Khamis, 24 Februari 2011
Himpunan gD
Memandangkan telah ramai yang rindu-rinduan, insyaAllah, himpunan keluarga gD bakal diadakan sekitar Mac. InsyaAllah, Melaka akan menjadi tuan rumah tahun ini. Apa-apa pun, sekarang masih lagi diperingkat perbincangan dengan pic. Sebarang maklumbalas, sama2 kita nantikan dan sekiranya ada cadangan di peringkat sahabat2, boleh berikan dalam YG atau comment di blog.
Cadangan tempat, aktiviti, menu sangat dialu2kan.
moderator
Kelahiran Anakanda gD
moderator
Isnin, 22 November 2010
Kelahiran Generasi Baru gD
2. Bertarikh 14 November 2010, saudara kita, Mohd Afendi (T29) telah dikurniakan seorang putera sulung pada jam 3.00 pagi. Alhamdulillah.
3. Bertarikh 15 November 2010, jam 4.15 pagi pasangan Mohd Yahya Fazli Yusoh & Dr Siti Norhazlin Said (I27)juga telah dikurniakan seorang putera seberat 4.2 kg. Alhamdulillah.
4. Untuk makluman, Ustaz Azizan dan Ustazah Sharifatul Jannah juga telah dikurniakan anak yang keempat dua bulan lepas, yang merupakan seorang puteri, bunga di kalangan putera mereka yang tiga itu...
Tahniah dari kami untuk semua.
Semoga kelahiran para jundullah ini akan menambahkan lagi kebanggaan Nai s.a.w diakhirat kelak. Didoakan agar putera-putera ini dan seluruh generasi baru gD akan menjadi generasi Al-Quran dan generasi yg sangat menyintai Allah dan RasulNya..insyaAllah.
moderator
Khamis, 28 Oktober 2010
Khemah Ibadah 5 - 7 Nov 2010
Khamis, 21 Oktober 2010
Tahniah Sahabat gD
Rabu, 25 Ogos 2010
Secangkir Tamara @ Ramadhan 1431H
Assalamualaikum wrt wbt
Alhamdulillah syukur ke hadrat Allah atas nikmat menempuhi separuh pertama Ramadhan. Selawat dan salam ke atas Rasul junjungan mulia, serta para sahabat baginda. Semoga Allah mengurniakan rahmat yang besar ke atas mereka serta kita sebagai umat di akhir zaman ini.
Allah berfirman :
Takziah diucapkan kepada Cikgu Zahari dan Siti Hasrah di atas ujian yang berlaku. Semoga dengan keberkatan Ramadhan ini, mampu menyuntik kekuatan dan kesabaran hadiah dari Allah dalam meningkatkan darjat para hambaNya yang sabar dengan ujianNya. InsyaAllah, kami dan kita semua dalam keluarga gD sentiasa mendoakan yang terbaik untuk Cikgu Zahari sekeluarga.
Sahabat yang dikasihi,
Allah menyajikan kita dengan rahmat yang sangat banyak dengan hadirnya Ramadhan. Justeru, peluang ini hanya akan dimanfaatkan semahunya dan digunakan sebaik mungkin bagi hambaNya yang mahu. Sudah pasti Ramadhan yang berlalu tidak akan kembali bertamu. Peluang Ramadhan yang kita ada hari ini, waktu dan saat ini lah yang mesti kita isi sebaik mungkin untuk menjana taqwa.
Apa kaitannya puasa dengan taqwa? Mengapa Allah menyuruh kita untuk menjadi golongan bertaqwa itu?
Puasa ini adalah perbuatan menahan diri daripada sesuatu yang kita ada di depan mata / sekeliling kita tetapi kita tidak perlukannya/mengambilnya lantaran tuntutan daripada puasa itu sendiri seperti makan minum dll. Kerana itulah ibadah berpuasa ini Allah yang memberikan pahalanya. Komunikasi ibadah antara hamba yang direct/terus kepada Allah.
Puasa inilah yang menjadi satu proses untuk seseorang itu mendapat hadiah / ganjaran taqwa. Manusia menjalani proses puasa dan hasil akhirnya adalah taqwa. Begitulah output yang sepatutnya kita perolehi seandainya kita benar-benar meletakkan/mewakafkan diri kita untuk diproses sedemikian rupa dalam memperolehi output taqwa tersebut.
Seorang ibu yang bertaqwa, sabarnya tinggi. Sedikit cerita mengenai anak Stephen R. Covey, yang popular dengan bukunya The 7 Habits of Highly Effective People itu. Satu hari anaknya yang masih kecil menyusun pinggan kotor di atas lantai dapur dan dia menyiram satu-satu pinggan tersebut dengan air.
Ketika ditanya oleh ibunya, " Mengapa kamu buat begitu sayang?"
Si anak menjawab, "Saya mahu menolong ibu membasuh pinggan".
