Khamis, 16 Oktober 2008

Hidayah; Suami vs Isteri

Foto ihsan dari djkopi.flickr

Sepatutnya semalam saya buat posting ini, tapi apakan daya kita merancang. Apapun masa yang singkat ini saya cuba postingkan satu cernaan dari minda yang cetek ini. Lama saya berfikir dan membaca. Masa sangat singkat, pagi ini insyaAllah saya sudah ada temujanji. Saya cuba yang terbaik.

Sang Isteri dan Santapan
Akhir-akhir ini, sejak awal ramadhan hingga kini isteri saya, Ibu Hakim sibuk mencari resipi di internet untuk dicubanya di rumah untuk hidangan kami sekeluarga. Sebagai suami saya amat berbesar hati. Sibuk dia berkata yang dia kurang pandai memasak berbanding kakandanya yang lain. Berkebetulan pula saya yang tak cerewet dalam makanan tidak adil jika saya mahu membandingkan masakan sang isteri dengan masakan sang bonda.

Soalnya mengapa?
"Apabila Alah mengkehendaki kebaikan pada hamba Nya, akan difahamkan Nya dalam agama dan diilhamkan Nya petunjuk kepadanya". (Riwayat Bazzar dari Ibnu Mas'ud)
Jawapan pemerhatian saya, itu tandanya Allah sayang kepada kita. Allah mahu lagi memberi hidayah dalam sesuatu perhubungan. Tanda Allah mahu memberkati.

"Oh rupanya, idea memasak itu juga hidayah dari Allah", kata ku sendirian.

Sang Isteri dan Berhias
Tidak kurang juga kewajipan sang isteri berhias untuk mendapatkan hati sang suami. Al-maklumlah, dari pandangan mata jatuh ke hati. Ramai beranggapan berhiasnya sang isteri kerana tidak mahu sang suami 'mencari yang lain'. Tiada salahnya anggapan itu. Cuma berdasarkan pemerhatian saya asbab itu tidak cukup menjadi alasan perbuatan itu.

Sahabat Abdullah bin Abbas ada menceritakan kisah rumahtangga baginda. Rasulullah SAW pernah bersabda :
"Aku ingin benar apabila aku berhias untuk mendapat kasih sayang dari isteri, sebagaimana aku mahu isteri aku berhias untuk aku sayangi".
Nah, jelas bukan. Bukan sahaja sang isteri sahaja kena berhias, sang suami juga ditunjukkan pintu itu oleh rasulullah SAW. Hakikatnya hiasan bukan sahaja pada zahir fizikal, tetapi juga layanan. Memakaikan butang, mengemaskan rumah, menguruskan kewangan, berjimat dan memberikan hadiah.

"Oh, niat berhias juga adalah hidayah dari Allah", kata ku lagi.

Kesimpulan
Saya simpulkan begini. Hidayah adalah kurniakan nikmat yang sangat berharga. Allah memilih siapa yang mahu diberikan hidayah itu. Rapatnya kita dengan Allah semakin tinggilah nisbah peratusan untuk mendapat hidayah itu. Semakin kita mencari Allah, semakin dekatlah carian Allah kepada kita untuk diberikan nikmat ini.

Patutlah cinta Allah tempatnya teratas. Kerana dari cinta Allah, datangnya hidayah cinta manusia. Aku insaf.

p/s - teringin makan daging black paper pulak tiba-tiba. :)

Rabu, 15 Oktober 2008

Sejarah Matapelajaran Wajib SR?

Topik ini menghangatkan minda saya sejak semalam. Klik sini untuk berita di Utusan. Saya setuju sejarah itu penting. Saya terpanggil bukan kerana saya guru sejarah, atau pembuat buku teks sejarah, atau ahli sejarah. Tetapi saya terpanggil oleh kerana kekecewaan saya rupanya berterusan. Apa yang saya harap dan doakan belum lagi dimakbulkan. Saya rasa bukan saya sahaja.

Apapun ruangan masa yang terhad untuk menghuraikan segalanya dengan teliti.

Dalam kertas projek yang saya sempurnakan semasa tahun akhir pengajian di UM dahulu, saya telah menemui kekecewaan itu. Perkara ini bukanlah baru.

Faktanya, sehingga kini subjek Pengajian Agama Islam masih gagal dimasukkan sebagai salah satu matapelajaran peperiksaan UPSR. Sibuk mahu generasi muda memahami sejarah, terlupa generasi muda juga perlu agama. Semasa kajian saya terdahulu, berbagai alasan diberikan untuk merealisasikannya. Tetapi semalam oleh kerana cadangan itu diberikan oleh YAB PM, terus dipersetujui secara lisan oleh YB Menteri Pelajaran untuk diperhalusi. Ahh, kecewanya saya.
Faktanya sehingga kini subjek Pengajian Agama Islam masih gagal dimasukkan sebagai salah satu matapelajaran peperiksaan UPSR.
Saya tak salahkan sesiapa jika hari ini ibu bapa panggil ustaz/ustazah ke rumah untuk ajar mengaji. Saya tak salahkan sesiapa jika hari ini ibu bapa sibuk mencari summer camp ibadah setiap kali datang cuti sekolah. Saya tak salahkan sesiapa jika anak-anak hari ini lebih hafal lagu-lagu popular dari hafal surah-surah lazim. Saya tak salahkan rancangan Tom Tom Bak yang popular itu.

