadir setiap kali program gD. Walaupun hanya singgah, tapi kehadiran keluarga ini pastinya menceriakan suasana!
Abang Hisom sedang 'mendera' empat beradik itu. Best cerita ashabul kahfi yang diceritakan oleh abg chom. Baru tau som kekok tak kekok penangan adik-adik orang asli ni.
Alias dengan gaya penyampaian kelas A! Penuh dengan bahasa yang teratur dan silibus yang tepat! Memang boleh dapat gelaran abang mesra....
Abang Shahrom dengan 'port' baiknya. Dalam kumpulan abg chaom ni ada adik yang baru sangat masuk Islam. Dia ada bertanya, kenapa saya kena solat? Kenapa saya mesti Islam? Tak terkedu kita?
Majlis penutup di surau. Walaupun dekat tak berapa langkah, masa yang diambil untuk bermula sangat lama. Semua dapat hadiah masing-masing dari gD. Sebuah tabung untuk setiap seorang. Gunakan sebaiknya adik!
Masa untuk berpisah. Ada kesempatan kami pasti datang lagi! Selamat berjaya dunia akhirat adik-adik ku!Syukran Jazilan buat Pengarah, 'Cikgu' Siti Zaleha atas segala usaha beliau menjayakan program bermakna ini! Semoga 'jodoh' amal cikgu bersama anak-anak ini berpanjangan. Syabas!!
Terima kasih sahabat! Hujung minggu kamu pasti berbeza! Menghargai perbezaan, mengecapi kebahagiaan, DUNIA dan AKHIRAT!
Sabtu, 15 Ogos 2009
gD.org2u III : Rumah ASDAF
Terlebih dahulu saya bagi pihak isteri saya Puan Nor Azlina nak ucapkan jutaan terima kasih atas ingatan takziah dan doa sahabat-sahabat atas pulangnya ke rahmatullah ayahanda beliau (Hj Mohamad Salleh B Selamat) pada Isnin 10/8 yang lalu. Moga rohnya tenang dan dicucuri rahman dan rahim Allah.
Update untuk program kita esok di Rumah ASDAF.
Kehadiran :
1. Zaleha
2. Hafiszi
3. Azlina
4. Shahrul
5. Rohana
6. Rabiatul Adawiyah
7. Alias
8. Wan Siti Fatimah
9. Firdaus Azizan
10. 6 orang sukarelawan bukan gD.org.
Meeting Point:
Masjid Ar-Rahman UM, 8.30am, 16/8, Ahad.
Pakaian:
T-Shirt gD
Program:
Ceramah, bengkel, tazkirah dan permainan
Mari beramal bersama. Jariah yang bakal berpanjangan hingga ke dunia sana. Jumpa di sana!!

Jumaat, 7 Ogos 2009
gD.org2uII : Melakar Senyuman
Program khidmat masyarakat ke-3 untuk tahun ini dengan bangganya mencari sukarelawan di kalangan ahli gD.org. Pengarah bagi program ini ialah Puan Zaleha (Timb. Setiausaha gD). Terima kasih buat beliau yang sejak awal memerah idea dan keringat menyusun aktiviti yang terbaik.Seperti dinyatakan di atas, program ini akan bermula 9am sehingga 5pm, 16 Ogos 2009 (Ahad). Dijemput memberikan respon kehadiran atau tidak dan sumbangan kepada Puan Pengarah (sms/telefon beliau di 0133973381). Mari melakar harapan dan senyuman. Tangan yang menghulur LEBIH mulia!
Selasa, 21 Julai 2009
gD.org2u II Ditangguh
Diumumkan, program khidmat masyarakat gD.org2u II terpaksa ditangguhkan. Bagi pihak Pengarah, Sdr Shahrul Efendi, memohon maaf atas notis singkat ini. Tarikh gantian akan dimaklumkan kemudian.
Ini adalah peluang untuk sahabat-sahabat yang tidak dapat hadir untuk menyusun masa untuk meluangkan masa untuk berbakti dan berdakwah. Kita nantikan pengumuman dari beliau untuk tarikh gantian.
Bagaimanapun gD.org2u III di Rumah PERKIM, Jalan Travers masih lagi akan berlangsung pada tarikh yang ditetapkan. Pengarah program, Puan Zaleha telah pun menyusun aktiviti menarik dan pastinya menjadikan kenangan terindah kepada kita semua.