"Oh begitu. Lain kali, kalau adik nak basuh pinggan, adik beritahu ibu ya. Biar ibu meletakkan kerusi supaya adik boleh membasuh pinggan di dalam sinki"
Apabila Stephen Covey pulang ke rumah, si anak tadi kegirangan dengan memeluknya sambil berkata "Ayah, saya telah berjaya menolong ibu membasuh pinggan"
Adakah ibu-ibu gD kita mampu bertindak sehalus dan sesabar itu? Dengan kepenatan kerja dan sibuk alaf baru ditambah lagi dengan karenah anak-anak lain yang lebih daripada seorang, mungkin 2, 3 dan 4. Sudah pasti kepenatan itu akan menjejaskan sedikit sebanyak mood si ibu dan si ayah yang sedang berpuasa.
Mungkin kita yang tidak sabar akan mencubit atau terus memarahi sahaja anak tadi. Jadi mungkin apabila si anak tadi dimarahi, hatinya yang jengkel membuat kesimpulan, "Oh, kalau tolong ummi basuh pinggan, nanti kena marah". Begitulah puasa Ramadhan ini sepatutnya menjadikan kita / memproses kita untuk menahan sabar, agarnya nanti membuahkan tindakan kita yang lebih berhati-hati dengan rasionaliti akal yang bijaksana.
Saya tidak mengatakan isteri Covey itu seorang yang bertaqwa, tetapi intipatinya ialah, bagaimana kita sebagai ibu dan ayah menahan dan mengawal marah dengan mengubah perasaan marah itu dengan cara yang lebih berdedikasi lebih-lebih lagi terhadap karenah anak-anak yang dalam proses membesar. Saya yakin rata-rata daripada kita pasti ada pengalaman perlbagai warna dalam menangani karenah anak-anak ini.
Selama 1 bulan diri kita menjalani proses menjana taqwa, agar taqwa itu mampu terus subur dalam menjalani 11 bulan selepas Ramadhan. Dengan dihuni para hamba yang bertaqwa, dunia ini akan selamat. Selamat dari segala macam malapetaka di penghujung zaman. Suami bertaqwa, isteri bertaqwa, anak bertaqwa, ibu dan bapa bertaqwa, pemimpin organisasi bertaqwa itulah yang menjadi cita-cita utama kita.
Saidina Ali pernah ditanya oleh seorang rakyatnya ketika beliau menjadi khalifah. "Wahai amirul mukminin, mengapa semasa zaman pemerintahanmu, terlalu banyak berlakunya perpecahan dan permasalahan ummah, tidak seperti di zaman Rasulullah masih ada?"
Lantaran Saidina Ali k.a.w menjawab "Ketika zaman Rasulullah, umatnya adalah orang-orang yang seperti aku. Dan sekarang ini, ketika aku memerintah, umat yang ada sekarang adalah orang-orang seperti kamu"
Selamat bermunajat & bermujahadah di separuh kedua Ramadhan, Selamat meraih keampunan Allah, Selamat mendamba syurga Allah. Semoga Allah menilai dan memandang usaha kita yang kerdil ini dengan limpahan maghfirah, dan kasih sayangNya.
Sekian.
Safwan Makki
Rabu, 28 Julai 2010
Kelahiran Anakanda gD
Jumaat, 23 Julai 2010
Jemputan Kenduri
Jumaat, 16 Julai 2010
Takziah Buat Ust Khairil Izuan
Selasa, 6 Julai 2010
gD.org2u III Countdown
Isnin, 5 Julai 2010
gD.org2u III
Selasa, 29 Jun 2010
Khemah Ibadah SMK Seri Titiwangsa @ 9 - 10 Julai 2010
Khamis, 17 Jun 2010
Bingkisan Dari Kelantan
12 Jun 2010 di Lot 1423, Kg. Masjid Baung Bayam, Off Jln Dato' Lundang, Kota Bharu, Kelantan. (rumah ukhti Hanifah Sazali).
Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan ke hadrat Allah di atas kurniaanNya yang tidak terhingga. Memberikan keizinan untuk bersua dan bersalaman dengan sahabat-sahabat gD ketika di Majlis Jalinan Ukhuwwah gD I Zon Pantai Timur. Walaupun masih lagi kedapatan ruang kosong rumah ibu bapa Hanifah Sazali yang boleh dipenuhi lagi dengan kehadiran sahabat-sahabat, namun bagi kami yang hadir, cukup bersyukur. Campur yang diimport dan dieksport, inilah sahabat-sahabat kita!!!!
Selasa, 1 Jun 2010
Misi Kemanusiaan LL4G di dalam "Mavi Marmara"
KOTA BHARU, 1 Jun: Nasib 12 rakyat negara ini yang berada di atas kapal Mavi Marmara yang diserang tentera rejim haram zionis Israel awal pagi semalam masih belum diketahui.
Laman web LL4G melaporkan, berikut adalah nama-nama rakyat Malaysia yang menyertai Misi Talian Hayat Untuk Gaza (LL4G) yang berada di atas kapal penumpang “Mavi Marmara” milik IHH, Turki ketika diserang oleh komando laut Israel di perairan antarabangsa itu.
- Tn Hj Noorazman bin Mohd Samsuddin, HALUANPalestin
- Dr Mohd Arbai’e bin Syawal, HALUANPalestin
- Dr Syed Muhammad Haleem bin Syed Hasan al-Haddad, HALUANPalestin
- Ust Al-Hami Husain bin Suhaimi, HALUANPalestin
- Mohd Nizam bin Mohd Awang, HALUANPalestin
- Ust Hasanuddin bin Mohd Yunus, Aqsa Syarif
- Tn Hj Jamuliddin bin Elias, Yayasan Amal
- Dr Selamat bin Aliman, Jemaah Islah Malaysia (JIM)
- Abdul Halim bin Mohd Redzuan, Muslim Care
- Mustafa bin Mansur, MAPIM
- Ashwat bin Ismail, Wartawan ASTRO
- Shamsul Kamal Latif, Juru kamera ASTRO
Freedom Flotilla @ Armada Bantuan Kemanusiaan Gaza
Allah Ta’ala berfirman,
الَّذِي خَلَقَ الْمَوْتَ وَالْحَيَاةَ لِيَبْلُوَكُمْ أَيُّكُمْ أَحْسَنُ عَمَلا وَهُوَ الْعَزِيزُ الْغَفُورُ
“Yang menjadikan mati dan hidup, supaya Dia menguji kamu, siapa di antara kamu yang lebih baik amalnya. Dan Dia Maha Perkasa lagi Maha Pengampun.” (Surah Al Mulk: 2)
Qunut Nazilah :
اللهمَّ إناَّ نجعَلُكَ فِى نُحُورِ أعدَاءِناَ
Ya Allah, Sesungguhnya kami meletakkan-Mu di batang-batang leher musuh-musuh kami,
وَ نَعُوذُ بِكَ مِن شُرُورِهِم
Dan kami berlindung dengan-Mu daripada kejahatan-kejahatan mereka, Ya Allah,
اللهم بَدِّد شَملَهُم
و فَرِّق جَمعَهُم
Pecah-belahkanlah dan kacau-bilaukanlah persatuan mereka,
وَ شَتِّت كَلِمَتَهُم وَزَلزِل أَقدَامَهُم
Cerai-beraikan pakatan mereka, Goncangkan pendirian mereka,
وَ سَلِّط عَلَيهِم كَلباًَ مِن كِلاَبِكَ
Dan hantarkanlah anjing-anjing Kamu kepada mereka
يا قَهاَّر يا جَباَّر يا مُنتَقِم يا الله يا الله يا الله
Wahai Tuhan Yang Gagah Perkasa,
Wahai Tuhan Yang Maha Menghukum,
Wahai Tuhan Yang bersifat Murka,
Ya Allah, Ya Allah, Ya Allah,
اللهم يا مُنزِلَ الكِتاَبِ
ويا مُجرِيَ السَّحاَبِ
Wahai Tuhan yang mengarakkan awan,
ويا هاَزِمَ الأَحزَابِ
Wahai Tuhan yang menewaskan bala tentera al-ahzab,
إِهزِمهُم إِهزِمهُم إِهزِمهُم
Kalahkan mereka,
Kalahkan mereka,
وَانصُرناَ عَلَيهِم
Amin…!
Jumaat, 28 Mei 2010
Kelahiran Anakanda gD
Selasa, 18 Mei 2010
Karnival Aura Ungu 2010
KARNIVAL AURA UNGU 2010
21 & 22 MEI 2010
KOMPLEKS KEBUDAYAAN SHAH ALAM,SELANGOR
Aktiviti menarik sepanjang Karnival :
(klik gambar untuk lebih jelas)
Kami menjemput anda untuk memeriahkan suasana serta menjayakan program ini. Untuk maklumat lanjut, layari http://kau2010. webnisa.net
Nisa' Sepang ditugaskan untuk menjaga protokol. Teringat tokoh prokotol PMIUM, Ustaz Syamsul Hadi zaman kita di kampus dahulu. Alhamdulillah, beliau telah menonjolkan bakatnya yang hebat ketika mengendalikan protokol ketika Mesyuarat Agong Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor tempoh hari. Tahniah!!
InsyaAllah, nantikan sahabat kita Siti Zaharah Kasim di booth sempena Karnival Aura Ungu. Sama-sama kita meriahkan. Siapa lagi nak mengimarahkan gD, kalau bukan kita. Siapa lagi nak mengimarahkan Nisa' kalau bukan kita. Kerana Nisa' juga adalah sebahagian daripada entiti dan medan yang boleh kita turut serta menyumbang seapa daya. Apatah lagi Dewan-Dewan milik jamaah yang tiga itu..? Tidak kira lah peringkat mana.....
Sama-sama kita muhasabah masa kita, tenaga kita, wang ringgit kita, buah fikiran kita. Ke manakah semuanya itu kita infakkan.....
Jadilah pemberi yang sebanyak-banyaknya....Ia lebih baik daripada menjadi penerima yang sebanyak-banyaknya...
Ingatan untuk diri yang semakin menginjak usia....
Siru 'ala barakatillah
"Ayuh Sahabat, Kita Realisasikan Impian Bersama"
moderator