Gagalnya lapisan tertentu memahami fiqh aulawiyat (feqah keutamaan) menyebabkan barah yang besar. Saya seru rakan-rakan di jawatan-jawatan tinggi kerajaan, mahasiswa, NGO dan pejuang-pejuang terus memberi tekanan, memberi saranan, memberi justifikasi kepada yang berwajib. Kita tidak berpolitik dalam pendidikan. Saya yakin.

Generasi muda perlu 'disuntik' vaksin yang ampuh. Ajarlah apa jua, JANGAN tinggalkan dua perkara AL-QURAN dan AS-SUNNAH, nescaya semuanya selamat. Itu jelas.
JANGAN tinggalkan dua perkara AL-QURAN dan AS-SUNNAH, nescaya semuanya selamat.

Selasa, 14 Oktober 2008

UPDATE Peta ke Perjumpaan Aidilfitri gD

Terima kasih kepada sahabat-sahabat yang sudi meluangkan masa untuk mereka peta sebaik ini. Harap-harap sahabat-sahabat yang lain mendapat arah yang terbaik untuk ke sana nanti.

Peta-peta boleh dimuat turun melalui link-link ini :

1. Peta format .gif dan .doc (TERKINI, yang lebih jelas, termasuk landmark). Klik sini.
2. Peta format google earth (untuk pandangan sebenar dari angkasa). Klik sini.

Isnin, 13 Oktober 2008

Ayat-ayat Cinta, Review Dari Sahabatku

Malam semalam, ayahanda saya menelefon adik (yang kebetulan saya juga ada di situ) menanyakan tentang filem ini. Ayahanda meminta untuk dicarikan novel ataupun dvd cerita ini kerana menurutnya amat mengesankan. Agak kesal kerana saya sendiri tidak dapat menonton filem ini kerana menghadiri satu forum di pejabat.

Saya memang maklum fenomena yang filem ini bawa di negara garuda itu, tetapi tidak sangka kali ini sahabat saya (disertasi) sudi berkongsi review tentang filem ini. Klik sini untuk membaca review dan nasihat beliau tentang kisah cinta ideal ini.

Sahabat-sahabat dan sesiapa juga yang sudi berkongsi dvd/vcd filem ini bolehlah hubungi saya. Teringin juga buat review sendiri. Hakikatnya saya sangat jarang dapat tengok movie lagi. Yang dapat ialah Malaysia Hari Ini setiap pagi, sambil berurusan di depan laptop isteri seperti yang saya sedang buat sekarang.

UPDATE Perjumpaan Aidilfitri gD

1.
Sahabat-sahabat digalakkan membawa juadah masing-masing bagi meningkatkan meter beraya, tak kira ketupat, rendang mahupun tart nenas.

2.
Sebarang masalah, boleh hubungi shahrul, saya dan aizuddin.

3.
Sahabat-sahabat juga digalakkan datang awal bagi membantu persiapan sedikit sebanyak, moga-moga dapat meringankan tugas tuan rumah kita.

4.
Peta (ihsan dari google & of course shahrul, tq bro) boleh di dapati di sini.

Salam sayang.

Jumaat, 10 Oktober 2008

Promosi Sticker Rasmi Kereta Ahli gD

Harga sticker : 1 unit, RM5.
Promosi 1set (2 unit) RM 8.
100% keuntungan diinfakkan ke akaun gD.

Bagi pembelian boleh telefon atau sms
saya/hafeez bila-bila masa.
Penghantaran akan dibuat melalui pos.
Tiada kos pos akan dikenakan.

Boleh dapatkan juga di Perjumpaan Aidilfitri gD, 18/10 ini.

Jumaat, 26 September 2008

Salam Aidilfitri gD!!

Saya mewakili semua MT gD, Masrina (yang jauh dirindui), Shahrul (raya pertama menjadi walid), Zaleha (bila balik klate za?), Apeez (baik-baik driving deh..), Rabiatul Adawiyah (balik mana raya ni?) menyusun sepuluh jari, memohon kemaafan yang tidak terhingga kepada sekalian ahli gD. Kami berusaha, kamu berusaha, tuhan juga menentukannya.

Seruan saya kepada semua ahli gD:

1. Pulang dengan berhati-hati tak kira apa metod pengangkutan anda.
2. Mohon maaf dengan bersungguh-sungguh, peluk cium ayah dan ibu selagi mereka ada. Yang tiada ziarahlah dan bacakanlah yassin dan bersedekahlah bagi pihaknya.
3. Sampaikan salam saya dan MT kepada sahabat-sahabat gD yang lain sekiranya bersua di kampung halaman sana.
4. Rebut beberapa hari lagi peluang terakhir untuk mendapat lailatul qadar.
5. Sampaikan seruan dakwah dan islah kepada ahli keluarga, rakan-rakan dan saudara mara.

Semoga kita dipertemukan dalam mahabbah dan mawaddah di Perjumpaan Aidilfitri gD.org di rumah sahabat kita Aizuddin di Klang, 18 Oktober nanti.

Minnal aidil wal faizin.

Wassalam.

Mohd_Hafiszi_Othman
Presiden gD

Image above was copyrighted by Reka Partnership Sdn Bhd in 2007.

Khamis, 25 September 2008

Beras oh Beras.....

Oleh : Sahabat gD Zulhilmi Haron (Tq lagi zool)


Tinggal seminggu sahaja lagi kita akan menjengah tirai Aidil Fitri dan terpaksa meninggalkan gerbang Ramadhan. Dalam fenomena ini ada 2 situasi: ada yang gembira dan ada pula yang menangis. Bagi yang gembira menyambut kedatangan Aidil Fitri, itulah kelaziman & kebiasaannya ummat Melayu yang cukup sinonim dengan sambutan Hari Raya Puasa. Manakala yang menangisi untuk meninggalkan Ramadhan, mereka inilah yang amat beruntung di akhirat kerana menangisi pemergian Ramadhan, Madrasah Barokah wa Rohmah wa Tarbiyyah. Mereka ini menganggap pertemuan dengan Ramadhan yang akan datang sebagai sesuatu yang belum pasti di tahun hadapan.


Di penghujung bulan inilah masing-masing berebut-rebut dan bersesak-sesak. Itupun ada 2 golongan: yang merebut-rebut untuk mendapatkan reward Lailatul Qadr dan satu golongan lagi berebut-rebut dan bersesak-sesak untuk tidak melepaskan peluang jualan hebat di “Lailatul Pasar”.


Apa yang menariknya di celah-celah kesibukan itu ada yang masih mengingati satu lagi kewajipan selepas berpuasa di bulan Ramadhan iaitu kewajipan zakat fitrah. Inilah peak hours untuk amil-amil bertugas di segenap ceruk mengutip zakat fitrah dari ummat Islam. Satu perbualan hangat anak muda Islam ketika berbuka puasa dirakamkan di sini:


A : “Eh, fitrah tahun ni berapa ha?”

B : “tak silap RM 5.20, macam tahun lepas...”

A : “budak umah aku sorg tu jadi amil Kedah, bayar kat dia RM 7.00”

B : “eh, mahalnya! walau pun aku ni anak Kedah aku nak bayar kat sinilah, murah skit”

A : hang ni tak patriotik langsung, tak nak tolong sedara senegeri sendiri...apara!”

B : “hehehe, pulus syeh..kena jimat time sume barang naik ni..”


Inilah sebahagian perbualan anak muda sekarang.Ini pun kira dah baik, sebab nak jugak tunaikan kewajipan Rukun Islam ini walau pun mencari alternatif yang lebih ekonomik.

Untuk panduan bersama berikut adalah kadar zakat fitrah 2008 / 1429H bagi negeri-negeri di Malaysia;

KualaLumpur RM5.20
Labuan RM5.20
Putrajaya RM5.20
Johor RM6.50
Kedah RM7.00
Kelantan RM7.60
Melaka RM6.30
N.Sembilan RM6.50
Pahang RM7.30
Perak RM7.00
Perlis RM5.00/RM7.00
P.Pinang RM7.30
Sabah RM7.70
Sarawak RM7.50
Selangor RM5.20
Terengganu RM6.00/RM7.00/RM8.00


Kalau boleh, bayarlah awal supaya dapat disampaikan lebih awal kepada asnaf zakat. Zakat fitrah boleh dibayar dari awal Ramadan dan sunat membayarnya selepas fajar Aidilfitri hingga waktu solat hari raya, tetapi makruh membayarnya selepas solat terbabit dan ia tidak dikira zakat, sebaliknya sedekah, seterusnya jatuh haram membayarnya apabila berakhirnya satu Syawal.


Rabu, 24 September 2008

Si Kaldai Yang Lapar

Oleh : Sahabat gD Zulhilmi Haron (Tq zool)

Arakian kalinya kita masih dapat menjengah ke tirai Syawal dan sudah menjadi satu kemestian kita disibukkan membuat persiapan untuk memeriahkan lagi sambutan Hari Raya masing-masing. Bagi sahabat-sahabat yang bergelar suami, buntu untuk menentukan giliran balik kampung serta persediaan sepanjang perjalanan balik kampung. Ada yang memperuntukan pemberian bonus oleh kerajaan dijadikan sebagai duit minyak dan tol untuk balik beraya di kampung, termasuklah perbelanjaan servis kereta. Bagi sahabiah yang bergelar seorang ibu pula, masa inilah sibuk menyiapkan kelengkapan busana suami dan juga anak-anak. Menjadi satu kepuasan di hati bila ahli keluarga tampak segak bergaya mengenakan pakaian baru sempena Hari Raya, Hari Kemenangan umat Islam mengharungi ’peperiksaan’ Ramadhan.