Doakan Fadzli
Beliau tidak dapat hadir ke slot pelancaran bukunya sabtu lepas. Adunya sakit di bahagian perut. Semalam (Isnin, 20 Julai, 11 pagi) beliau telah menjalani pembedahan di Hospital Temerloh. Moga beliau cepat sembuh dan diberi kekuatan dari-Nya. Sampaikan doa kalian dan kata-kata semangat buat beliau dengan menghubungi atau sms beliau. Sesungguhnya Allah pengatur dan penguasa yang Maha hebat!
Selasa, 14 Julai 2009
Fadzli Yang Mantap!
Mungkin saya dan Safwan adalah antara yang bertuah untuk memiliki nukilan terkini Sir (Ust) Fadzli dan isteri ini. Saya sendiri telah membaca beberapa bab dari buku ini. Saya amat yakin buku ini akan jadi hit insyaAllah memandangkan peningkatan populariti ber'fcb' dan ber'tweet'. Lebih-lebih lagi untuk para usahawan bagi meningkatkan lagi kuasa pasaran. Saya dengan ini jemput sahabat-sahabat gD sekitar lembah klang ini memberi sokongan kepada sahabat kita ini. Kian mantap, kian hebat! Syabas Fadzli!Jangan lupa :
2pm, 18 Julai 2009, Plaza Alam Sentral, Shah Alam.
Rabu, 8 Julai 2009
Sekali lagi
Sekali lagi kesatuan usaha, doa dan tawakal menjadi kewajipan. Selamat berjuang. Agenda ini bukan untuk MU sahaja, tapi sebagai suara jati rakyat di mana sahaja. WalLahu ma'as sobirin.
Selasa, 7 Julai 2009
Kutipan Seruan AMAL Ditutup
Dengan ini diumumkan kutipan untuk Seruan AMAL secara rasmi ditutup. Jumlah kutipan ialah RM860.00. Terima kasih atas sumbangan. Hanya Allah yang layak membalas keikhlasan hati tuan dan puan.
Khamis, 2 Julai 2009
gD.org2u II : Update
Dengan ini dimaklumkan beberapa aktiviti untuk program kita di Jenderam, Sepang nanti.
1. Sukaneka bersama orang asli.
2. Kuliah Dakwah bersama Bro Rosmaini Firdaus 'Islam itu mudah'. (TBC)
3. Program Khidmat Pemeriksaan Perubatan amal, oleh para doktor dari gD & sahabat-sahabat. (TBC)
4. Majlis ramah mesra.
Juga perlu dinyatakan di sini, program kali ini memerlukan dana sumbangan sahabat. Sekurang-kurangnya RM300 perlu dikumpulkan untuk menjayakan semua aktiviti ini. Dengan ini Tabung Orang Asli Jenderam gD.org2u juga dilancarkan.
Jangan lepaskan peluang untuk sama-sama beramal!

Selasa, 30 Jun 2009
Kutipan Seruan Amal
Dengan ini dimaklumkan kutipan untuk Seruan Amal berjaya mengumpulkan RM300. Ada beberapa jam lagi sebelum tabung ini ditutup sepenuhnya. Harap maklum.
UPDATE : Setakat semalam 1/7, tabung Seruan Amal telah mengumpulkan RM500. Atas permintaan tempoh tabung ini dibuka akan dipanjangkan sehingga hujung minggu ini.
UPDATE : Setakat semalam 1/7, tabung Seruan Amal telah mengumpulkan RM500. Atas permintaan tempoh tabung ini dibuka akan dipanjangkan sehingga hujung minggu ini.
Khamis, 25 Jun 2009
gD.org2u II : Mencari Sukarelawan Julai! Update
Pastinya sahabat sekalian tidak akan mahu terlepas lagi peluang seperti ini lagi bukan? Masanya telah tiba untuk pendaftaran. Kali ini kita akan berbakti di sebuah perkampungan orang asli di Jenderam, Sepang, Selangor.Program yang dirancang ialah sukaneka, program smart muslim dan perkongsian keceriaan tanpa batas! Saya pasti kali ini ia akan lebih menarik dan sangat mengujakan!
Program gD.org2u kali ini akan diketuai oleh Saudara Shahrul Efendi dan dibantu oleh Saudara Ahmad Safwan sebagai penyelaras.
TARIKH : 25 JULAI 2009 (SABTU)
MASA : 8.30AM - 5PM
Pendaftaran dimulakan :
Hadir : (9+)
1. Mohd Hafiszi
2. Nor Azlina
3. Ahmad Safwan
4. Yuzilawati
5. Shahrul Efendi
6. Rohana
7. Zaleha
8. Rabiatul Adawiyah
9. Shakir & famili
Rabu, 24 Jun 2009
Jumaat, 19 Jun 2009
Risau
Sebagai salah satu parcel dari jemaah Islam di Malaysia, generasiDynamic tidak dapat menyimpan rasa risau ini seperti mana ramai pendokong dan pejuang Islam yang lain di negara tercinta ini. Ternyata penangguk di air yang keruh bersedia 24 jam sehari untuk memerangkap kelalaian dan kelekaan ini.
Dari sebuah jemaah yang kecil, hari ini PAS sudah menjadi wadah orang muda, saudara bukan Islam dan para penentangnya satu masa dahulu.
Kita mahu Islam memimpin, tetapi gD lebih mahu penjelasan yang baik untuk menjelaskan kekeliruan ini. Terlalu ramai bercakap tetapi tiada yang mahu mendengar. Ini suatu ujian dariNya di saat PAS memimpin 2 negeri (yang tidak pernah disangka sebelum ini).
gD.org berdoa agar kekalutan ini kemudiannya akan membawa sinar paling indah bagi cahaya dakwah Islamiyyah di tanah air tercinta ini. gD.org komited pada agenda dakwah dalam setiap aktiviti kami tanpa kompromi!

Seruan Amal Bermula
Klik berita di sini.
Dengan ini dibuka dengan serta merta talian hayat untuk memberi sumbangan seikhlas mungkin bagi membantu sedikit sebanyak pembayaran denda dengan jatuhnya hukuman di mahkamah semalam.
Sampaikan sumbangan anda ke :
CIMB : 1440-0081669-52-3 (MOHD HAFEEZ AB GHAFUR@YAAKUB / 0132602119)
Sms apeez apabila sumbangan sudah dibuat. Tabung ini akan berkuatkuasa selama 2 minggu, ia akan berakhir pada 30 Jun 2009 ini.
Untuk sahabat yang disayangi, Khairul Amal B Mahmud, inilah ujian yang ALlah berikan pada mu. Tanda ALlah lebih sayang dan kasih kepada mu. Kami mendoakan yang terbaik.
Syukran jazilan. Wassalam.
Presiden gD

Selasa, 16 Jun 2009
Muhammad Azam Bin Mohd Izwan
Klik sini untuk lebih kisah tentang dirinya. Umi dan abinya sedang diserang Virus KMM.
Langgan:
Catatan (Atom)