50 hari sudah sejak saat keramat saya meninggalkan kerusi empuk itu. Saya tinggalkan 4 tahun kenangan yang terindah dalam hayat ini. Saya juga tinggalkan sahabat-sahabat terbaik di sana. Saya tinggalkan dunia saya bersama-sama anak-anak muda yang bermacam ragam itu. Yang utama, saya tinggalkan 'security' yang saya idamkan selama ini.
Saya juga 'tinggalkan' perasaan tidak menentu di dalam hati. Saya 'tinggalkan' ketidaktentuan masa depan untuk keluarga tercinta. Saya 'tinggalkan' doa yang perlu bersungguh dan tulus. Saya juga 'tinggalkan' pengorbanan masa dan tenaga yang tidak terkira. Saya 'tinggalkan' tawakal yang ultra tinggi kepadamu illahi.
Ahh, hidup memang tidak mudah. Kalau nak mudah JANGAN hidup!!
1 ulasan:
Tahniah saya ucapkan kepada kawan-kawan semua. Lama kita tak bersua.. Rindu sesangat.Ini pun sebab baru-baru saja pegi jalan2 kat UM, terserempaklah dgn Zaleha kat Fak Sains.Memang tak sangka jodoh kalian di kalangan dynamic sendiri. Masih ingat lagi tak kat saya ni?..Setakat ni,yang saya pernah jumpa dan terserempak Ust Syahmun. 2 tahun lepas kat Stadium Selayang. Dia jaga budak2 sekolah rendah masuk acara sukan.Tahun 2006, dekat Hotel Orkid Melaka, sama induksi dengan kak Rohana Nawi dan Kak Asmahan juga Kak Seri Mahani. Ada jugak sama kursus dengan Nurul Huda Hassan.Bulan 2 tahun lepas ada pergi kenduri kawin Ust Abu Bakar, Jodohnya dengan nurse dari Sabah. Kenduri kawin Zainul pergi.Kak Asyiqin Abd Halim kat UK sambung PHD. Bulan 12 ni saya nak ke Sarawak bawa family jalan2 sambil tu nak ziarah Rosmina Kaderi.Nak jumpa Siti Hasrah mungkin tak dapat kot sebsb dia mesti balik cuti kat Melaka. 3 tahun lepas, dah ziarah Noraliza Basri kat Sabah. Senang-senang, datanglah ke rumah di alamat 2-4-4,Desa Tasik, Sg Besi KL. No fon 014-9633117. Saya mengajar kat SMK Kiaramas, Jalan Duta. Anak dah 2. Suami ?? Bukan jemaah, biasa-biasa je tapi dia faham jemaah kita. Yang penting orangnya menekankan agama dalam family. Itu
dah cukup bagi saya. Betul tak ?Insyaallah di lain waktu saya kirimkan gambar family. Minggu ni sampai awal bulan
12 busy jaga SPM. Baru ni baru habis marking paper math PMR. Senang-senang datanglah rumah.Insyaalah nanti saya nak
pergi rumah Wan Zorah. Lama tak jumpa , sempat dengan wan masa 1st year je kat kolej lima dulu.
Catat Ulasan