Kemenangan itu berupa kejayaan melawan hawa nafsu setelah ’coach’nya telah di’ISA’kan oleh Rabbul Izzati selama tempoh 30 hari dalam tahanan. Ini bermakna umat Islam bebas tanpa dihasut, di’didik’ dan dimotivasikan oleh ’coach’ masing-masing selama tempoh itu. Tindakan Allah Taala menangkap makhluk penghasut ini di bawah ISA sebenarnya bagi menjaga keamanan umat Islam beribadah dan bagi menjamin kestabilan ekonomi umat Islam ketika berbelanja di bazar-bazar Ramadhan, shopping complex dan gerai-gerai jualan sempena Hari Raya. Walaupun begitu baik strategi yang disusun olehNya, kita umat Islam masih gagal mengawal nafsu kita yang tidak pernah puas dengan sesuatu. Inilah kejayaan didikan dan ’tarbiah’ makhluk penghasut itu selama 11 bulan sebelum ini.


Disamping kesibukan tersebut, ada yang masih memikirkan hal keduniaan semata-mata tanpa melihat persiapan akhirat untuk mengadapNya, Tuhan yang Maha Esa. Dengan silibus yang telah disusun olehNya sepanjang pakej kursus dalam Universiti Ramadhan untuk melahirkan graduan bertaqwa. Timbul persoalan, ”Berapa ramaikah umat Islam yang mampu menamatkan pakej kursus Universiti Ramadhan sehingga mencapai anugerah ’graduan bertaqwa’?” (rujuk Surah Al-Baqarah : 183)

Adakah kita salah seorang daripadanya?Marilah sama-sama kita mengadakan post mortem diri masing-masing dimana letaknya diri kita ini kalau bukan sebagai salah seorang ’graduan bertaqwa’ sebelum menjengah akhir Ramadhan ini. Sekiranya tidak, masih ada waktu untuk kita tebus diri untuk kita menggondol segulung ijazah dan bergelar ’graduan bertaqwa’. Sekiranya kita membiarkan ia berlalu begitu sahaja, kita tidak ubah seperti seekor kaldai yang kelaparan berpuasa sepanjang bulan bersama kaldai-kaldai yang lain.

Isnin, 22 September 2008

Sticker Ahli GD.org

Dengan rendah diri saya ingin melancarkan penjualan sticker ahli GD.org. Rekacipta adalah berinspirasikan sahabat firdaus yang teguh dengan mesej-mesej dakwah beliau. Moga sticker kereta ini walaupun kecil dapat juga membawa mesej dakwah walaupun di mana sahabat-sahabat berada.

Harga sticker ini adalah satu unit RM5 sahaja. InsyaAllah keuntungan yang sedikit akan disalurkan ke tabung gd.org. Bagi pembelian dua unit adalah harga promosi RM8 sahaja.

Jangan lepaskan peluang ini untuk berdakwah sambil menyatakan sokongan kepada GD.org.

Khamis, 18 September 2008

Selamatkan Kami Tuhan....

Saya karang posting ringkas ini di dalam kereta, berlatang belakangkan lagu2 arab, sementara menunggu temujanji pagi ini. Saya tiada masa banyak, tapi saya tetap mahu luahkan sesuatu.

Malaysia kelihatan amat gawat! Bunyi amat gawat! Rasa amat gawat!

Saya rakyat biasa, saya kecewa. Sangat kecewa dengan Malaysia hari ini.

Saya mohon semua ahli generasidynamic bermunajat mohon doa dari Allah. Selamatkanlah Malaysia. Pemimpin rakus itu terus mengancam perpaduan kami, ekonomi kami, maruah kami. Cukuplah ISA memisahkan antara keluarga. Cukuplah menipu kami rakyat jelata.

Moga berkat ramadhan dan lailatul qadar memancarkan sinar baru di tempat tumpah darah ini.

Kami sayangkan Malaysia kerana itu sifat yang beriman. Tapi kami tak rela dikhianati lagi. Tuhan selamatkanlah kami semua.

Khamis, 28 Ogos 2008

Rang Undang-undang DNA 2008 yang mengejutkan

Sebab tu saya tak nak kata, pembangkang adalah kaki bangkang yang baik. Dan, tak semestinya kaki bangkang itu jahat. Mereka pun ada alasan untuk sayangkan negara, keluarga, agama dan bangsa.

Catatan dari pak bakaq di sini (3 siri posting) tentang pembentangan rang undang-undang DNA ini mengejutkan saya. Saya tak sangka begitu bunyinya. Agak menakutkan.

Boleh baca rang undang-undang berkenaan di sini.

Satu, saya tak sangka sebab saya tak pernah masuk lokap. Dua, keluarga saya pun tak pernah masuk lokap. Tiga, pak bakaq pernah masuk lokap. Sebab tu saya hormat pendapat dia. Saya tak tau kalian.

Saya tak kata undang-undang DNA ini tidak bagus, ia bagus. Oleh kerana trend jenayah yang berulang, DNA adalah jalan terbaik bagi pembuktian dan pendakwaan. Bila membaca draf ini, saya bimbang, ia sangat mudah di'perguna'.

Sekali lagi benar kata-kata 'kita perlu pembangkang yang bagus'. Mungkin giliran BN boleh jadi pembangkang yang bagus. Boleh jadi. ;)

Harap hisom, izwan, safwan boleh gegar itu parlimen satu hari nanti!!

Kita tunggu dan lihat.

Renunglah kalam agung illahi ini, surah al-anfal 8:60. "Dan siapkanlah untuk menghadapi mereka dengan apa sahaja kekuatan yang kamu sanggup, dan dari kuda-kuda yang ditambat untuk berperang, kamu menggentarkan musuh."

Episod P.44

Tun M malam tadi dalam Buletin Utama berkata "Bukan PKR atau Pakatan menang tapi BN yang kalah". Senyum besar saya. Yang kalah besar bukan BN tapi UMNO!! Buktinya. Mana perginya 2273 undi yang sebelum ini mengundi BN pada episod Mac 08.

Saya tidak nampak 2273 itu adalah pengundi cina/india. Kenapa? Sebab mereka memang tolak politik BN sejak episod Mac 08. Semua calon Gerakan, MCA, MIC dicampak ke longkang dengan hormat dalam episod yang lepas. Jadi munasabahlah 2273 tu pengundi melayu, yang asalnya mengundi calon yang sama sehingga berjaya ke Dewan Negeri PP. Ternyata slogan 'untuk berkhidmat', kebolehan berbahasa cina tidak dapat menarik orang melayu untuk terus memangkah beliau.

UMNO tidak lagi relevan kah?
Politik vernakular tidak lagi relevan kah?
Atau Najib tidak berusaha kah?

Secara jujur, saya termakan kata-kata Tun M beberapa hari sebelum hari pemilihan berlangsung "Anwar akan menang, tapi majoritinya berkurang". Saya betul-betul termakan. Sebab itu saya nak angkat dua tangan saya tabik spring pada sahabat dan saudara saya di P.44 kerana langsung tidak hirau kempen hiruk pikuk BN dan UMNO.

Biarlah apa orang kata, undi simpati ke, UMNO lemah ke, apa ke.

Ruang untuk dakwah terbuka luas selepas Episod P.44.

Tahniah Pak Anwar!! Tahniah rakyat!!

Renungan dari surah ali-imran 3:123 membuatkan kita berfikir. "Sesungguhnya Allah telah menolong kamu dalam Perang Badar sedangkan ketika itu kamu adalah orang-orang yang lemah. Kerana itu bertakwalah supaya kamu bersyukur."

Selasa, 26 Ogos 2008

PERJUMPAAN generasiDynamic.org

PERJUMPAAN AIDILFITRI GD
18/10/08 - Rumah sahabat GD Aizudin & Wan Zorah.

PERJUMPAAN SANTAI GD
1/11/08 - Berkumpul di Masjid Putra, Putrajaya.
Aktiviti kayak, basikal air, piknik.

PERJUMPAAN BESAR GD
12, 13, 14/12/08 - Kuala Kangsar, Perak.

Coretan Dari Shahrul Efendi - Part 2

Rentetan daripada perhimpunan mini dynamician di Kampung Jawa, membangkitkan perasaan teruja isteri tercinta untuk turut sama melawat sahabat-sahabat dynamic dikesempatan cuti sekolah yang lalu. Kesian dia…jauh nun keseorangan tinggal di Melaka . tambahan pula jauh dari suami, anak dan kawan2 yang rapat dengannya. Cuti sekolah selain sepenuh masa bergelelumang dengan baby Mukmin, aku turut menyampaikan hasratnya untuk melawat sahabat2 dynamic yang dirindui.

Ahad 17 Ogos : Selepas membeli sedikit barang keperluan di supermarket favourite kami (mydin Subang ) kami singgah di rumah sahabat dynamic kita iaitu di rumah Firdaus kamaruddin dan pasangannya Raihana di Desa Mentari 2, Kg dato harun. Alhamdulillah, akhirnya sampai juga kami ke rumah yang baru mereka duduki tak lama dulu. Betul la kata orang, kadang2 yang paling dekat tu la yang susah kita nak sampai. Anak mereka Nur tasneem dah berumur 5 bulan, aktif berguling dan masuk bawah kerusi. Peramah macam maknya kot. Firdaus masih lagi menjadi tutor di Um manakala Raihana setia menjadi pendidik buat anaknya di rumah. Maaf tiada foto....

Sapa Anak Apiz & Shu Angkat kaki... Hehehehe...

Isnin 18 Ogos : Hari ini kami menerima tetamu kehormat Cikgu hafeez and Cikgu Putri bersama puteri mereka, Putri Nurul Mutmai’nah (maaf kalau salah eja) ke rumah kami . Mereka berkampung dirumah kami sehingga hampir Isyak. Siap mandi and dua kali minum air lagi. Hihi…tapi biasa la prinsip alam kita mak bapak ni, kalau berjalan mak ayah tak mandi takpe, asal anak mandi. Itulah yang telah mereka praktikkan.

Ooo...degil yer (Ain Tarik Telinga Mukmin)

Selasa 19 Ogos : Hari ini giliran kami pula membuat serangan balas kerumah Hafeez dan Shu. Kami juga berkampung disana sehingga pukul 9 malam. Siap mandi and 2 kali makan. Prinsip biar mak ayah tak mandi, asal anak mandi turut kami praktikkan di sana. hehe. Sempat juga isteriku membelek2 kereta idamannya hari tu, sampai tak dengar anak menangis. Mukmin dan Ain nampaknya serasi walaupun kelihatannya Mukmin sering menjadi mangsa buli Ain.

Anak Walid ngan Ummi yang keletihan sedang tido...

Rabu 20 Ogos : Sepatutnya malam ini aku mengikuti kelas, namun mesej jemputan daripada Sahudin dan Kak Hasni menyebabkan aku membatalkan niatku untuk ke kelas. Malam itu kami ke rumah mereka (berhampiran Istana Budaya). Berjumpa dengan Mujahid yang comel itu. Rancak isteriku bertukar cerita dengan Cikgu Hasni kerana kedua-duanya sama mengajar di sekolah yang kesemua pelajarnya lelaki dan mengajar subjek yang sama iaitu Bahsa Inggeris. Maaf tiada foto

Afan, Mukmin, Muadz & Belakang Sana Aliya. Maaf Yuzi Xder dalam foto.

Khamis 21 Ogos : Malam ini mulanya kami free. Kata isteri, takpelah..tak penat berjalan malam ni kita rehat. Namun pucuk dicita, ulam mendatang…. Kami menerima tetamu seorang lagi sahabat Dynamic yang agak lama tak bersua. Saudara Afan dan ahli keluarganya, Yuzi, Aliyah dan Muadz. Berubah betul wajah Muadz berbanding dengan sewaktu dia melawat isteriku berpantang 4 bulan lepas. Aktif menolong ‘menyapu’ rumah kami. Aliyah agak senyap malam itu walaupun menurut umminya, hakikat sebenar boleh tahan petah juga mulutnya tu. Afan meninggalkan isteri dan anak2 dirumah kami kerana ada urusan. Yuzi kembali bergelumang dengan kuliah dan assignment untuk mengejar sarjana dalam bidang Bioteknologi. Berkorban masa dan tenaga demi menuntut sekelumit dari ilmu Tuhan. Mukmin senyap dan ‘baik’ di ribaan Afan dan Yuzi walaupun hakikatnya kalau ummi and walidnya pegang (terutama umminya) takdela dia se’baik’ itu. Aktif melompat bila dipegang.

On D Way ke rumah Uncle Aizzuddin & Cikgu Wan (Nak jumpa Hasif)

Jumaat 22 Ogos : sepatutnya malam ini temujanji untuk kerumah sahabat Aizuddin dan wan zorah. Namun,kebetulan kedua-dua kami ada urusan lain. Aizudin masih di kg, manakala aku pula diminta untuk menghantar adik ipar ke stesen bas untuk balik kg. Temujanji kami bersama keluarga Aizudin ditunda pada keesokan harinya.

Hasif dengan botol susu, (Pakai t-shirt Man Utd ori dari UK tu@nanti Mukmin pun nak juga, tapi cop Siam jer ler)

Sabtu 23 Ogos : Hampir jam 5 ptg kami bertolak ke rumah Aizudin. Alhamdulillah mereka telah mempunyai rumah sendiri berhampiran dengan rumah hafeez dan Putri shuhana. Masuk saja, terus dijamu dengan beberapa juadah. Wan Zorah baru pertama kali melihat Mukmin. Kami juga telah lama tidak melihat hasif. Besar sudah dia. Kembar Syifa (anak ein) dan Zharif ( anak Wardati) . Apakah mungkin satu masa tiga kembar akan dapat dipertemukan ??? Aizudin telah bertukar kerjaya ke TNB manakala Wan Zorah masih lagi setia bergelar pendidik. Di sini juga, anak mandi, tapi mak ayah tak mandi J kami juga agak lama dirumah Aizudin, rancak bertukar cerita. Maka rasanya, berakhirnya kembara melawat sahabat dynamic kami (aku, isteri dan Mukmin).

Puting@peluru tak lepas dari mulut Mukmin.
(Bergambar ngan Cikgu Wan Zorah)

Kenang-kenangan 2 famili sebelum berpisah (moga ukhuwwah sentiasa bertaut)

Ahad 24 Ogos : dalam perjalanan pulang ke Melaka, kami rancak berbual tentang sahabat-sahabat. Tiba-tiba teringat kepada beberapa sahabat yang masih belum sempat kami jenguk dikesempatan curti yang lalu. Antaranya Ein dan shahrul zaman, Syukri n Nani, Pizy n Ina dan tak lupa yang edekat dengan isteri aku iaitu Jije dan Kak Jannah. Bila la ada kesempatan jumpa Jije sekeluarga, alang2 tempat isteri memang kawasan dia. Namun, kuasa Allah….kami bersua muka dengan jije ,isteri dan anak2 disebuah pasaraya di pecan Sg Udang. Mereka bakal menimang anak ke tiga bulan oct ini nanti. Menurut kak Jannah Jije berkemungkinan akan berpindah ke Johor tapi mungkin tak lama, dalam setahun je. Kak jannah juga seperti isteriku, bergelar pendidik di Melaka ini. Malam itu, kami bercadang bertandang ke rumah Jije , namun, disaat2 akhir, isteriku pula ada meeting dengan pelajar (isteriku warden) untuk urusan sambutan hari Merdeka. Rancangan ditangguhkan. Namun kami bertekad paling2 sebelum Jije pindah,kami sampai kerumah mereka. Maaf, tiada foto

Gambar sebelum hantar Mukmin ke rumah pengasuh. Walid nak hantar Ummi ke Melaka yer. Mukmin jgn nangis tau (Air mata isteriku menitis......)

Kata isteriku : “ semangat ukhuwah Dynamic masih kuat dan erat tersemat dalam hati kita masing2. walaupun jauh, jalinan hati dan ingatan itu tetap segar. “ Begitulah sedikit coretan kami dalam menyambung ikatan ukhuwah yang telah ada dikalangan dynamic. Moga akan dapat berjumpa lebih ramai dynamician di hari raya nanti. Disertakan lagi beberapa pic kenangan sahabat2 dynamic kita.

Coretan Dari Shahrul Efendi - Part 1

Apa khabar semua??? Lama tidak mencoret, walaubagaimanapun aku masih menjadi pembaca setia posting sahabat2 Dynamic. Perkara pertama bila membuka karung e-mail, folder pertama yg bakal aku jengah adalah folder GENERASIDYNAMIC, menanti perkhabaran atau sebarang berita dari sahabat2 semua.

Alhamdulillah kami sekeluarga (Shahrul, Rohana & Hafidzul Mukmin) berada dalam keadaan sihat adanya… Hari ni nak cerita tentang kembara Sahabat Dynamic lebih kurang 1 bulan lepas. Walaupun ini bukan program rasmi Dynamic, tetapi usaha yg dilakukan oleh rakan2 kita ini amat2 aku hargai.

Terima Kasih kepada Penganjur Utama, Sahudin & Cikgu Hasni. Atas usaha dan inisiatif mereka, MINI DYNAMIC FAMILY GATHERING terlaksana dengan jayanya. Lokasinya di Kampung Jawa atau lebih spesifik di rumah Cikgu Hafeez & Cikgu Putri Shuhana.

Selepas itu destinasi mereka seterusnya ke rumah Aizzuddin & Cikgu Wan Zorah. Aku tidak dapat bercerita panjang kerana aku tak dapat ikut serta. Walaubagaimanapun ada sedikit ole-ole dari mereka. Tetapi sebelum itu ada sedikit aktiviti untuk sahabat2 semua. Perhatikan gambar di bawah.




Ini antara gambar kenang-kenangan ketika mereka di sana, tetapi susanan anak dan bapa/ayah/abi/ walid adalah secara rawak. Sila satukan kembali anak2 dynamic ini. Selamat mencuba. InsyaAllah jawapan akan menyusul kemudian.

Terma dan Syarat.
1) Ahli keluarga yang terlibat di dalam foto ini tidak boleh mengambil bahagian.

2) Peserta mestilah, sahabat2 Dynamic dan ahli keluarga sahaja, Peserta tanpa kelayakan Dynamician tidak akan di layan sama sekali

3) Tarikh tutup penyertaan mengikut budi bicara penganjur
4) Hadiah akan diberikan jika ada budget (kalu xder sorry la yer)
5) Tiada anak2 yang dianiaya sepanjang sesi fotografi ini dilakukan.

Selasa, 19 Ogos 2008

50 hari, 49 malam


50 hari sudah sejak saat keramat saya meninggalkan kerusi empuk itu. Saya tinggalkan 4 tahun kenangan yang terindah dalam hayat ini. Saya juga tinggalkan sahabat-sahabat terbaik di sana. Saya tinggalkan dunia saya bersama-sama anak-anak muda yang bermacam ragam itu. Yang utama, saya tinggalkan 'security' yang saya idamkan selama ini.

Saya juga 'tinggalkan' perasaan tidak menentu di dalam hati. Saya 'tinggalkan' ketidaktentuan masa depan untuk keluarga tercinta. Saya 'tinggalkan' doa yang perlu bersungguh dan tulus. Saya juga 'tinggalkan' pengorbanan masa dan tenaga yang tidak terkira. Saya 'tinggalkan' tawakal yang ultra tinggi kepadamu illahi.

Ahh, hidup memang tidak mudah. Kalau nak mudah JANGAN hidup!!

Jumaat, 15 Ogos 2008

Sahabat GD Sairul yang dirindui

Seperti yang dijanjikan, banyak lagi posting-posting yang saya masih simpan akan saya catatkan satu persatu walaupun ringkas. Itu belum lagi yang tersimpan di laptop Dell saya yang dicopet petualang tempoh hari. InsyaAllah saya akan curi masa untuk mencatat posting-posting ringkas.

Sairul yang dirindui. Betul. Sangat lama tidak bersua. Sejak tamat pengajian di UM oktober, 2003 sejak itulah kami tak bersua. Lebih-lebih lagi dengan lokaliti beliau yang nun di Kuantan, Pahang itu. Apa yang kalian boleh lihat, itulah sairul yang makin gebu. ;)

Pertemuan diatur untuk makan malam bersama di Megamall, Kuantan. 27 Julai yang lepas. Beliau dan isteri terus dari tempat kerja di pelabuhan kuantan untuk bersua saya, ibu azlina dan anakanda hakim. Tanpa dirancang rupa-rupanya makan malam kami turut disertai keluarga kakak ipar sairul yang memang memeriahkan lagi ukhuwwah pada malam itu.

Sairul yang masih lagi berkhidmat di syarikat yang sama sebagai engineer (bersama isteri tersayang) ada memberitahu yang beliau dan isteri akan berpindah ke rumah baru insyaAllah tidak berapa lama lagi. Beliau ada menyampaikan salam terhangat kepada seluruh warga GD walaupun di mana kalian berada.

Moga-moga dipertemuan seterusnya menjadi harapan saya kita boleh bersua dengan sairul jr pula. Hihi.

Ingin saya kongsi sepatah ayat AQ, Ali-Imran : 172 : 'Bagi orang-orang yang ihsan dan bertakwa antara mereka ada pahala yang besar.'

GD mendoakan sairul dan isteri sentiasa dalam lingkungan hasanah illahi. Berkat dan selamat semuanya. Moga ukhuwwah tak pernah lekang dengan usia.

Lama tak bersua

Sempat merakam kenangan. Pertemuan ini adalah pada 8/8/08, jumaat yang lalu. Terima kasih sahabat-sahabat atas komitmen kalian.

Lama betul tak bersua. Saya betul-betul hanyut dengan jadual seharian yang sangat ketat. Syukur satu panggilan adhoc dari saya berjaya mengumpulkan beberapa sahabat utama dalam GD. Hakikatnya kami masih merindui masrina (yang jauh di utara) dan zaleha (tahniah atas status sarjana) yang sibuk dengan meeting-meeting lain. Apapun saya lihat sedikit cahaya. Adat berkawan, kuat bila bila bulat, kukuh bila muafakat.

Selain bertukar-tukar cerita terkini, kami membincangkan beberapa program yang bakal dilancarkan tak lama lagi. Apeez tetap sekeding itu (mungkin rungsing dengan saganya), shahrul yang sekarang jadi ayah dan ibu kepada anak gadisnya (berjauhan dengan rohana yang sedang berkhidmat di Melaka), jen yang masih mengejar due untuk submission berita untuk ruangan pancaindera di utusan mingguan. Seorang lagi yang dijemput iaitu zool (yang harap dapat membantu sebagai s/u kerja) tidak dapat hadir kerana dikuarantin oleh kerana salah seorang housemate beliau yang menghidap denggi berdarah.

Antara hasil ketetapan perjumpaan berkenaan ialah : Perjumpaan Aidilfitri GD, PIC Shahrul, dicadangkan untuk dibuat di Klang, tuan rumah ialah sahabat aizuddin. Perjumpaan Santai GD, PIC Apeez, aktiviti cadangan berkayak di Tasik Putrajaya, bila? InsyAllah TBC. Akhirnya Perjumpaan Besar GD, PIC Hafiszi, lokasi di sebuah resort, di Jenalek, Kuala Kangsar, tuan rumah ialah ust khairil Izuan. Bila? InsyaAllah cuti sekolah, disember ini.

InsyaAllah, next pertemuan kita jangkakan semasa ramadhan ini. Saya jemput lain-lain sahabat lembah klang untuk join sama-sama. GD milik kita, BUKAN kami!!

Rabu, 13 Ogos 2008

Masa betul-betul MEMANG EMAS

Saya ulang sekali lagi, memang hari ini saya rasa ungkapan itu paling tepat hadir dalam kehidupan ini. Masa 'kelihatan' banyak, tapi tanpa sedar, banyak lagi masa yang berlalu tanpa sedar. Kalau begitu maha besar tuhan yang bersumpah dengan masa!

Baru benar ku sedar, pentingnya yang dinamakan pengurusan. Nizom, ya nizom!

Quote of the day, really, really touched. Sure, i am too a blogger for years. Now, its remind me better. Doing your job as daie. Whatever, whoever you are!!

"Memang. Memang saya tak puas hati ditangkap. Saya tak puas hati kerana saya bukannya ditangkap kerana memperjuangkan nasib mustadh'afin (the oppressed atau golongan tertindas). Saya juga bukannya ditangkap kerana memperjuangkan golongan terpinggir (the marginalised). Bukan kerana menentang rasuah, penyelewengan, penyalagunaan kuasa dan bukan kerana memperjuangkan Malaysia baru yang lebih bertamaddun akhlaknya."
Excerpt form pak bakaq aka penarik beca. Boleh baca posting beliau yang pertama setelah dibebaskan di sini. My hat off to you pak bakaq. Truly inspired my day!!

Cukup dulu buat kali ini. Saya mohon kepada tuhan yang Maha segala-galanya. Pimpin diri ku, gugahi semangat ku.

Nota : Sedikit coretan lucu, sibuk mana pun aku, once online walaupun 5-10 minit selain menjengah peti inbox di yahoo, aku mesti singgah ke rockybru, n32 roslan sms, sheikh kickdefella, harakahdaily and of course my paul tan. Hihihi....