Rabu, 10 Mac 2010

Tahniah Buat Sahabat @ gD

Assalamualaikum wrt wbt

Entri yang pertama dari moderator yang kurang tauliahnya. Namun perkhabaran ini perlu disampaikan untuk makluman semua warga gD. Buat pengetahuan semua, Presiden gD baru yang dilantik, Akhi Safwan sedang berurusan kerja di bumi Allah, negara matahari terbit. InsyaAllah, akan pulang ke Sg. Merab pada esok hari, 11 Mac 2010. Doakan selamat sampai. Ust Fz, dia tidak jadi direct ke San Jose dari Tokyo.

Pertambahan generasi Dynamic
1. Maslina Md Samidi, selamat melahirkan anak kedua, seorang puteri Suraiya Damia bt Ahmad Ridzuan pada 19 Febuari 2010, 5 Rabiul Awal 1431H di Hospital Ampang.

2. Nooryahafizah Radzuan (Setiausaha Dynamic semasa Us Safwan 2002/2003), juga selamat melahirkan anak keduanya, seorang puteri seberat 3.32kg pada 26 Febuari 2010, Jumaat, 12 Rabiul Awal 1431H.

3. Zalina Mamat, telah selamat bersalin seorang puteri sulung Nur Khadijah Ridwana bt Mohd Hamka pada 28 Febuari 2010, Ahad, 14 Rabiul Awal 1431H di Hospital Tanah Merah.

Alhamdulillah. Membesarlah kalian dalam acuan taqwa, penerus kesinambungan perjuangan yang tidak pernah bertepi ini....amin..

Siru 'ala barakatillah...

"Ayuh Sahabat! Kita Realisasikan Impian Bersama"

moderator

Tiada ulasan: